Si Cantik Hensem

Wednesday, 16 November 2011

Songs Reminds Me Of You. :')


1. Wali Band - Baik Baik Sayang --> Fatin Syazana Md Isa.

2. Avenged Sevenfold - Dear God --> Muhammad Amirul Syafiq Jasni.

3. Opick - Rapuh --> Miz Charming

4.  Dadali - Di Saat Aku Mencintaimu --> Ahmad Nufairi Mohd Hasim.

5. Bruno Mars - Just The Way You Are --> Amirul Hazim Khaz.

6. Bruno Mars - The Lazy Song --> Fauziah Ahmad (Kak Giey)

7. 4 Minute - Hot Issues --> Aziza Kamaruzzaman (Kak Jija)

8. A.P.I - Pelita --> Ammar Radhi / Ammar Iqbal.

9. Samudera - Salam Sejahtera --> Muhammad Zahirudin (Kuza)

10. Ungu - Kekasih Gelapku --> Mohd Aizat Ahmad

11. Spring - Butakah Cinta --> Mohd Azri Azmi.

12. Yuna - Dan Sebenarnya --> Kak Giey dan Kak Jija.

13. Wonder Girls - Nobody --> Kak Izzati Zaidi.

14. Christina Perri - Jar Of  Heart --> Aimi Fadhilah

SPECIAL SONGS FROM
MUHAMMAD SYAZRIN MD YAZID. 

You're My Everything - Santa Esmeralda 
It's All About You - McFly

REASON?

1. Ana pernah cakap dia sangat suka lagu ni. Kalau taksilap ada someone special dedicate this song to her. Time tu aku just pernah dengar tajuk dia je. So, bila dengar lagu dia memang best. Bila dengar lagu ni, satu je kat otak aku terus. 'ANA'.

2. Lirik dia soo nice ! That's whyy I love this song. Dan taksangka jugak dia dedicated lagu ni jugak untuk aku. Kebetulan time aku lepas SPM dan aku di Sarawak so, amatlah jauh. Memang kene sangatlah dengan lagu ni.

3. Terngiang-ngiang lagi Mr.Rapuh Miz Charming ni nyanyi. First time aku tahu lagu ni bila boyfriend junior aku ni nyanyila. Plus pulak suara Mr.Rapuh ni amatlah merdu.. Nasib baik Mr.Rapuh ni bawah aku dan aku dah ada pakwe.. Kalau tak.... Jeng jeng jeng. 

4. Time ni mmg popular dengan lagu Dadali tapi aku langsung tak terdetik nak dengar. Tetiba Fairi ni post lagu ni kat aku di FB. First time dengar dari dia lah. Memang best lagu ni pun. Syok! Aku karok jugak lagu ni kekadang. #Suara taksedap pun. Peduli pulakkan?

5. Thanks to Hazim because posted this song on my wall. Aku taktahu kenapa tetiba dia post. Tapi lirik lagu ni pon best. Memang betul kata Bruno Mars ni. " Cause girl you're amazing just the way you are.." Semua gadis kat luar tu, memang amazing dengan cara mereka sendiri. :)
#Aku tak amazing pun.. 

6. Kak Giey selalu nyanyi lagu ni time atas katil. Ada satu hari tu Kak Giey nyanyi lagu ni time iron tudung. Haha. Tapi yang kelakarnya hanyalah part " Today I don't feel like doing anything, I just wanna lay in my bed.." Part itu sahaja. Kadang-kadang saya gelak je dalam hati. Hehe.

7. Lagu ni selalu bising pagi-pagi. Hadoi. Akak buat alarm masa saya Part 1 dulu. Banyak kali dia nyanyi pon akak taksedar-sedar. Sian dia kak tiap-tiap pagi kene nyanyikan untuk akak. Hehe. Mulanya saya ingatkan Lee Hyori yang nyanyi. Rupanya 4 Minute. OOoooooo~

8. Masa AIM kot kan ada lagu ni, terus ingat Ammar ni. Kitorang dulu-dulu rajinlah jugak kongsi pasal lagu-lagu yang best. Ammar ada syorkan aku dengar lagu Pelita dari A.P.I. Aku pernah dengar lagu ni dan memang best cuma taktau tajuk dia adalah Pelita. Thanks lah Ammar, kalau tak mmg aku tahu dengar je taktau tajuk lagu. Hehe.

9. Dulu masa zaman MySpace, Profile Zahir ni mesti akan dengar lagu Salam Sejahtera. Dia kaki jiwang. Dan macam biasalah, aku hanya tahu lagu tapi taktahu tajuk dia. So, masa aku kat bilik rumah KL dulu, kedai motor depan kenanga buka lagu sangatlah kuat. Tetiba aku dengar, "Salam sejahteraaaa~" Dalam hati aku.. Ohh..lagu tu lah Salam Sejahtera rupanya. Sampai sekarang aku ingat. Hehe. 

10. Dulu aku sangatlah layan dan gila jugak dengan UNGU ni. Lagu paling aku suka adalah Kekasih Gelapku. Time tu aku dengan si dia cuma kawan aje. So, aku gelarkan dia Kekasih Gelapku dan taksangka jugak rupenye dia pon gelarkan aku Kekasih Gelap dia jugak. Tambah-tambah suara Pasha yang sangatlah sexy tuuu. Buat makin aku terlena dengan lagu ni.

11. Dulu masa Form 3 aku layan jiwang dan aku ada pinjam cd dari Azri ni. Salah satu lagu yang aku ingat dalam CD aku pinjam dari dia, adalah lagu Butakah Cinta. Sumpah, sampai sekarang aku ingat lagi.
#FYI, aku tengah dengar lagu ni kat radio Era ketika menulis entri ni.

12. Masa induction level akak senior ni suruh aku dan Ana nyanyi lagu. So, kami pilih untuk menyanyi lagu Dan Sebenarnya. Maaf Yuna sebab rosakkan lagu tu. Teruk gila!

13. Again. Masa induction level, Kak Zati suruh aku menari sambil menyanyi. Kak Zati minat Korea dan aku pun, so terpaksalah menari. Kekadang jumpa Kak Zati aku sangat malu sebab dia ingat aku menari lagu tu. Kebetulan pulak Kak Zati dengan Ana ada record! Oh, memalukan~

14. Ingat tak masa Aimi nak petik gitar lagu untuk saya tu, Aimi tanya saya pernah dengar tak lagu Jar Of Heart tapi saya kata takpernah kan? Actually saya pernah dengar rupanya cuma taktahu tajuk dia aje. Hehe. Sorry Aimi. Hehe. #Peace.

#Tapi kebanyakan lagu atas ni hanyalah tinggal kenangan saya dengan anda-anda semua. Sedikit sebanyak dapatlah buat saya mengingati anda walaupun saya tidak tahu sama ada kalian ingat saya ataupun tidak. -_-

REASONS FOR SPECIAL SONGS.

You're My Everything
Very nice and wonderful lyrics. Buat aku tersentuh kekadang walaupon bukanlah MSMY yang nyanyikan. Aku seorang yang akan jatuh cinta dengan lagu kerana liriknya bukan kerana melodinya. Umpama lagu tu adalah diri si dia, melodi itu adalah rupa paras, lirik adalah hati budi. Jika melodi dia sedap, maka itu satu bonus tapi yang penting lirik. So, kalau lirik tu indah, maka secara automatiknya kita akan jatuh cinta dengan lagu tersebut.  #Err..boleh terima ke perumpamaan tu? -_-

It's All About You
Actually lagu ni aku selalu dengar bila Invincible Youth (Korean) habis sebab akan adanya lagu ni part-part habis tu. Dan lagi sekali macam biasalah, aku tahu nyanyi dan malas nak search internet nak tahu tajuk dia. Dia post kat wall aku lagu ni dan bila dengar aku, " Ohhh.. lagu ni laa!!! " Hehe. Nampak tak betapa indahnya hidup aku, takpayah susah-susah cari. Ada orang rajin carikan lagu ni untuk aku. Hehe. Btw, lagu ni aku jadikan Ringtone phone aku. :')


::Tiada Kata Seindah Bahasa::

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...