Si Cantik Hensem

Saturday, 12 May 2012

Berjabat Tangan Dengan Kaum Lelaki

Aku teringat 20 tahun silam ketika aku masih duduk di bangku kuliah, dialog interaktif yang dilakukan oleh pensyarah kami yang mengajar Al-Quran dan Hadis bertemakan "Apakah yang dimaksudkan dengan batalnya wuduk seorang lelaki apabila bersentuhan dengan wanita?" Apakah hal itu bererti bahawa wanita itu najis? Selanjutnya, pensyarah meminta kepadanya para mahasiswa untuk memberikan komen atau jawapannya.

Jawapan dan komen para mahasiswa berbeza-beza; di antara mereka ada yang mengatakan: "Sesungguhnya yang menetapkan demikian hanyalah mazhab Syafie semata." Di antara mereka ada juga yang menafikan pengertian najisnya wanita kerana batalnya wuduk lelaki bila bersentuhan dengannya. Demikianlah seterusnya.

Sudah tentu jawapan yang paling sederhana adalah pengertian sebaliknya, iaitu bahawa wanita pun menjadi batal wuduknya kerana bersentuhan dengan lelaki lain yang bukan muhrimnya, maka apakah dengan demikian dikatakan bahawa lelaki itu najis?

Perkara yang sama juga terjadi dalam masalah larangan lelaki berjabat tangan dengan wanita lain. Ini kerana sesungguhnya orang-orang yang suka menimbulkan kehebohan memfokuskan pandangan mereka hanya pada larangan bagi seorang lelaki berjabat tangan dengan wanita lain. Padahal larangan yang sama ditujukan pula pada jabat tangan yang dilakukan oleh seorang wanita dengan lelaki lain.


Di antara realiti yang sangat berkenaan dengan masalah berjabat tangan ini adalah kisah yang diceritakan oleh Prof.Mahmud Mahdi Al-Instambuli dalam bukunya yang berjudul Cenderamata Pengantin. Dia mengatakan di dalamnya bahawa pernah seorang ulama soleh diundang ke satu majlis jamuan. Tiba-tiba ia dikejutkan dengan seorang wanita bertugas menyambut kedatangan para tetamu. Wanita itu pun menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan orang soleh itu tetapi orang soleh itu menolaknya sehingga terlihat raut muka wanita itu rasa kecewa.

Tidak lama kemudian orang soleh itu memanggil wanita itu dan berkata kepadanya: "Saya ingin meminta maaf kepadamu. Bolehkah aku berterus terang kepadamu?" Wanita itu menjawab: "Silakan, apa yang ingin engkau kemukakan?" Orang soleh itu berkata: "Aku ingin berterus terang kepadamu bahawa apabila aku berjabat tangan denganmu dan ternyata aku jumpai tanganmu lebih manis dan lebih lembut daripada tangan isteriku, maka sesungguhnya kemanisan isteriku pudar dari mataku. Saya kira engkau pun akan serupa denganku, apabila engkau jumpai tanganku lebih manis dan lebih lembut daripada tangan suamimu, maka sesungguhnya kemanisan suamimu akan pudar dari matamu. Akan tetapi, apabila kita tidak berjabat tangan dan masing-masing dari kita puas dengan pasangannya sendiri, maka hal ini akan mengandungi kebaikan, kedamaian, dan kesucian bagi dua-dua pihak."

Sumber: Buku Pesanan Penting Untuk Wanita 'Jangan Terpedaya'.
Pengarang: Muhammad rasyid Al-'Uwaid
Penerbit: Al-Hidayah Publication
::Tiada Kata Seindah Bahasa::

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...