Si Cantik Hensem

Sunday 28 August 2011

Tentang Aku Yang Korang Perlu Tahu.

Salam perpaduan. Salam satu malaysia.
Entri kali ni bukan untuk saja nak duk heboh-heboh pasal aku ke apa..
Tapi saja nak kongsi tentang apa yang kebanyakan orang taktahu pasal aku.

#1. Nazirah Rahman atau Nazirah Raman ? Huh ???

Dalam i/c nama aku adalah Nur Nazirah Binti Raman.. Tapi kenapa nama dalam Facebook Nazirah Rahman? Keliru? Okay okay cam ni ceritanya..jangan fikir aku ada 2 ayah yee.. Nama original my dad is Raman. Tapi disebabkan nama tuu terlalu simple untuk disebut..maka ayah aku bercadang untuk menukar dan menambah namanya daripada Raman Bin Juki kepada Abdul Rahman Bin Juki. Haaa..kan nampak panjang sikit namanya.. Dan kebetulan masa ayah aku baru je tukar nama..aku pulak baru je beberapa bulan dapat i/c..*Budak baru pegang i/c time tuu* Memang taklah kan nak tukar i/c baru. Malas den nak senyum formal cover-cover depan camera tuu..

#2. Again. My Name.

Aku agak marah dan taksuka kalau ada orang eja atau salah sebut nama aku. Aku tegaskan di sini.. Nama aku adalah Nur Nazirah.. Bukan Nadzirah. Kebanyakan orang yang aku jumpa..Kalau nak eja nama aku je.. Mesti ada D.. Arghhh.. Korang takpernah jumpa nama Nazirah without D keeee ?? Haiyooo.. Plishhh laaa.. Spell it right laa. Again. NUR NAZIRAH ye. Kalau salah nama ayah..takpe. Aku faham. Ramai yang pelik and confuse... Ni kadang-kadang dah kawan lama pon..Ada jugak yang still eja dengan ada D. Sabar Nazirah.. Bulan puasa..

#3. Kuku.

Kuku ni lah yang paling buat aku tension sekali dalam hidup. Kenapa kenapa? Kalau nak tahu...dari aku kecik sampailah sekarang *terutama kat PADANG KAWAD*.. Asyik kene tegur je kuku panjang. Grrr !! FYI to everyoneeeee... Kuku saya ni walaupun sudah dipotong..tetap kelihatan seperti tidak dipotong. Sebabnyaa..isi dibawah kuku saya ini mungkin terlebih aktif sehinggakan ia ingin terkeluar dari jari. Errkk...faham tak? Okaylah..senang cerita.. aku takboleh potong kuku sangaaattt pendek..sebab dengan yakinnya aku akan cakap..aku akan terpotong isi tu sekali. Pernah sekali masa form 4..ada cikgu tu kata dia nak tolong potongkan kuku ni. Peehh...sampai sekarang aku anti cikgu tu. *Aku ingat lagi nama dan muka dia!* So..janganlah fikir yang aku membela kuku panjang-panjang ni. Aku pon geli ng kuku panjang.

#4. Marah.

Marah? Aku bukanlah seorang yang pemarah sangat pon. Tapi sekiranya aku tengah marah kat seseorang tu.. Aku takboleh bercakap , mendengar suara dia dan apatah lagi untuk melihat mukanya. So..kalau ada sesiapa rasa yg saya sedang marahkan dia.. sila jauhkan diri anda dari saya. Bagi saya cool dalam beberapa minit, ataupon beberapa jam atau pon beberapa hari sampailah saya sendiri yang menegur anda. Itulah diri aku. Kalau kau tegur time aku tengah HOT.. Sorry...makin membuaklah rasa bengang tuu.. 

#5. Jejaka Korea.

Aku rasa ramai yang minat jejaka korea.. Kepada yang takminat dan anti dengan Korean tu.. Lantak koranglah.. Masing-masing ada minat tersendiri kan.. Walaupun aku minat Korea..tapi aku takdalah sampai obses gila dengan Korea ni. And diri aku ni.. Selalunya in one group..memang aku akan suka and admire one of the team members tuu. 
  • Super Junior = Lee Donghae
  • Beast = Gi Kwang
  • 2PM = Chansung
  • 2AM = Im Seulong
  • SHINee = Onew
Ni antaranyalahhh.. Tapi actually 2PM tu aku minat semua.. Hehe. Walaupun aku minat jejaka korea.. Asyik layan semua pasal korea.. Tapi kepada jejaka malaya di luar sana.. Jangan risau.. InsyaAllah aku tetap akan pilih LELAKI MELAYU UNTUK DIJADIKAN SUAMI. Sebab apa? Siapa bilang jejaka melayu takmenawan, takmenarik hati, tiada memikat? Tapi kalau jejaka korea kat atas ni pinang aku..Sorrylahh. Aku pilih dorang lah kot. Ehh..gurauan jee.. Apapun..InsyaAllah JEJAKA MELAYU TETAP MENJADI PUJAAN HATIKU. :)

#6. Lajunyaa...

Apa yang laju? Erm..sebenarnya..ramai kata aku ni cakap laju. *Haa?? Biasa jee la..* Sorry..aku takperasan. Aku ingat girls je yang akan tegur aku cakap laju..Rupenye..budak lelaki pon pernah tegur. Dorang kata " Dah la cakap 170km/h " Isshhh...kalau ikut speed kereta..dah sangat laju tuu.. Erm..sorry. Aku memang telah dilahirkan sebegini. So..takpelah.. Aku akan try untuk kurangkan kelajuan bila bercakap. Dan bila lecturer kitorang yang cakap laju..akulah yang akan menjadi translator untuk kakak-kakak kesayangan aku tuu..*Well..korang takdengar kaklong Nur Nazihah bercakap.. Haa..takda lampu merah u'olls...*

#7. Muka sombong dan garang?

Hey..muka comel ni korang kata sombong dan garang? *Istighfar Nazirah*... Actually since sekolah menengah sampai sekarang.. Sesiapa yang takkenal aku..mostly akan cakap aku ni sombong. Aduhh.. Sorry korang. Kalau aku jalan sengsorang kat jalan TAR ke.. otw ke kelas ke.. Kau nak aku senyum memanjang eh? Jawapannya memang tak ahh kan. Kalau aku sorang-sorang..memang aku akan buat muka paling sombong dan tegang macam nak makan orang.. Mana taknya..jalan sorang-sorang..bagi semua takut dan takkan siapa berani nak kacau terutama LELAKI MIANG. Haa..bijak tak? Hehe. Dan selalunya kalau aku jalan sorang-sorang.. Aku lebih suka memandang bawah daripada melilaukan pandangan aku *malas nak angkat kepala sebenarnya* So..kalau korang terserempak dengan aku dan ketika itu aku pandang bawah jee..nak tegur,tegur je ok? Dan pastikan tegur dengan nama yang betul. :)



Okayy..itu dia sedikit sebanyak tentang aku yang mungkin ada yang taktahu dan aku nak bgtahu agar korang tahu tentang aku. Nothing special about me for you to know tapi benda-benda yg aku bagitau kat atas ni adalah perlu untuk korang tahu bila dah kenal dengan aku. Itu saja.
So..have a nice day and Selamat Hari Raya!

::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Thursday 25 August 2011

Girl's generation (SNSD) the DIN's. :)

Since PPKP hari tu.. Secara taksengaja kelas kami ada group Along, Angah, and Bongsu. Lecturer tu suruh kami duduk ikut turutan dari awal yg lahir ke dunia sehinggalah yg lambat nak tengok dunia. *Well..aku termasuk dalam group yg lambat tengok dunia*

Dalam kelas..aku rapat dengan 8 orang gadis yang comel, cantik, sweet, baik hati and semuanya yg baik baiklah. So..aku gelarkan kami ni macam group SNSD Korea tu ataupun dikenali sebagai Girl's Generation *takboleh blaa..nak setanding dengan group Korea* sebab temasuk aku 9 oranglah dalam group ni.

Comey betul depa.
Haa.. aku nak kenalkan kakak-kakak aku yang sangatlah comel, cantik, sweet dan memikat hati ni. Meh ler kenal-kenal.

#1 Amalia Awis Othman / Kak Long Pertama

Ehh..samelahh..
  • Berasal dari Teluk Intan, Perak.
  • Dilahirkan pada 21 Februari 1992.
  • Memiliki senyuman yang manis lagi menawan hati.

    #2 Wan Asma Mohd Radzuan / Kak Long Kedua

    Same tak? hehe.
    • Berasal dari Kuala Lumpur.
    • Dilahirkan pada 23 Mac 1992.
    • Memiliki personaliti yang menarik dan kelakar.

      #3 Nor Khalida Zulkiffly / Kak Long Ketiga

      Ida and Sunny
      • Berasal dari Jerantut, Pahang.
      • Dilahirkan pada 14 May 1992.
      • Memiliki ketinggian yang luarbiasa dan tetap cantik.

        #4 Nur Syazana Syafiqah Shahrin / Kak Ngah Pertama

        Zana. Tiffany.
        • Berasal dari Klang, Selangor.
        • Dilahirkan pada 11 Ogos 1992.
        • Memiliki personaliti yg sometimes quite funny and comel.

          #5 Nurhidayu Mohd Zhi / Kak Ngah Kedua

          Ayu dan Hyoyeon
          • Berasal dari Terengganu.
          • Dilahirkan pada 26 Ogos 1992.
          • Sangat sopan dan ayu.

            #6 Nur Khalida Zainal / Kak Su Pertama

            Kaka. Yuri.
            • Berasal dari Kuala Lipis, Pahang.
            • Dilahirkan pada 4 September 1992.
            • Sangat comel dan cun.

              #7 Nurul Waheeda Mohamad Azam / Kak Su Kedua

              Wawa. Sooyoung.
              • Berasal dari Kerteh, Terengganu.
              • Dilahirkan pada 30 Oktober 1992.
              • Pendiam sedikit jee.. and nice.
              #8 Nur Zarith Eylia Mohamad Nabri / Kak Su Ketiga

              Eylia dan Yoona.
              • Berasal dari Gurun, Kedah.
              • Dilahirkan pada 12 November 1992.
              • Sweet dan ayu.

              #9 Nur Nazirah Abdul Rahman / Adik Bongsu

              I got married with Yonghwa. :p
              • Berasal dari Kuala Lumpur.
              • Dilahirkan pada 20 Disember 1992.
              • Takcomel dan takcantik pun.

              Itulah dia sedikit sebanyak tentang kami SNSD the DIN's.. HAHA. *Geli gilaa..wekk wekk* Apapun.. saya sayang mereka ketat-ketat. Best takdapat kiss dari adinda mu ini sebelum pulang? Hehe. I Love You All. Walau apapun yg terjadi.. Saya harap kita akan kekal bersama sehingga ke hujung nyawa :)
                Entri ini hanyalah sekadar bahan untuk suka suka dan menghappykan diri. Tiada niat untuk memcapap*mencari publisiti murahan* dan sebagainya. Ok. Have a nice day ! :)


                ::Tiada Kata Seindah Bahasa::

                Saturday 20 August 2011

                Taksalah Untuk Mencuba.

                I think..this is my time to move on and forget my past. Ni la masanya untuk aku melupakan si dia dan dia. Sekarang aku tengah mencuba dengan one guy to have serious relationship. At first...kami bukanlah saling attract to each other..we are just friend je. Only friend. But..I don't know how it's worked sampai kami boleh nak ada serious relationship.

                Orang kata...taksalah untuk mencuba. So..that's why I'm trying to know him well. Maybe he's not like some other guys yang mudah ucapkan kata sayang tapi takreti nak hargai dan buktikan kata sayang tuu.. *I hope sooo...* Even..for now I don't feel any special yet..But who knows one day I will.. 

                Nampaklah yg dia bersungguh-sungguh for our relationship ni. But it's not fair if he's the only one who put some effort but I'm not. So..aku akan try juga bersungguh-sungguh untuk hubungan kami. Mana tahu dia adalah yg terbaik untuk aku?

                Biar masa dan takdir yang menentukan untuk hubungan kami. Sekiranya kitorang rasa hubungan ini patut diteruskan..barulah kami move for the next step. Buat masa sekarang..ini hanyalah tempoh percubaan untuk kami mengenali antara satu sama lain. 

                Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. So...apa yang berlaku sekarang.. Pasti ada hikmahnya satu hari nanti. Cuma kita taksedar, sama ada ia cepat ataupun lambat. :)

                ::Tiada Kata Seindah Bahasa::

                Tuesday 16 August 2011

                I keep singing the song that the most I hate..

                SEDETIK LEBIH

                Setiap nafas yang dihembus..
                Setiap degupan jantung
                Aku selalu memikirkanmu..
                Dalam sedar dibuai angan..
                Dalam tidur dan khayalan..
                Aku selalu memikirkanmu..

                Ternyata kuperlukan cinta.
                Dari dirimu sayang..
                Barulah terasa ku bernyawa..

                Kasihku ku amat mencintai kamu..
                Kerna kau beri erti hidup..
                Ku kan terus mencinta sedetik lebih..
                Selepas selamanya.

                Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan..
                Ku bersyukur adanya kamu..
                Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia..
                Asal masih adanya kamu..

                ::Tiada Kata Seindah Bahasa::

                Sunday 14 August 2011

                If time can be turned back....

                Kenapa awak cakap awak sayang saya sedangkan awak takboleh hidup tanpa dia?
                Kenapa awak selalu layan saya baik sedangkan itu bukan niat awak sebenarnya?
                Kenapa awak kata awak terpaksa berputih mata kalau saya jadi milik orang lain sedangkan awak takpernah bersungguh untuk memiliki saya?
                Kenapa awak selalu datang dekat sedangkan saya tengah cuba untuk melarikan diri dari awak?

                Saya ingat saya boleh melupakan awak..
                Saya ingat saya takkan jumpa awak lagi..
                Saya ingat apa yang saya buat lepas ni.. takkan ada kaitan ng awak..
                Saya ingat dengan kehadiran awak dalam hidup saya takkan memberikan apa-apa kesan pun..

                Tapi tu semua hanya 'saya ingat' jee..
                Hakikatnya.. mana saya pergi.. saya fikirkan awak.
                Apa saya buat..mesti akan ada yang relates tentang awak.
                Saya nak ke mana je.. Mesti akan jumpa awak dalam sehari tuu...
                Dan dengan kehadiran awak.. Sangat memberikan impak yang besar dalam hidup saya..

                Time saya nak larikan diri dan menjauhi awak..
                Time tu la awak akan datang dekat dengan saya..
                Time saya perlukan awak...
                Time tu la awak takda..

                Saya takboleh nak salahkan takdir..
                Mungkin ni adalah suratan hidup untuk kita berkenalan walaupun cara kita berkenalan ni.. agak menyakiti saya..
                Tapi takpelah awak..
                Dah ni takdir untuk kita bertemu..
                Saya redha..

                " Taksemua perkara yang bermula dengan kegembiraan akan turut berakhir dengan kegembiraan.. Dan taksemua perkara yang bermula dengan keperitan akan berakhir dengan kesedihan.. Terpulang untuk kita untuk menentukan jalan ceritanya.. "


                ::Tiada Kata Seindah Bahasa::

                Realiti Tak Seindah Fantasi...

                Luar nampak biasa..tapi batin?
                Selalunyaa.. jarang orang suka tunjukkan apa yang dia rasa.
                Sama jugak ng aku.
                Dulu..memang aku rasa hidup ni macam tak adil.
                Tapi takpe.. sekarang aku dah move on dengan hidup aku..

                Kalau dulu kau tanya dan bgtau aku macam-macam soalan atau tentang isi hati kau..
                Hari ni aku nak jawap segala jawapan yang takberjawap..
                I want to answer all your questions..

                He : " Awak..salah ke kalau saya mula jatuh hati pada awak ? "
                Me : " Yepp.. memang salah awak jatuh hati kat saya sebabnya..awak dah menyeksa hati dan perasaan saya. "

                He : " I want to be something to you..."
                Me : " You already be something to me actually.. Hmm..kalaulah saya tahu akhirnya awak akan kecewakan saya.. Dari awal lagi saya takkan bagi awak masuk dalam hati saya.."

                He : " Kalau semalam awak cakap awak dah jumpa orang yang awak perlukan dalam hidup selain family dan kawan-kawan....malam ni..saya pun nak bgtau yang saya juga dah jumpa dengan orang yang saya perlukan. Orang itu adalah awak.."
                Me : " Hmm..mana pergi kata-kata yang awak ucapkan masa malam 12 Julai 2011 ? Awak dah lupa semua kata-kata awak pada malam tuu ? "

                He : " Happy ada saya ? "
                Me : " Kalau dulu...maybe the answer is YES.. But now.. Lepas apa yang terjadi.. I have to think it twice. "

                He : " Sayang.. I'm starting to miss you.."
                Me : " Are you really sure that.. you are miss me ? Jangan senang-senang ucapkan kata sayang dan rindu kalau hati tak ikhlas maksudkannya.."

                He : " Awak larikan diri dari saya. Takhubungi saya.. Kenapa wak?
                Me : " Sorry.. mungkin tu saje jalan yang terbaik untuk saya dan awak. Saya taknampak langsung kebaikan mana-mana pihak kalau kita berhubung. Lagipun saya rasa awak tak ikhlas untuk mengenali saya. "

                He : "  Cuba buka lagu Anuar Zain. Sedetik Lebih.. awak akan tahu semuanya.."
                Me : " Yess.. Saya dah dengar.. Tapi saya rasa lagu tu bukan ditujukan khas untuk saya. Sebelum nak dedicate song to someone.. please think carefully ok. "

                He : " Saya gusarlah awak..Saya taktahu. Saya tiba-tiba cemburu lihat orang kacau awak.."
                Me : " Hmm..betul ke awak cemburu ? Ke awak saja nak mainkan hati dan perasaan saya ? Awak saja nak buat saya rasa happy kononnya kann..."

                Aku teringin sangat-sangat nak tanya dia balik semua soalan ni. Tapi.. ni semua KALAULAH BOLEH.
                Kalaulah diizinkan...tapi..lupakan saja ok Cik Nazirah.

                Awak jangan risau.. saya tetap ingat degan kata-kata saya ni.. Dan InsyaALLAH saya berpegang dengan kata-kata saya.
                " If we are not meet or contact each other, but trust me. I never forget you once you came into my life. I will remember you forever.."


                ::Tiada Kata Seindah Bahasa::

                Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...