Si Cantik Hensem

Saturday 22 December 2012

Untuk Jodoh Saya..

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum awak..
Awak...saya nak bagitau sikit. Saya sebenarnya takberapa suka kalau awak merokok... (memang taksuka pun). Saya tahu yang awak tahu rokok tu sangat tak elok untuk kesihatan..tapi kenapa awak masih merokok? Malas nak cakap panjanglah kan.. Tapi saya nak awak baca sambil bayangkan.. Kejap jee.. taklama pun. Boleh tak awak?? Terima kasih.. *senyum sampai langit*


Bayangkan, yang satu hari nanti awak dan saya kahwin.. Kita kahwin. Awal-awal kahwin, kita hidup happy sangat. Taklama lepas tu, kita pun ada anak-anak yang comel. Comel sangat. Yang perempuan, ikut comel macam saya. Lelaki pulak ikut hensem macam awak. Haaa..best tak? Awak dapat bayangkan tak? Kalau takdapat bayangkan, sila baca semula sampai awak dapat bayangkan..

Okay, kita teruskan ye..

Saya bersyukur sangat Allah berikan saya jodoh yang baik, penyayang serta soleh untuk saya. Awak jaga saya dan anak-anak kita dengan sangat baik. Kita hidup memang bahagia sangat sangat. Setiap pagi, awak kejut saya untuk solat Subuh. Saya masakkan untuk awak. Saya tunggu awak pulang dari pejabat. Saya cium tangan awak, awak cium dahi saya. Setiap hari.. Seronokkan?

Tapi kebahagiaan tu taklama. Disebabkan awak susah sangat nak tinggalkan rokok tu, awak sakit. Awak tahu tak, saat tu, saya rasa macam dunia ni terus berhenti berputar. Dunia saya nampak gelap. Otak saya berhenti berfikir. Saya kaku. Takpercaya. Susah untuk saya terima yang cinta hati saya sakit. 

Awak.... awak tahu tak..Saya nak hidup dengan awak sampai akhir hayat saya. Kalau awak pergi tinggalkan saya dulu, siapa nak jaga saya? Dengan siapa saya nak bergurau senda? Siapa nak layan kerenah saya? Memang semua orang akan pergi mengadap Dia..tapi awak takrasa ke dengan sebab awak merokok tu, sedikit demi sedikit awak merosakkan diri awak? Awak taksayang saya ke, awak?



Awak.. saya sayang awak..sebab tu saya taksuka awak merokok. Kalau dengan merokok tu dapat bagi awak bertambah sihat, saya takkisah awak. Awak nak hisap 24jam tanpa henti pun takpa.. Asalkan awak sihat. Sihat fizikal dan mental. Tapi, awak tahu kan rokok tu takbaik untuk kesihatan sebab tu saya suruh awak berhenti merokok. Dan sekiranya sekarang ni awak masih lagi merokok, saya harap awak akan berhentilah merokok dengan secepat mungkin. Apapun, saya nak awak tahu yang saya takrela kehilangan awak dalam hidup saya. 

Selamat malam awak. :)

::Tiada Kata Seindah Bahasa::

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...