Si Cantik Hensem

Saturday, 12 May 2012

Kimbap or Sushi Homemade

Assalamualaikum.
Hari ni taklah rajin tapi disebabkan birthday my little sis ni, so dia request untuk buat kimbap/sushi.
Sian mak ayah jauh di semenanjung.
Nak buat kek, kami berdua aje. Siapa nak makan?

First time buat. :)
Gambar atas ni masa pertama kali buat. So,memang failed jugaklah pada aku.
Comot pun ada juga.

This is my second try buat kimbap.
Alhamdulillah kali kedua ni dah boleh buat dengan cantik dah.
Dah senanglah jugak buat dia.



Gambar atas ni yang second try punya. Okay sikitlah kan?
Yang first time dulu aku pakai timun, telur, dan salut dengan tuna.
Tapi telur tu letak sikit pulak, so takberasa.

Second time punya aku pakai ketam stick dan tuna aje. Simple.
Dan lebih kemas dah. Dah reti buat.
Lebih senang ada tikar untuk gulung. So, memang senang dan mampat lah nak gulung tu.

Siapa nak buat, dipersilakan.
Sangat simple dan terjamin halal sebab buat sendiri. :)

Bahan-Bahan:
- Seaweed
- Nasi + Cuka
- Tuna
- Crab stick
- Timun di potong panjang
- Tikar (untuk gulung)

Cara-cara:
1. Lembutkan seaweed tu kalau dia keras. Hanya renjis pakai air masak. Jangan lembut guna air panas. Nanti seaweed tu koyak.
2. Nasi yang baru lepas masak dicampurkan dengan cuka. Dalam 2 sudu besar dah cukup. Nanti takut masam dan jadi cepat muak.
3. Penyekkan nasi yang dah dicampur cuka di atas seaweed. Mampatkan. Letak nipis-nipis aje nasi tu. Kalau buat tebal, takberapa sedap.
4. Sapukan tuna di sepanjang atas nasi tu. Sapu pun nipis-nipis aje.
5. Letakkan bahan-bahan di tengah-tengah ikut citarasa sendiri.
6. Gulung bagi rapat dan mampat. Sebab kalau potong taklah terburai isi-isi dalam tu.
7. Potong dan makan.

Simple kan? Nak lebih detail. Silalah try google je resipinya. :)
::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Berjabat Tangan Dengan Kaum Lelaki

Aku teringat 20 tahun silam ketika aku masih duduk di bangku kuliah, dialog interaktif yang dilakukan oleh pensyarah kami yang mengajar Al-Quran dan Hadis bertemakan "Apakah yang dimaksudkan dengan batalnya wuduk seorang lelaki apabila bersentuhan dengan wanita?" Apakah hal itu bererti bahawa wanita itu najis? Selanjutnya, pensyarah meminta kepadanya para mahasiswa untuk memberikan komen atau jawapannya.

Jawapan dan komen para mahasiswa berbeza-beza; di antara mereka ada yang mengatakan: "Sesungguhnya yang menetapkan demikian hanyalah mazhab Syafie semata." Di antara mereka ada juga yang menafikan pengertian najisnya wanita kerana batalnya wuduk lelaki bila bersentuhan dengannya. Demikianlah seterusnya.

Sudah tentu jawapan yang paling sederhana adalah pengertian sebaliknya, iaitu bahawa wanita pun menjadi batal wuduknya kerana bersentuhan dengan lelaki lain yang bukan muhrimnya, maka apakah dengan demikian dikatakan bahawa lelaki itu najis?

Perkara yang sama juga terjadi dalam masalah larangan lelaki berjabat tangan dengan wanita lain. Ini kerana sesungguhnya orang-orang yang suka menimbulkan kehebohan memfokuskan pandangan mereka hanya pada larangan bagi seorang lelaki berjabat tangan dengan wanita lain. Padahal larangan yang sama ditujukan pula pada jabat tangan yang dilakukan oleh seorang wanita dengan lelaki lain.


Di antara realiti yang sangat berkenaan dengan masalah berjabat tangan ini adalah kisah yang diceritakan oleh Prof.Mahmud Mahdi Al-Instambuli dalam bukunya yang berjudul Cenderamata Pengantin. Dia mengatakan di dalamnya bahawa pernah seorang ulama soleh diundang ke satu majlis jamuan. Tiba-tiba ia dikejutkan dengan seorang wanita bertugas menyambut kedatangan para tetamu. Wanita itu pun menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan orang soleh itu tetapi orang soleh itu menolaknya sehingga terlihat raut muka wanita itu rasa kecewa.

Tidak lama kemudian orang soleh itu memanggil wanita itu dan berkata kepadanya: "Saya ingin meminta maaf kepadamu. Bolehkah aku berterus terang kepadamu?" Wanita itu menjawab: "Silakan, apa yang ingin engkau kemukakan?" Orang soleh itu berkata: "Aku ingin berterus terang kepadamu bahawa apabila aku berjabat tangan denganmu dan ternyata aku jumpai tanganmu lebih manis dan lebih lembut daripada tangan isteriku, maka sesungguhnya kemanisan isteriku pudar dari mataku. Saya kira engkau pun akan serupa denganku, apabila engkau jumpai tanganku lebih manis dan lebih lembut daripada tangan suamimu, maka sesungguhnya kemanisan suamimu akan pudar dari matamu. Akan tetapi, apabila kita tidak berjabat tangan dan masing-masing dari kita puas dengan pasangannya sendiri, maka hal ini akan mengandungi kebaikan, kedamaian, dan kesucian bagi dua-dua pihak."

Sumber: Buku Pesanan Penting Untuk Wanita 'Jangan Terpedaya'.
Pengarang: Muhammad rasyid Al-'Uwaid
Penerbit: Al-Hidayah Publication
::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Thursday, 10 May 2012

Hanya Kiriman Doa

ASSALAMUALAIKUM.

Aku mimpi arwah nenek aku yang sudah pergi hampir 9 tahun.
Dalam mimpi tu, aku pergi ke hospital dengan famili.
Setibanya di wad, aku nampak arwah nenek aku duduk di atas katil dan memakai baju pesakit bewarna hijau.
Dan setibanya kami di situ, dia tersenyum girang.

Tak semena-mena aku menjatuhkan air mata.
Yang pasti air mata kegembiraan kerana arwah nenek aku masih hidup!
Di bahunya aku menangis teresak-esak.
Dan arwah nenek aku masih lagi tersenyum.
Bingung barangkali.

Paling sayu ketika aku perlu meninggalkan wad tersebut.
Dan aku taktahu kenapa.
Lantas sebelum aku pergi, aku kucup di pipinya 3 kali dengan amat perlahan.
Seperti tidak mahu pergi meninggalkannya.


Masih aku ingat betapa eratnya pelukan aku di sisinya.
Masih aku ingat bagaimana lembut dan perlahannya aku kucup pipinya.
Masih aku ingat sentuhan tangan ketika bersalam dengannya.

*******
Sejujurnya, aku tidaklah begitu rapat dengan arwah nenek aku.
Ketika arwah pergi, aku masih di darjah 5.
Aku bukanlah cucu yang manja juga ketika dia masih hidup.

Walaupun arwah dah pergi meninggalkan kami begitu lama.
Tapi, aku masih ingat akan senyumannya.
Bila ayah aku tersenyum, terserlah juga senyuman dari arwah nenek aku.
Senyuman mereka memang sama. *Jujur*

Selepas arwah pergi, bila terlihat ayah aku senyum...
Memang saling taktumpah seperti arwah nenek aku.

Semoga rohnya tenang di sana.

Al-Fatihah.

::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Saturday, 21 April 2012

Kepada Yang Masih Ada Ibu..

Ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang baju kurung yang baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar tetapi walaupun demikian kami pergi jua ke pusat membeli belah tersebut. Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak-riak kecewa di wajah ibu.

Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik. Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room. Saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya. Seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapat ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya.


Pakaian ini begitu indah dan ibu membelinya. Shopping  kami telah berakhir tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan dari ingatan. Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saya kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya.

Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu lalu mengambil tangannya, lantas menciumnya... dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahawa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini.



Saya sangat bersyukur bahawa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa nilai dan berharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.

Saya hanya dapat berdoa bahawa satu hari kelak tangan dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tidak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan ibu.


P/s : Kasih sayang seorang ibu tidak ternilai.
Sumber : Sektor Pendidikan Islam JPWPKL.

Sayang mak saya!

::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Sunday, 8 January 2012

Stop Mention About It Please?

Paling taksuka bila mention pasal nak cari lain..
Okay.. I know..I'm not the best for you.
Banyak kekurangan dalam diri ini.
Ada ramai lagi gadis yang comel, cun, baik, anggun, jelita dan sweet untuk dipilih.
Dan aku tahu dia just nak usik aku untuk tengok reaksi aku agaknya..
But please...jangan mention pasal cari lain.
Kalau tengah mood bahagia terasa macam di langit ke tujuh tu takpelaa..
Buatnya time tu mood bulan mengambang yang penuh.. 
Haaaa..mahunya takmeletup macam bom atom?

Bagus sangatlah ade 2 awek dalam 1 masa? Erk..
Oh guysssssss...
Could you stop mention to find another girl even you have no intention to do it?
Once you accept a girl into your life, please take a good care of her heart, her feeling.
Susah sangat kee?
Okayy..sometimes I have to admit that, I'm a sensitive person. *kalau boleh taknak mengaku*
Tapi tapi tapi..haihhh.. entahlaahh. Kekadang tu geram + tension jugak bila asyik cakap benda yang sama ajeee.. kan?
Dan kalau asyik cakap ajee..means memang nak sangat buat benda tu..

Bila si gadis tu dah bagi kebenaran untuk buat something yang dia taksuka..
Jangan menyesal bila one day you're start losing her. #Serious
That means, bila dia dah bagi 'green light' she starts to let you go to another girl because she's getting sicks about it. Understand?

Okay. Malas nak taip dah. Esok kelas pagi. Now 1.45am and I'm not sleep yet.
Bagus bagus.
Dah kbai.

Ikhlas dari gadis yang tengah geram tapi still comel.  #Okay perasan..tapi kisah pulakkan?

  Quotations : The most fragile part in a girl body is her heart. So, take a good care of it. Its nice to see. Nice to hold. But once broken, considered for ever!

::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Wednesday, 4 January 2012

Katakan Ia Sekadar Mimpi.

 Mengharapkan agar tidak akan terulang lagi kejadian yang sama~
Pahit dan perit untuk aku terima dugaan yang menimpa.
Nak diluahkan..rasa malu..
Nak dipendamkan..rasa pilu..

Kadang-kala aku takkuat untuk hadapi dugaan yang datang.
Aku taknak tunjukkan yang aku lemah..
Tapi kadang-kala aku takmampu nak hadapi seorang diri.
Aku takmampu nak sorokkan apa yang aku rasa..

17 Januari 2011..
Berlakunya peristiwa yang amat menyakitkan..
Seriuss.. kepedihan yang aku rasa amat perit..
Kalau boleh nak buang jauh-jauh peristiwa tu dan dengan harapan takkan berulang lagi untuk tahun 2012..

Bila difikirkan semula, aku lebih rela taknak tahu kebenarannya.
Sebab kebenaran itu amat pahit untuk aku terima.
Aku lebih rela taktahu dan lebih rela diperbodohkan.
Taksanggup nak hadapi kenyataan.
Kenyataan yang memeritkan.

Please...janganlah peristiwa ni berlaku lagi.
Tolong katakan ini sekadar mimpi ngeri.
Tolong kejutkan aku dari tidur.
Tolong katakan ini semua hanya mainan dan gurauan.

Ya Allah..kuatkanlah hati hambaMu ini.
Aku tahu disebalik segala kejadian ini tersimpan beribu hikmahnya..
Tapi..sampai sekarang aku taktahu apa hikmah disebalik kejadian ini.


 Yang ikhlas,
Nazirah
Si gadis yang terluka.

::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Happy New year.

Assalamualaikum.
Mid semester break dah habis.
Means, bermulalah hari-hari aku sebagai pelaajr uitm yang busy dengan kuiz dan test.
Paling menggerunkan.. FINAL EXAM nak dekat !

TIDAAAAKKK !!!
Takku percaya! 
Banyak benda nak settlekan semester ni.
Takcukup masa rasanyaaaaa.. Hadoi...

Dengan badan yang kurang sihat ni.
Memang dugaan sungguhlah kaannn..
 Takpelaa..terimalah seadanya.
Sesungguhnya sakit itukan menghapus dosa-dosa kecil.
Alhamdulillah..

Hadapi dengan senyuman Nazirah.
Study betul-betul.
Buktikan yang kau mampu capai 3 pointer lagi sem ini.
:)

HAPPY NEW YEAR !!

 *Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.*


::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...