Assalamualakum..
Semalam aku baru balik dari Johor Bahru sebab ada wedding sepupu lelaki aku.
Congrats Abang Daha, dapat isteri. :) *mak..nak kahwin jugak boley?*
Okay.. bukan tu tujuan aku tulis entri kali ni.
Aku nak bercerita tentang seorang sepupu lelaki aku kat Johor Bahru. Nama dia Najib.
Masuk bulan Disember ni dah hampir 3 bulan dia koma. Lepas raya hari tu kejadian ni berlaku.
Kitorang semua tak tahu apa punca dia sampai jadi macam tu,
tapi dengar katenye dia terjatuh dan sempat pergi klinik.
Balik dari klinik tu terus dia pengsan tapi taksiapa tolong sebab sangkakan dia mabuk sebab park kereta pon takbetul and jalan terhuyung-hayang.
Last-last bila orang sekeliling tolong..hantar pergi hospital terus taksedarkan diri sampai sekarang.
Kami semua taktahu cerita sebenar sebab masa kejadian, Najib ni kat luar rumah dan dia seorang aje. Hanya Najib ni seorang aje yang tahu apa puncanya dan apa yang berlaku.
Semua beranggapan dia baru lepas pergi kubur sebab dalam poket baju dia ada Surah Yassin dan kopiah.
Maybe dia baru lepas ziarah kubur arwah atuk kami.
Hampir 2 bulan terlantar kat hopsital, doktor suruh bawak balik rumah.
Sebab keadaan dia still macam tu.
Sekarang dia kat rumah tanpa tempurung kepala.
Kepala dia membengkak. Ada pendarahan dalam otak masa jatuh tu.
Scary gila kan? Tapi tu la.. kesian sangat.
Aku rasa, dalam dunia ni.. dialah insan yang paling baik, mulia dan mendengar kata.
Why? Sebab aku rasa dia takpernah sakitkan hati orang, melawan cakap orang..
Dia seorang yang sangat sangat sangat sangat sangat pendiam!
*Nampak tak penggunaan 'sangat' yang melampau kat situ?*
*Nampak tak penggunaan 'sangat' yang melampau kat situ?*
Dia dari kecik memang pendiam orangnya.
Nak bercakap dengan famili terdekat pun susah..apatah lagi nak bercakap dengan orang yang takrapat,kan?
Sepanjang hidup aku pun aku rasa, aku takpernah bercakap dengan dia. Percaya tak?
Aku komfem mesti dia takpernah melawan kata parents dia.
Tapi apa salah dia sehingga diduga macam ni?
Okay..aku manusia biasa yang takda hak nak mempertikaikan semua ni.
Mesti ada hikmah disebaliknya.
Kepada keluarga makcik aku.. bersabarlah.
Sesungguhnya Allah sangat menyayangi kalian sekeluarga dengan memberikan ujian sebegini.
Memang berat dugaan ni, tapi bersabarlah.
# Kawan-kawan... tolong sedekah sekalung doa dan yassin kepada sepupu saya tu. Semoga dia segera sembuh.. :'(
moga najib cepat sembuh .
ReplyDeletekesian tgok mak mit jage dia.
kite mcm nak nagis..