Si Cantik Hensem

Tuesday, 8 November 2011

Kisah Si Ali Gila

Al-kisah, adalah satu kampung ni, nama kampung adalah Kampung Pinang 18 Batang. Kat Kampung ni ramai penduduk yang hidup aman dan bahagia. Dalam kampung yang aman ni ada seorang lelaki. Nama dia Ali (nama sebenar). Ali ni orang gila kat kampung ni. So, ramailah yang pandang 'slek' kat dia. Ramai suka memainkan dia. Nak dijadikan cerita... 

Pada suatu hari, si Ali ni pergila masjid nak solat Jumaat. Eyyy..ni educated punye orang gila tauuu.. Solat taktinggal. Contohilah dia ni. Sedangkan orang gila pon solat, korang yang siuman ni solatlah jugak ok. Orait orait. Jom sambung cerita. Lepas si Ali ni solat Jumaat, dia nak baliklah kan. Masa dia nak balik tu tetiba dia tengok selipar jepun kesayangan dia hilang. Ape lagi..mengamuk sakanlah dia lepas tu.

Tanpa segan silu dia pun pergilah dekat mikrofon masjid lalu berkata : "Kepada sesiapa yang mencuri selipar aku, baik kau pulangkan cepat !!!! " Semua orang jadi takut. Yelaa..orang gilakan. Macam-macam dia boleh buat. Buatnya dia tetak kepala orang kang..habislaa. Kemudian si Ali ni pon ulang sekali lagi.. " Kepada sesiapa yang curi selipar kesayangan aku tu, baik kau pulangkan cepat ! Kalau tak, aku akan buat seperti mana ayah aku buat !!! " Lalu orang yang curi tu pun pulangkanlah semula, "Lek la bang, gurau ajee.."

Tapi Ali memandangnya dengan muka yang serius. Muka macam nak makan orang kononnya. Haa..lalu budak yang curi selipar dia tu pon blah tanpa memandang ke arah Ali.. Takutlah tuu.. Lalu Tok Imam pon menegur Ali dan bertanya, " Kalau dia tak pulangkan, apa yang akan kamu lakukan? Apa yang ayah kamu lakukan? Dengan suara dan wajah yang slamber Ali pun berkata " saya balik kaki ayamlah tok.."

Kaki sapa ni?

Source : Facebook

::Tiada Kata Seindah Bahasa::

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...