Si Cantik Hensem

Friday, 11 November 2011

@^#&$!%?


TENSION ! MALU ! PENING !

Argh..ni semua UNIT KOLEJ punye pasal !
Lambat bagi kata putus.
Lambat bagi respon.

Time kami dah dapat rumah, dah bayar deposit,
Time tu baru boleh check permohonan kolej kan?
Kau tahu takbetapa kejamnya kau?

%^#$*&@
Dan sebab kau jugak EHEP, aku rasa nak gaduh je ng parents aku.
Kau buat aku mcm nak jd anak derhaka.
Tapi nasib baik aku takmelawan.
@^&#%$#

Dan sekarang jugak, aku malu.
Malu dengan kak Aina (owner rumah)
dan jugak dengan YDP MINDS, Petra
Sebab Petra lah owner tu percaya dengan kitorang utk menyewa.

Arghh ! Dah la bukan Tun Putih yang aku dapat !
Kenapa mesti Tun Ali?
Bukanlah nak mengungkitkan, tapi macam takde guna je aku masuk pertandingan menari wakil Tun Putih.
Orang lain yang punyelah tak aktif, yang hanya memerap dalam bilik sahaja, boleh pulak dapat Tun Putih. 
Okay..this is not fair.

Can I kill you?!
Sumpah aku stress gila.
Dah la esok nak jalan-jalan pon rasa takda mood dah.
Padahal before ni excited aku nak keluar jalan-jalan.

Ni semua pasal kau kolej.
Ish. Buat aku hilang mood.
Takkan aku nak burn RM125?
Kau ingat aku anak orang kaya?

ARGHHHH !
Okay..aku benci kau Uniit Kolej.
Apa kau buat time cuti pon aku taktahu.
Masa dulu cuti pendek, okay aje kau buat kerja.
Cuti sem kali ni taksampai 2 bulan pon, apa kau buat?
Makan gaji buta?

Special from me to you!

::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Tuesday, 8 November 2011

Handphone

Salam.
Berkelah di tepi titi bersaksikan pemandangan indah lautan dan pantai.
Lagi-lagi bila ditemani dengan keluarga tersayang.
Tetiba, ayah aku suruh aku pergi ke suatu tempat untuk mendapatkan sesuatu.
Dengan pantas aku pergi.
Tetiba adik aku Najwa mengugut untuk beritahu rahsia kepada ayah dan mak.
Aku buatlah taktahu sebab ingat dia konon nak gertak aku.
Rupenye dia betul-betul beritahu mak ng ayah yg dalam handphone aku ada gambar seorang jejaka.

Cantik ! :)
Dari kejauhan aku nampak dan dengar ayah aku bersuara,
" Meh sini handphone tuu.. campak aje kat laut."
Dan dari jauh aku nampak handphone tu..
Pulp !
Masuk dalam air.
Sedihnya jangan cakaplah.
Dalam otak pikir..
" Macamana nak mesej malam ni? "
" Sim kad tu....."
" Memory card.."
So aku bercadang untuk taknak tegur langsung adik aku tu.
Yelaa.. BATU API !
Tetiba aku terdengar ringtone Percaya Padaku - UNGU.
Dengan mata terpejam, aku capai handphone kat sebelah...
Laa..mimpi. Fuhh.. handphone masih ada di sebelah.
Tengok jam. Kul 2.15 petang. Hehe.
Sekian itu saja mimpi saya.
Assalamualaikum.

::Tiada Kata Seindah Bahasa::

ABC..

#Takbaik
#Kejam
#Tidak Berhati Perut
#Pentingkan Diri Sendiri
#Jahat Dalam Diam
#Sengal
#Hati Kering

Kat atas tu semuanya adalah sifat-sifat dalaman aku yang korang taktahu.
Kbai.

*Tajuk takde kene mengena pon. Sukahatilah. Blog aku*

::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Berakhirnya Sebuah Percutian.

Bila takcuti, sibuk nak cuti. Bila dah cuti, merungut bosan. Manusia..manusia.
*Manusia itu aku sebenarnya*
Pejam celik. tinggal kurang lagi 2 minggu aje kat rumah.
Okay. Aku sedih pulak tetiba.


Sebelum pulang ke Lendu, ingat nak suruh mak masak makanan yang paling aku minat.

Sambal Sotong Besar. Sedapnya kaawww !
Tapi aku terpaksa 'berpantang'.
Bila aku dah makan, aku akan makan sepuas hati aku.
Effect dia.. mulalah ENT (Ear, Nose, Throat) aku gatal yang amat.
Ni semua kes RESDUNG !
Grrr ! Sedih gila.

Aku nak makan kaaauu.. Plishhh T_T
1 sem takdapat nak makan masakan mak.
1 sem takdapat menatap wajah mak dan ayah.
1 sem takdapat naik kereta Avanza hitam.
1 sem takdapat tidur sebilik ng 'kakak aku'. *Wawa*

Macam ni la aku bila sedih.

Tapi dalam kesedihan, ada juga debar, gembira dan terujanya.
Berdebar memikirkan Semester 4.
*Business Law, Insurans, Finance*
Excited nak jumpa kawan-kawan. Mishhhh you!
Gembira nak jumpa si dia. MSMY
*ehemm ehemm.. sebulan lebih terpisah dgn Laut China Selatan*

Aku jugak dengan tetiba suka dah dengan rambut aku ni.
Tetiba nampak comel. 
*Okay, sangat perasan*
Dulu bukan kemain nangis bagai nak rak.
Putus cinta pun takda nangis sampai bengkak mata.

Rambut asal lagi panjang.
Memang mcm ni rambut kesayangan aku dulu.

Kemudian berubah jd macam ni! Arghh !!

Sumpah, dulu sedih gila lepas kene potong.
Sampai pedih mata.
Nangis berjam-jam. *memey ar*

Okay. Tu je aku nak cerita.
Kbai.

*19 November pulanglah aku ke Semenanjung*

::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Kisah Si Ali Gila

Al-kisah, adalah satu kampung ni, nama kampung adalah Kampung Pinang 18 Batang. Kat Kampung ni ramai penduduk yang hidup aman dan bahagia. Dalam kampung yang aman ni ada seorang lelaki. Nama dia Ali (nama sebenar). Ali ni orang gila kat kampung ni. So, ramailah yang pandang 'slek' kat dia. Ramai suka memainkan dia. Nak dijadikan cerita... 

Pada suatu hari, si Ali ni pergila masjid nak solat Jumaat. Eyyy..ni educated punye orang gila tauuu.. Solat taktinggal. Contohilah dia ni. Sedangkan orang gila pon solat, korang yang siuman ni solatlah jugak ok. Orait orait. Jom sambung cerita. Lepas si Ali ni solat Jumaat, dia nak baliklah kan. Masa dia nak balik tu tetiba dia tengok selipar jepun kesayangan dia hilang. Ape lagi..mengamuk sakanlah dia lepas tu.

Tanpa segan silu dia pun pergilah dekat mikrofon masjid lalu berkata : "Kepada sesiapa yang mencuri selipar aku, baik kau pulangkan cepat !!!! " Semua orang jadi takut. Yelaa..orang gilakan. Macam-macam dia boleh buat. Buatnya dia tetak kepala orang kang..habislaa. Kemudian si Ali ni pon ulang sekali lagi.. " Kepada sesiapa yang curi selipar kesayangan aku tu, baik kau pulangkan cepat ! Kalau tak, aku akan buat seperti mana ayah aku buat !!! " Lalu orang yang curi tu pun pulangkanlah semula, "Lek la bang, gurau ajee.."

Tapi Ali memandangnya dengan muka yang serius. Muka macam nak makan orang kononnya. Haa..lalu budak yang curi selipar dia tu pon blah tanpa memandang ke arah Ali.. Takutlah tuu.. Lalu Tok Imam pon menegur Ali dan bertanya, " Kalau dia tak pulangkan, apa yang akan kamu lakukan? Apa yang ayah kamu lakukan? Dengan suara dan wajah yang slamber Ali pun berkata " saya balik kaki ayamlah tok.."

Kaki sapa ni?

Source : Facebook

::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Monday, 7 November 2011

Masa Kecik-Kecik Dulu (Part 2)

...
SK AU Keramat, Tahun 2002.
Apa yang korang ingat?
Okay..korang tahu main ajee.. 
Same mcm aku jugak. 

Darjah 4 Dinamik

Kelas 4D kat blok yang kedua dari belakang dan berada di tingkat 4 kalau taksilap aku. Masa ni Guru Kelas Cik Salihah. Time ni aku rapat dan suka buat kecoh jugak dengan Siddiq dan Amirul yang tinggi-tinggi dan putih. Dorang duduk di kiri dan kanan aku. Masa ni pon cikgu letakkan lelaki dan perempuan. Hadoi.

Aku paling gerun dengan Cikgu Hakim ajar Kajian Tempatan. Yang badannya comel-comel dan rendah tuu.. Lawak.. lawak jugak tapi bila time naik angin. Okayyyy.. aku seram. Mmg lumrah murid-murid, pagi tu baru gelabah nak siapkan kerja.. Lupa nak tampal notes laaa..peta laa.. Ada satu ayat dia yang aku ingat..

" Hmm..basah je lagi gam ni.."
*Sambil menjeling...*

Okay..kantoi baru je tampal pagi tadi. Tapi nasib baik takmarah.. Fuhhhh~

Masa jamuan akhir tahun, aku still ingat tetiba Ikhwan Anuar panggil aku. Dia cakap.. 

"Nazirah..lepas ni kita dah terpisahlaa. Taksama kelas dah kan.."

Time tu aku hanya senyum je dan mengiyakan kata-kata dia. Sebab kitorang dari darjah 1 sampai darjah 4 sama kelas, tetiba taksama dah. *Sedih jap*

* Sorry..takda gambar. :(

Darjah 5 Dinamik


Semua cute! 
5 Dinamik terletak di bangunan paling belakang, tingkat atas dan hujung sekali. Waktu ni yang aku ingat, aku aktif gila menari dengan Noor Ashikin Ahmad dan Shazwana. Menari zapin la, joget lah. Tempat kitorang practice menari adalah rumah Wana. HAHA. Thanks to Wana's Family sebab izinkan kami menari. Selain tu, aku rapat jugak dengan Syikin Hayat dan Shazleen. Bila ada koko petang, rumah dorang jugak jadi port aku.

Kedudukan yg aku ingatlah. Kalau salah, sorry! 
Satu peristiwa yang aku ingat sangat-sangat sampai sekarang. Cikgu Superman relief kelas BI, so dia mengajarlah sikit-sikit. Dia akan tanya soalan kat kitorang. Sape takdapat jawap, berdiri. Takdapat jawap lagi berdiri atas kerusi. Tapi yang sangat aku takpuas hati. Dia langsung taktanya aku. Eh..aku takwujud ke? orang lain kene 2, 3 kali..tapi aku takkena langsung. Okay..sangat tak adil !

*Rindu Cikgu Superman yang badan ketak-ketak dulu. In fact, I don't know his name!

Darjah 6 Efisien.

Kelas ni kat bangunan baru. Masih lagi kelas di atas sekali dan hujung. *patutlah aku kurus agaknya* Dalam kelas aku rapat dengan Nurlisa Ruslee, Nurul Fathini, Amalinabillah dan juga Norhidayah Samsuddin. Aku taktahu macamana boleh kenal dan rapat dengan dorang tapi yang aku ingat sangat, kitorang bual hal kitorang aje langsung takpeduli hal orang lain.

Bila time balik, aku akan naik bas Menara Emas dengan Azleen, Darwina dan Hidayah. Sebab rumah kitorang dekat-dekat. Bila time balik, Azleen lah paling pantas sekali keluar kelas sebab nak cari tempat duduk dalam bas. *Kes malas berdiri* Memang kelakar kot tengok cara dia. HAHA.

Cikgu Zahariah guru kelas dan juga ajar kitorang subjek BM. Aku ada ingat masa exam tu, Nurul Ain Hussain dapat karangan 96% dan aku 92%.. Okay..agak tercabar di situ dengan Ain tapi apakan daya, aku takmampu nak layan dia, dia hebat ok. Yela..karangan je yang mampu aku skor, pemahaman sorrylaaaa.. Aku lemah! :(

Dan aku still ingat lg yg aku ada berhutang duit sebanyak RM9.00 dekat Izyan. Dulu kan terkenal dengan tempah nama kad yang berbungalaa, gambara artis. So...dulu aku merupakan salah satu agen tu. Tapi aku tak post semua tempahan kad nama tu sebab takut orang tu tipu, oleh itu...aku telah berusaha memulangkan semula semua duit-duit kawan aku ni. Tapi yang menjadi masalahnya, Izyan sorang aje aku lost contact. Puas aku cari dia tapi takjumpa-jumpa. Ada satu hari tu, aku mcm ternampak iras-iras Izyan kat Giant Permata, Wangsa Maju. nak tegur, tapi takut salah orang. Lama jugaklah aku mencari Izyan ni. Yelaa..nak lah pulangkan duit dia. Buatnya takpanjang umur aku. Susahlaa. Tapi alhamdulillah, sekian lama aku mencari akhirnya membuahkan hasil. Thanks kat Fikri Zulkifli sebab kalau taksilap aku, dialah yang jumpe Izyan dan beri contact number Izyan kat aku.

* Izyan..walaupun kamu halalkan RM9.00 tu kat saya, saya dah dermakan kat surau di atas nama kamu ye. :)

Rindu Puan Zahariah yang comel. :)



::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Play The Game !

Nak main satu game? Jom! Baca ni dulu. :)

Rules :
1. You must post this rules
2. Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3. Answer the questions the tagger set for you in their post. And create 11 new questions for people you tagged to answer.
4. You have to choose 11 people to tag and link them to the post. 
5. Go to their page and tell them you have tagged him/her.
6. No tags back.
7. No stuff in the tagging section about. 'You are tagged if you are reading this' you legitimately (a.k.a really, trust, with all honesty) have to tag 11 people.


11 Things About Me

1. Nur Nazirah Binti Abdul Rahman.
2. Naz, Zirah, Nur, Bie - My nicknames.
3. Please don't you ever called me 'Ira' especially GUYS ! *Take note*
4. I'm not Sarawakians, but I'm KL-rians..
5. I'm a shy girl. Sometimes. *uwekss.*
6. Major in Business Insurance at Malacca.
7. Have 6 family members including me.
8. I have a cat, Jihu.
9. Cadbury Dairy Milk Roast Almond lovers !
10. 154 cm, 45 kg.
11. In love with someone. 143.

Answer Kaka's question.

Q : What your hobby at home?
A : Online.

Q : Do you active in sport or academic in secondary school?
A : I'm not really active in both ; sport nor academic. But i'm more in dancing. :P

Q : Who is your idol teacher in school or university?
A : I don't have any idol teacher for the time being.

Q : When you want get married?
A : I want get married when I'm 25 years old :) *if someone ready to take me as his wife/queen*

Q : Where the suitable place when you date with your boyfriend/girlfriend?
A : At beach. Ohh..so sweet. :)

Q : Do you like shopping shoes?
A : I'm not a shopaholic person but yes.. I love shoes. :)

Q : How to get successful in life?
A : Just accept all the fate, forget all the past, think positive and just go on with your life.

Q : What is your favourite musical instruments?
A : Guitar and piano. I wish, I can play one of these instruments even just for one song. :(

Q : Which one is more suitable for me to wear it? Shawl, bawal or tudung sarung? 
A : Everything very suits on you babe. But you look more sweet with tudung bawal. :) *sincerely from me*

Q : Describe me in a simple word.
A : You're cute :)

Now.. answer my questions :)

1. When we were first met?
2. Give one thing you like and dislike about me. Anything could be.
3. Do you have a crush now? Tell me his/her name. 
4. What you will do when you're sad?
5. How many times you have been in love?
6. What's your first impression about me?
7. If you can control all of the world, what you want to do?
8. What do you think about me now? It is same like your first impression to me before?
9. What is the saddest thing happened in your life?
10. Tell me about your personality.
11. Describe about me.


Here are lucky persons I tagged to answer all my questions ;
Aimi
Kaka
Suhaila
Fairi
Yaya
Emon 

::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...