Si Cantik Hensem

Sunday 24 June 2012

Allah Itu Maha Pemurah.

ALLAH ITU MAHA PEMURAH!

Assalamualaikum.
Entri kali ni bukan nak bangga atau saja nak menunjuk kat korang.
Tapi aku nak share ng korang betapa Allah SWT tu maha pemurah!


Alhamdulillah, semester 4 aku dikurniakan lagi dengan Anugerah Dekan buat kali kedua.
Perasaan --> Bersyukur yang amat.
Sungguh aku cakap, semester lepas aku banyak main-main.
TERLALU BANYAK!

With my housemates :)
Sebagai seorang hamba Allah yang biasa, aku takkan pernah lari dari membuat kesilapan.
Aku mengaku semester lepas juga banyak aku langgar perintah Allah.
Aku terlalu khusyuk dengan keindahan duniawi semata-mata!
Sehingga terlupa di atas segala laranganNya.
Astaghfirullahal'azim.

Sebelah saya tu 4 flat. Hebat kan? Rezeki Allah. :)
Study pon macam tak study.
Tapi Allah takpernah lupa kepada hambaNya walaupun aku banyak kali lupa pada Dia.
*Malu* 

Cun cun 3.50..
"Aku taklayak dapat result ni"
Tu la ayat aku sejak dapat tahu result aku.
Yeee..memang pointer aku sekadar 3.50 (cukup-cukup makan utk Dean's List)
Target pointer aku bawah 3.0 !!!!
Tapi, nampak tak, betapa Allah tu amat amat amat pemurah kepada hambaNya?
Dia tetap berikan aku kenikmatannya, sedangkan aku banyak melanggar perintah Dia?

Ni untuk mak dan ayah. Takputus2 mak cakap nak kak uda Dekan kan. :)
Siapa aku untuk mempertikaikan semua ni?
Semua orang ada rezeki masing-masing.
Mungkin Allah SWT beri rezeki kepada aku dengan cara ini.
Mungkin juga Allah SWT memakbulkan kata-kata bonda aku.

Student Insurance Part 5 :)
TERIMA KASIH YA ALLAH.
ALHAMDULILLAH.

Allah itu juga maha adil.
Dia berikan kita tangisan dahulu kemudian barulah senyuman.
Allah tarik satu nikmat daripada kita tapi gantikan kita dengan nikmat yang lain. :)

::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Sunday 17 June 2012

Simpan Untuk Selayaknya.

Assalamualaikum..

"Simpan Untuk Selayaknya"
Apa maksud disebalik entri aku kali ini?

"Sesuatu" ini sangat bernilai dan amat sensitif.
Sebab tu aku perlu menjaganya dengan baik.


Aku taknak ia disakiti dengan orang yang salah.
Aku taknak ia menderita kerana orang yang salah.

InsyaAllah aku akan simpan dan jaga ia sebaik mungkin.
Hanya perlu tunggu dan sabar.
InsyaAllah dia akan datang juga tanpa dipaksa.

Kepada si dia..
Saya menunggu awak untuk membimbing saya ke jalan yang diredhai Allah. :)



::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Friday 1 June 2012

Sambutan Hari Gawai

Assalamualaikum. Selamat Hari Gawai.
Eh, eh aku sambut jugak ke?
Kalau ikutkan takpernah sambut dan takterlintas pun nak sambut.
Tetiba ayah cakap, "esok korang berdua takpayah puasa. Kita pergi beraya. Kat rumah panjang."
Aku pun... What? Raya? Wahh! Naakkkk!!! *muka penuh eksaited*

Bukan senang dan bukan selalu nak beraya perayaan orang lain, kan?
So, this is the time mehhhh.
Mula beraya pada pukul 9.45 pagi dan berakhir 3.30 petang.
Penat dan kembung perut dengan air gas!
Beraya 9 buah rumah dalam masa lebih kurang 6 jam. Konvoi bersama 5 biji kereta.

Get ready for raya!
First rumah, kawan ayah aku.
Makanan, insyaAllah halal. Dorang pun faham ada orang Islam.
Bila ada perayaan, orang Sarawak suka masak daging lauk kicap. 
Masa hari raya puasa pun sama. Lauk daging masak kicap mesti ada!
Dan lagi satu makanan yang dorang akan masak adalah ayam pansuh.


Dorang pun faham, orang Islam takboleh sesuka hati minum dan makan sesuka hati.
Sebab tu dorang akan sediakan air kotak ataupun air tin untuk tetamu Islam.
Dan orang Sarawak suka hidangkan air gas jugak bila waktu perayaan.
So, bayangkan 9 buah rumah aku minum air gas.
Tu pun taklarat dah nak minum. Sakit lidah!

Takpernah suka pun air ni tapi takda air lain. Telan sajalah.
Next destination, rumah panjang. Wuhuuu!
Yang ni aku agak excited sikit. *First time pergi*
Selalu tengok dari luar. Kali ni aku masuk. *bangga*

Rumah panjang dari pandangan hadapan.
Selamat pulai = Selamat pulang. :D
Bila masuk, okay. Agak kejakunan sikit. First time kan.
Nampak macam best dalam tu.
Hall panjang. Ada dua pintu. Bila masuk satu pintu, nampak hall panjang. 
Lepas tu baru akan nampak lagi satu pintu. Yang tu baru lah pemisah rumah-rumah dorang.


Bila pergi rumah panjang, kene jugak pergi beraya kat rumah ketua dia walaupun takkenal.
Macam tak sopanlah kan kita tak pergi rumah dia sedangkan dia adalah ketua kat rumah panjang tu.
Dan selalunya, rumah panjang ni adalah golongan saudara-mara dia jugak.

Orang rumah panjang memang suka kalau ada tetamu yang datang.
Dan memang cara dorang, dorang akan bawa bekas makanan tu dan hulur kat kita.
Oleh yang demikian, kita kenelah ambil juga makanan yg dia dah hulurkan tu.
Tapi kalau taknak, kene sentuh sikit kat bekas buat isyarat taknak.
So, dorang takfaham.
Dan menjadi kewajipan dorang akan minum air tuak.
Semua tahu kan air tuak tu boleh memabukkan.
Tapi for muslim, dia tak hidangkanlah.

Pintu kanan pintu satu. Pintu kiri baru pintu rumah dorang.
Sangat taksopan kalau kita tak makan.
Tapi kalau ragu-ragu, makanlah apa yang kita yakin halal.
Contohnya, kacang, coklat, kerepek. Benda yang bukan dorang buat.



Aku ada makan satu kuih ni.
Katanya kuih Iban. Aku takpasti nama dia.
Tapi kat semenanjung aku rasa ada jual, cuma lagi manis dan melekit lah yang kat semenanjung tu.
Dua buah rumah aku masuk, dua dua hulur kat aku makanan tu.
Kalau ditolak, takut berkecil hati.
So, aku ambil dan try makan.
Sedap!

Ni la kuihnya. Sedap! 
Rumah seterusnya pon masih lagi rumah panjang.
Masa sampai, aku macam pelik. Sebab ramai gila kat depan rumah panjang tu.
Siap ada senapang.
Kitorang sampai je tetiba time tu jugaklah dorang nak lepaskan tembakan kat udara.
Sumpah terkejut. Aku tak ready lagi nak tutup telingalah!


Rupa-rupanya dorang ada buat sedikit upacara.
Ni adalah tradisi dorang bila perayaan.
Kalau orang Islam dipanggil kenduri kesyukuran.
So, dorang pon ala-ala kenduri kesyukuranlah.


Duduk beramai-ramai. Ada sorang ketua yang bercakap.
Aku takfaham langsung sepatah pun. Guna bahasa dorang agaknya.
Dalam upacara tu, dorang gunakan manok atau dipanggil ayam yang masih hidup.
Untuk tujuan apa. Aku takpasti.
Dan dorang juga menggunakan binatang kaki pendek yang aku panggil babi.
Tapi babi tu dah disembelihlah.

Yang dalam bulatan tu binatang kaki pendek.
Pegang ayam sambil bercakap dan halakan kat orang yang berbaju hijau kuning tu.
Lepas dah habis aje baca semua, dorang akan meraikan dengan minuman keras dan juga panggang ayam serta binatang kaki pendek tu.
Tapi aku takmakan ye. Aku duduk dalam rumah aje. Hehe.
Dalam rumah panjang tu, 4 buah rumah kitorang masuk.
Dan menjadi satu kewajipan untuk melawat ketua rumah panjang ye.
ITU ADALAH WAJIB!


"Sama dibantai maya ari gawai.
Main lama enggau main baru sama dikena sama dimaju.
Kitai sama rindu ati."
Atas ni bahasa Iban. Copy dari cd raya karaoke dorang.
Jangan tanya aku apa maksud dia.
Aku takfaham.

Okay, dah habis. Bawah ni saje gambar-gambar aku nak menggedik.
Nak tengok, teruskan. 
Taknak, sila tekan pangkah.
Assalamualaikum.
Thanks for reading!


Nampak gemuk. Argh!
Takperasan blurr. Sorry!



Penuh sifat keibuan tak? :P

::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...