Si Cantik Hensem

Wednesday, 21 December 2011

Officially 19!

Assalamualaikum.
Seperti yang sudah tercatat dalam surat beranak J 511613 *kalau betullah*
20 Disember 1992 aku dilahirkan.
Alhamdulillah.. Sudah 19 tahun aku bernafas di muka bumi ini. 
Terima kasih ya Allah. 

Semoga hidup ini akan lebih diberkati Allah,
Semoga hidup dan amalanku selama 19 tahun ni tidak sia-sia,
Semoga hidup aku lebih bermakna dari sebelum ini
Dan semoga aku menjadi insan yang tabah dan sabar menempuh dugaan dan ujianMu ya Allah.

Terima kasih kerana masih mengizinkan aku untuk bernafas di muka bumi ini.
InsyaAllah aku akan memanfaatkan hidupku ini untuk lebih bermakna.

Happy Birthday to you Nur Nazirah binti Raman, :)


::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Monday, 12 December 2011

Doa Untuk Dia.

Assalamualakum..

Semalam aku baru balik dari Johor Bahru sebab ada wedding sepupu lelaki aku.
Congrats Abang Daha, dapat isteri. :) *mak..nak kahwin jugak boley?*
Okay.. bukan tu tujuan aku tulis entri kali ni.

Aku nak bercerita tentang seorang sepupu lelaki aku kat Johor Bahru. Nama dia Najib.
Masuk bulan Disember ni dah hampir 3 bulan dia koma. Lepas raya hari tu kejadian ni berlaku.
Kitorang semua tak tahu apa punca dia sampai jadi macam tu,
tapi dengar katenye dia terjatuh dan sempat pergi klinik.
Balik dari klinik tu terus dia pengsan tapi taksiapa tolong sebab sangkakan dia mabuk sebab park kereta pon takbetul and jalan terhuyung-hayang.
Last-last bila orang sekeliling tolong..hantar pergi hospital terus taksedarkan diri sampai sekarang.

Kami semua taktahu cerita sebenar sebab masa kejadian, Najib ni kat luar rumah dan dia seorang aje. Hanya Najib ni seorang aje yang tahu apa puncanya dan apa yang berlaku.
Semua beranggapan dia baru lepas pergi kubur sebab dalam poket baju dia ada Surah Yassin dan kopiah. 
Maybe dia baru lepas ziarah kubur arwah atuk kami.

Hampir 2 bulan terlantar kat hopsital, doktor suruh bawak balik rumah.
Sebab keadaan dia still macam tu.
Sekarang dia kat rumah tanpa tempurung kepala.
Kepala dia membengkak. Ada pendarahan dalam otak masa jatuh tu.
Scary gila kan? Tapi tu la.. kesian sangat.

Aku rasa, dalam dunia ni.. dialah insan yang paling baik, mulia dan mendengar kata.
Why? Sebab aku rasa dia takpernah sakitkan hati orang, melawan cakap orang..
Dia seorang yang sangat sangat sangat sangat sangat pendiam!
*Nampak tak penggunaan 'sangat' yang melampau kat situ?*

Dia dari kecik memang pendiam orangnya.
Nak bercakap dengan famili terdekat pun susah..apatah lagi nak bercakap dengan orang yang takrapat,kan?
Sepanjang hidup aku pun aku rasa, aku takpernah bercakap dengan dia. Percaya tak?
Aku komfem mesti dia takpernah melawan kata parents dia.
Tapi apa salah dia sehingga diduga macam ni?
Okay..aku manusia biasa yang takda hak nak mempertikaikan semua ni.
Mesti ada hikmah disebaliknya.

Kepada keluarga makcik aku.. bersabarlah.
Sesungguhnya Allah sangat menyayangi kalian sekeluarga dengan memberikan ujian sebegini.
Memang berat dugaan ni, tapi bersabarlah.

# Kawan-kawan... tolong sedekah sekalung doa dan yassin kepada sepupu saya tu. Semoga dia segera sembuh.. :'( 

::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Sunday, 27 November 2011

Sakit Untuk Cantik

Assalamualaikum.
Memandangkan ni baru aje first week masuk semester baru, comfirm assignment tak berlambak lagi kan?
*Err..dah dapat assignment report untuk Finance*

Buat pertama kalinya dalam hidup, aku pergi buat Facial Treatment. Asalnya just nak buat Normal Facial aje.. Tetiba akak tu cakap muka aku perlukan treatment. Yeah..memang muka aku agak bermasalah dari sekolah menengah. Tapi, aku taktahu macamana nak selesaikan masalah aku.

Bak kata orang, taksalah sesekali untuk mencuba sesuatu yang baru. So, aku nak jugak buat. Sakit dia tu...jangan cakaplah. Sakit teramat! Sampai aku ketap gigi sekuat-kuatnya dan kalau aku gigit lidah sekali, boleh putus jugak rasanya. Punyalah aku genggam kuat-kuat tangan ni. Sebab sakit gila !!!

Nak elakkan sakit yang teramat tu, otak aku taknak fikir ' SAKIT '.. sebab kalau kita fikir 'sakit' automatik akan rasa sakit walaupun sedikit. So...aku paksa saraf-saraf aku menghantar mesej "BEST,SERONOK,SEDAP" ke otak aku ni. Taklah rasa sakit sangat. *But..still sakit jugak.. T_T*


Dan aku paksa jugak otak aku fikir subjek Law, Finance dan Add Maths.. Nampak tak betapa sakitnya buat Facial Treatment tu? Lagi lagi time tu kat pipi ada jerawat besar! Sumpah sakit gilaaaaaaa.... Takpelahh.. Bukan selalu. Lepas ni kene fikir 2,3 kali jugaklah nak buat facial treatment ke tak.

Sebagai kesannya, banyak tanda merah di hidung, pipi, dagu dan dahi aku. Arghh! Malunyaaa.. Kesan dia mesti sampai 3-4 hari.. Itupun mungkinlah. Malu pulak nak pergi kelas. Adoi. Macamana ni? Ishh.. Terpaksa tepek bedak 15-20 lapis ni kat muka. Macam kene demam campak pun iye jugak muka aku ni. Hadoi.

#Yang paling best... akak tu cakap muka aku comel. So...maksudnyaaaa??  Lalalala~

::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Friday, 18 November 2011

Roti Canai Singapore Ayahanda

Assalamualaikum.
Wahh..Petang ni balik Semenanjung.
Means, aku akan berjauhan dengan family untuk 1 sem.
*untunglah siapa balik selalu..*

So, sudah menjadi kebiasaan bila kami balik,
mak dan ayah akan masak special.
Hari ni for the last day in 2011
ayah aku buat Roti Canai Singapore!
Yeaahhh!! Sedaaapp !
Nak tahu macamana?
Jom usha bawah.

*Sila scroll kebawah. Thank you*



1. Sediakan doh.
2. Canaikan ia. Bagi lebar.
3. Masukkan serbuk kari dan telur.
4. Masukkan bawang dan juga cili merah yang dipotong dadu.

Cara Lipatan.


11. Goreng dalam minyak yang panas.
12. Sedia di makan. 

*Roti Canai Singapore Ayahanda saya terbaik ! :D *

::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Tak Cun Kali Ni.

Nampak jadual atas ni?
Cun tak korang rasa?
Khamis je aku rasa cun.
Jumaat langsung TAK!
Arhh.. Seelok-eloknya dan semolek-moleknya,
takperlu kot buat kelas lepas solat Jumaat.
Ramai nak balik lah walaupun aku bukannya kaki balik pon.

Dah lah Finance lepas tu Law.
Okay..memang takboleh nak ponteng.
Ishhh...

Nasib baik 12.30 sampai 2.30 FREE !
So..takde masalah nak lunch.
*Nak sedapkan hati aje..*

Dah lah, takda mood tengok jadual atas ni.
Kbai.
Assalamualaikum.

::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Wednesday, 16 November 2011

Songs Reminds Me Of You. :')


1. Wali Band - Baik Baik Sayang --> Fatin Syazana Md Isa.

2. Avenged Sevenfold - Dear God --> Muhammad Amirul Syafiq Jasni.

3. Opick - Rapuh --> Miz Charming

4.  Dadali - Di Saat Aku Mencintaimu --> Ahmad Nufairi Mohd Hasim.

5. Bruno Mars - Just The Way You Are --> Amirul Hazim Khaz.

6. Bruno Mars - The Lazy Song --> Fauziah Ahmad (Kak Giey)

7. 4 Minute - Hot Issues --> Aziza Kamaruzzaman (Kak Jija)

8. A.P.I - Pelita --> Ammar Radhi / Ammar Iqbal.

9. Samudera - Salam Sejahtera --> Muhammad Zahirudin (Kuza)

10. Ungu - Kekasih Gelapku --> Mohd Aizat Ahmad

11. Spring - Butakah Cinta --> Mohd Azri Azmi.

12. Yuna - Dan Sebenarnya --> Kak Giey dan Kak Jija.

13. Wonder Girls - Nobody --> Kak Izzati Zaidi.

14. Christina Perri - Jar Of  Heart --> Aimi Fadhilah

SPECIAL SONGS FROM
MUHAMMAD SYAZRIN MD YAZID. 

You're My Everything - Santa Esmeralda 
It's All About You - McFly

REASON?

1. Ana pernah cakap dia sangat suka lagu ni. Kalau taksilap ada someone special dedicate this song to her. Time tu aku just pernah dengar tajuk dia je. So, bila dengar lagu dia memang best. Bila dengar lagu ni, satu je kat otak aku terus. 'ANA'.

2. Lirik dia soo nice ! That's whyy I love this song. Dan taksangka jugak dia dedicated lagu ni jugak untuk aku. Kebetulan time aku lepas SPM dan aku di Sarawak so, amatlah jauh. Memang kene sangatlah dengan lagu ni.

3. Terngiang-ngiang lagi Mr.Rapuh Miz Charming ni nyanyi. First time aku tahu lagu ni bila boyfriend junior aku ni nyanyila. Plus pulak suara Mr.Rapuh ni amatlah merdu.. Nasib baik Mr.Rapuh ni bawah aku dan aku dah ada pakwe.. Kalau tak.... Jeng jeng jeng. 

4. Time ni mmg popular dengan lagu Dadali tapi aku langsung tak terdetik nak dengar. Tetiba Fairi ni post lagu ni kat aku di FB. First time dengar dari dia lah. Memang best lagu ni pun. Syok! Aku karok jugak lagu ni kekadang. #Suara taksedap pun. Peduli pulakkan?

5. Thanks to Hazim because posted this song on my wall. Aku taktahu kenapa tetiba dia post. Tapi lirik lagu ni pon best. Memang betul kata Bruno Mars ni. " Cause girl you're amazing just the way you are.." Semua gadis kat luar tu, memang amazing dengan cara mereka sendiri. :)
#Aku tak amazing pun.. 

6. Kak Giey selalu nyanyi lagu ni time atas katil. Ada satu hari tu Kak Giey nyanyi lagu ni time iron tudung. Haha. Tapi yang kelakarnya hanyalah part " Today I don't feel like doing anything, I just wanna lay in my bed.." Part itu sahaja. Kadang-kadang saya gelak je dalam hati. Hehe.

7. Lagu ni selalu bising pagi-pagi. Hadoi. Akak buat alarm masa saya Part 1 dulu. Banyak kali dia nyanyi pon akak taksedar-sedar. Sian dia kak tiap-tiap pagi kene nyanyikan untuk akak. Hehe. Mulanya saya ingatkan Lee Hyori yang nyanyi. Rupanya 4 Minute. OOoooooo~

8. Masa AIM kot kan ada lagu ni, terus ingat Ammar ni. Kitorang dulu-dulu rajinlah jugak kongsi pasal lagu-lagu yang best. Ammar ada syorkan aku dengar lagu Pelita dari A.P.I. Aku pernah dengar lagu ni dan memang best cuma taktau tajuk dia adalah Pelita. Thanks lah Ammar, kalau tak mmg aku tahu dengar je taktau tajuk lagu. Hehe.

9. Dulu masa zaman MySpace, Profile Zahir ni mesti akan dengar lagu Salam Sejahtera. Dia kaki jiwang. Dan macam biasalah, aku hanya tahu lagu tapi taktahu tajuk dia. So, masa aku kat bilik rumah KL dulu, kedai motor depan kenanga buka lagu sangatlah kuat. Tetiba aku dengar, "Salam sejahteraaaa~" Dalam hati aku.. Ohh..lagu tu lah Salam Sejahtera rupanya. Sampai sekarang aku ingat. Hehe. 

10. Dulu aku sangatlah layan dan gila jugak dengan UNGU ni. Lagu paling aku suka adalah Kekasih Gelapku. Time tu aku dengan si dia cuma kawan aje. So, aku gelarkan dia Kekasih Gelapku dan taksangka jugak rupenye dia pon gelarkan aku Kekasih Gelap dia jugak. Tambah-tambah suara Pasha yang sangatlah sexy tuuu. Buat makin aku terlena dengan lagu ni.

11. Dulu masa Form 3 aku layan jiwang dan aku ada pinjam cd dari Azri ni. Salah satu lagu yang aku ingat dalam CD aku pinjam dari dia, adalah lagu Butakah Cinta. Sumpah, sampai sekarang aku ingat lagi.
#FYI, aku tengah dengar lagu ni kat radio Era ketika menulis entri ni.

12. Masa induction level akak senior ni suruh aku dan Ana nyanyi lagu. So, kami pilih untuk menyanyi lagu Dan Sebenarnya. Maaf Yuna sebab rosakkan lagu tu. Teruk gila!

13. Again. Masa induction level, Kak Zati suruh aku menari sambil menyanyi. Kak Zati minat Korea dan aku pun, so terpaksalah menari. Kekadang jumpa Kak Zati aku sangat malu sebab dia ingat aku menari lagu tu. Kebetulan pulak Kak Zati dengan Ana ada record! Oh, memalukan~

14. Ingat tak masa Aimi nak petik gitar lagu untuk saya tu, Aimi tanya saya pernah dengar tak lagu Jar Of Heart tapi saya kata takpernah kan? Actually saya pernah dengar rupanya cuma taktahu tajuk dia aje. Hehe. Sorry Aimi. Hehe. #Peace.

#Tapi kebanyakan lagu atas ni hanyalah tinggal kenangan saya dengan anda-anda semua. Sedikit sebanyak dapatlah buat saya mengingati anda walaupun saya tidak tahu sama ada kalian ingat saya ataupun tidak. -_-

REASONS FOR SPECIAL SONGS.

You're My Everything
Very nice and wonderful lyrics. Buat aku tersentuh kekadang walaupon bukanlah MSMY yang nyanyikan. Aku seorang yang akan jatuh cinta dengan lagu kerana liriknya bukan kerana melodinya. Umpama lagu tu adalah diri si dia, melodi itu adalah rupa paras, lirik adalah hati budi. Jika melodi dia sedap, maka itu satu bonus tapi yang penting lirik. So, kalau lirik tu indah, maka secara automatiknya kita akan jatuh cinta dengan lagu tersebut.  #Err..boleh terima ke perumpamaan tu? -_-

It's All About You
Actually lagu ni aku selalu dengar bila Invincible Youth (Korean) habis sebab akan adanya lagu ni part-part habis tu. Dan lagi sekali macam biasalah, aku tahu nyanyi dan malas nak search internet nak tahu tajuk dia. Dia post kat wall aku lagu ni dan bila dengar aku, " Ohhh.. lagu ni laa!!! " Hehe. Nampak tak betapa indahnya hidup aku, takpayah susah-susah cari. Ada orang rajin carikan lagu ni untuk aku. Hehe. Btw, lagu ni aku jadikan Ringtone phone aku. :')


::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Tuesday, 15 November 2011

TPH 2102 Sayang...

Assalamualaikum. Tengah best mandi yang takberapa nak pagi sangat tetiba teringat segala kenangan di Tun Putih terutama di TPH 2102. Dalam taksedar dah 3 sem (hampir setahun setengah) aku duduk Tun Putih. Lepas ni no more Tun Putih, sebab aku akan duduk Kolej Tun Ali. *sedih gila*

Level 21 :(
First time kaki aku jejak di Tun Putih bertarikh 26 Jun 2010. Aku yang pertama sampai kat bilik tu. Tunggu punya tunggu *manalah roommate baru aku ni* perut pun lapar. So,makanlah dulu. Baru je jari menyentuh nasi, tetiba ada orang masuk dalam bilik. Okay.. my new friend a.k.a my roommate. Fatin Syazana Binti Md Isa. Aku tengok orangnya alahai... Ayu, sopan, pendiam gila! Aku dah risau.. aku ni banyak cakap. Hadoi. Camne ni?

Semua gambar Part 1. :)
First time aku bercakap dan tegur Ana ni masa kat luar pintu bilik sebab parents dia nak balik Kedah dah. So..aku berlagak seperti hero untuk pujuk. *Ahaks* Tapi alhamdulillah, dia bukanlah seorang yang pendiam pon orangnya. Boleh tahan juga ! HAHA. Kiranya boleh masuk dengan aku jugaklah.

Semester 2 dan 3. 
Macam-macam kami kongsi suka duka bersama. Memandangkan kami ni sama umur dan sama jurusan cuma berlainan kelas, tapi banyak kami share. Masa sem 2, ada something yang berlaku kat aku dan buat aku sangat sedih, sampaikan dia takpernah tengok aku nangis gila-gila sampai teruk macam tu sekali, tapi Alhamdulillah Ana ada di sisi aku. Segala kesedihan yang aku lalui, aku cerita pada dia. Thanks Ana because you're always be there for me. Love you laahh !

I like her smile :)
Lepas tu, ada lg 2 orang senior dalam bilik aku. Aziza Binti Kamaruzzaman dan juga Fauziah Binti Ahmad. Akak dua dua ni Masscom. Akak berdua ni juga sangatlah ohseemm and cool ! Bilik kami takkan kecoh tanpa mereka. Wuhhhuu..

Kak senior sayang :)
Kak Jija (Aziza) adalah peminat Korea *aku pun sama* dan disebabkan kami juga lagi dua orang, Ana (Fatin Syazana) dan Kak Giey (Fauziah) pun dah minat Korea. Aku ingat lagi Kak Giey nangis tengok cerita Korea 'My Girlfriend is Gumiho..' Haha. *Okay memang sedih cerita dia*

Saya curi kat FB akak. :P
Masa aku nak sem 3, tetiba dapat tahu bilik kami ada lagi 2 orang junior yang baru masuk. Aku macam..
"Err..junior? So, 6 orang dalam 1 bilik?"

Gila teruk unit kolej ni! Kalau ye pun, nak tunggu kolej baru siap, takpayahlah sampai 6 orang. Tapi kami berenam terima aje lah kan. Maunya takkecoh dalam bilik. Lagi-lagi dengan junior baru ni, yang boleh tahan sangatlah kecoh. Hadoi.

My Juniors ! :)
Junior aku dua-dua dari Office Management. Dari Johor dan dua-dua nama Hidayah ! Adoi..konfiusss mak nyah~ Best gosip-gosip dengan dorang. Bergaul dengan dorang buat aku terasa muda. Oppss..

Miz Charming
Nur Hidayah Binti Ibrahim. Aku panggil dia Dayah. Kekadang terpanggil Ida. Kekadang panggil nama FB aje, Miz Charming. Senang. Sebab dua dua nama Hidayah. Yang lagi sorang nama dia Nor Hidayah Binti Salleh. Aku panggil dia Yaya.

Budak sepet bila senyum. Lala De Yaya.
Masa first-first kenal dengan diorang, taksangka pulak boleh terus rapat. Mungkin dorang jenis yang takkisah dan sempoi sebab tu senang nak 'masuk'. Tp lepas ni sedih, takdapat dengar ketawa Miz Charming, takdapat nak tengok mata Yaya yang sepet bila ketawa. Takdapat nak dengar dorang membebel bila saya kata saya dah gemuk.

I'll miss you pondan !
Ohh.. Sedih gila okay. Aku rasa sangat beruntung dapat kenal dorang semua ni. Best !! Umur takmenghalang kami untuk bermesra dan berkawan ! Saya anggap mereka berlima ni macam adik-beradik sendiri. Semua comel, cantik, cun dan ohhhseeeeemmmm! Bilalah boleh lepak-lepak? Tidur sesame lagi ni? Hadoi..insyaAllah saya takkan lupakan kalian. Sesungguhnya kalian lah ROOMMATES TERBAIK! 

::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...