Si Cantik Hensem

Wednesday, 8 June 2011

It's All About The DIN's ( Gadis Cunnnn )

Assalamualaikum. Entri kali ni pasal gadis-gadis dan awek-awek yg cun melecun. Sorry because I took so long to wirte about you all gegurl. Hmm.. Tanpa membuang masa lagi.. Meh kita berkenalan. Siapa yg nak start dulu sila angkat tangan macam saya~ Ehh..macam aku sorg je yg buat. Pffft.. Okay. Let's proceed.

1. Nur Zarith Eylia Binti Mohamad Nabri

Nama glamour dia Siti Sabariah

Sekali pandang cun.. Dua kali pandang..pun cun.. Tiga kali pandang ? Laa..tak cun pun. Hehe. Gurau-gurau ! Dia ni antara kawan yg aku sangat-sangat rapat. Lepak, makan dan study dengan dia ni. Aku pelik sikit pasal dia ni.. Apa yg dia makan, aku makan jugak. Apa yg dia buat, aku pun buat jugak. Tidurr..dia lah sleeping beauty kot ! Tapi..dah dua kali DL okay. Hebat tak hebat ? Yela..otak lain-lainkan.... Untunglahh.. Anyway tahniah kawan !

First time aku tegur dia kat medan selera depan uitm tuu.. Tapi malu gila kot aku time tu...mana taknya.. aku salah teka nama dia.. aku tegur dia mcm ni " Eh..ilyas kan ?? " Dia pulak buat muka terpinga-pinga dengan Ida. Ilyas tu nama YDP MPP lah Cik Fox oit ! Adoi ! Sorry Elly.. lepas ni taksalah nama dahh..Betul betul.

Ayat yg aku dah lali dengar dari mulut dia dengan nada yg tersendiri... " Oh, ye ke ? " , " Tidakkk !!!! " , " Ehm...dah tahu dah.. " So..kalau korang selalu tgk status FB, aku suka buat " Tidakkk " tu.. ha..dia lah puncanyaaa !!

2. Nor Khalida Binti Zulkiffly 

Cik Siti Kelembai

Dari raut wajahnya yang manis...siapa sangka dia sebenarnya takut ulat bulu ? Hehe. Ulat bulu yg kecik cenonet tu pun dia dah takut apatah lagi yg besar dan gebu ?? Haha. Mata dia cepat je nampak ada ulat bulu ke tak. Lepas dah nampak..terus melompat. Agaknya sebab tulah kot dia tinggi ehh ?? Haa..lepas ni aku nak lompatlahh.

Dalam ramai-ramai kawan..dengan dialah aku selalu jalan nak ke kelas. Aku dengan dia suka jalan laju. Sampai kadang-kadang lumba tau ! Main lumba jalan. Hehe. Comel jeee.. Bila aku dengan dia toleh je belakang...Haa.. amik kau ! Jarak kitorang ng Eylia, Zana, Wawa... Punyalah jauhh !! Jenoh nak tunggu depa.

Dalam aku jalan sebelah Ida..sebenarnya secara taksedar aku telah mempamerkan kependekan kecomelan aku. Mana taknya. Kalau aku pakai kasut biasa tanpa tumit.. Orang akan nampak aku rendah comel je sebelah dia. Adoiii..


3. Nur Syazana Syafiqah Binti Shahrin

Siti Ghazidah

Ni dia cikgu disiplin kitorang. Hehe. Bila bab-bab study group ni..Dialah cikgu disiplin. Ayat dia yg kitorang dah selalu dengar, lagi-lagi time study tapi berborak benda yg takda kene mengena langsung dengan subjek tuu.. " Benda ni ada masuk dalam exam ke ? " tak pun bila tengah borak-borak time lunch.. " Err..lama lagi ke ?? " Tapi the best part adalah.. bila kitorang ajak keluar atau have fun kat bandar.. Dia akan cakap " ala..taksiap lagilah assignment " ataupun.. " aku nak studylah kan minggu depan ada kuiz "

Haa..untung tau kalau ada kawan yg macam ni. Selalu ingatkan kita untuk belajar. Ya betul ! Kita datang U ni untuk belajar bukan untuk enjoy-enjoy, lepak-lepak... Dan dengan kegigihannya dalam belajar, alhamdulillah.. Apa yang dia inginkan tercapai juga. Dean List ! Yeahh.. Tahniah Zana,. Taksia-sia usaha kamu selama ni kan ?? Congrats ! Selalulah ingatkan saya untuk belajar okay ? Hehe.

Tu la..bak kata pepatah. ' Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan '.


4. Nurul Waheeda Binti Mohgamad Azam

Siti Bobbiyah

Si gadis comel lotey ni berasal dari Terengganu. Kat mana..aku lupalahhh pulok ! Err..sorry wawa. Hehe. Aku suka sengar dia cakap. Biasalah..kalau dah lahir dan membesar di Terengganu, mestilah loghat Ganu...ye dok ? Sikit-sikit..aku belajarlah cakap ganu tuu..tapi digelakkan pulak ? Okay...saya tahu lidah saya bukan lidah Ganu.. Aku ni jarang ada kawan dari negeri-negeri lain.. So..bila dah bercampur kat U ni.. Ramai kawan dari negeri-negeri lain aku dapat. Kan best tuu..

Minat kitorang sama iaitu pasal Korea. Siapa taklayan Korea, tu korang punya pasallah. Masing-masing ada minat tersendirikan ?? Aku senang sikit nak bergaul dengan orang-orang yg ada similarity ng aku ni.. Kitorang bolehlah share apa-apa je..kan wawa kannn ?? Memang benda ni remeh je korang rasa, tapi dengan bende ni la kita dapat mengeratkan silaturrahim tau tau tauuu...

Saya suka makang ikang.. Ada macam orang ganu dok ? Hehe..

5. Siti Aminah Binti Roslan.

Cik Komander yang garang. XD

Ayu tak dia ni ?? Hehe. jangan main-main. Komander UiTM Melaka ni okay ! Haa..siapa sangka dia akan jadi komander ? Semua takcaya ouh ! Tapi tu dululahh.. Mina ni pun dulu rapat ng kitorang. Sebab kolej sama. Pergi kelas sama-sama, makan sama-sama, tidur je katil lain-lain.Tapi disebabkan dia adalah komander...so masa sem 2 dia terpaksa tukar Kolej  Tun Senaja. T__T

Berasal dari Bagan Serai, Perak. Tapi first time aku jumpa dia..aku ingatkan dia orang Kedah. Yela..cara dia mcm orang Kedah. Guna 'hang' bila cakap. Bila ditanya...laa..Perak rupenyeee.. Sampai sekarang pun aku ingat dia org Kedah.

" Jalan cepat sikit.. Dalam barisan jangan bercakap ! Betulkan sahsiah rupa diri. "


6. Nor Khalida Binti Zainal

Miss Kaka. Comey tak ? Comey kannn...

Orangnya kecik molek. Berkaca mata dan mempunyai senyuman yg manis lagi menggoda. Ouch ! Over pulak ! Hehe. Dia ni happy-go-lucky person. Jarang kot tengok dia sedih. Sangat-sangat jarang. Senyuman sentiasa terukir di wajahnya. Hehe. Sekali je aku pernah tengok dia nangis. Ni semua gara-gara insan yg digelar L E L A K I. Ishh... takbaik tau buat kaum hawa mcm ni. Mencik ah camni.. * ayat nak gedik je weyhhh.. eiyurk !

Rumah dia dekat Kuala Lipis.. dekat ng rumah Dato' Siti Nurhaliza tuuuu... Nanti kalau siapa nak jumpa Dato' Siti..tumpanglah rumah dia. Takpe..saya benarkan. Hehe. Aku rajin jugak tanya apa-apa pasal study kat dia ni.

Orangnya diam-diam ubi berisi. Rajin pun rajin. Aku yg dtg kelas selalu pun..kadang-kadang balik bilik, bukan faham sangat apa yg dah belajar. Nasib baik ada kawan yg cepat pick up. Kan Kaka kannnn ?? Thanks tau selalu jd guru saya dan maaf sebab selalu jugak copy paste assignment. Normallah kan semua tu ? hehe.

7. Norhidayu Binti Mohd Zhi

Sudah berpunya. Sorry.

Sekali pandang mesti nak pandang lagi... Sbb orangnya ayu.. Sesuailah dengan panggilan namanya Ayu. Sopan pun sopan. Kepada sesiapa yg sudah jatuh hati pada pandangan pertama, saya sarankan anda lupakan saja. Dia adalah TUNANG orang ok. Ini bukan cobaan, ini betul-betul. Yes, betul.

First time aku dapat tahu dia dah bertunang, satu je soalan terlintas di fikiran aku. " Eh..umur dia ni berapa ?? " lagi-lagi time tu dia pulak tengah jahit baju dia dalam bilik. Tetiba aku rasa dia mcm lebih berusia dari aku. Err..bukan tua tapi matanglahh.

Sebenarnya, aku takberapa didedahkan sangat dan takda seorang kawan aku pun yg bertunang atau berkahwin di usia muda. Bercinta tu normallah, tapi bertunang, takdelah pulak. Apapun..semoga kasih kalian berakhir di jinjang pelamin dan bermulalah episod baru cinta sehingga ke akhir nyawa.


8. Amalia Binti Awis Othman

Gadis escalator

Aku mula berkawan dengan dia hanya dlm FB. Sebelum masuk UiTM Melaka, kitorang try untuk mencari kawan dulu sebab nanti dah masuk uitm, senanglah. Dah ada kawan terus. Kitorang start kenal dalam group UiTM Melaka Kemasukan Sesi Julai-Disember 2010/2011.

First time aku jumpa dia lat level 21 kat depan bilik aku sendiri. Dia ng mak dia datang. Hehe. Malu.. Yela..tu first time aku jumpa dia tau.. Orangnya cantik, manis dan sejuk mata memandang.

Dia ni pun mcm Kaka jugak. Aku jadikan dia cikgu. Lagi-lagi Microeconomics. Haiyaa.. Aku taktau kenapa susah bebenor aku nak faham subjek tu. Aku minat...tapi entahlah. Tu baru Micro, belum lagi Macro. Thanks Cik Amal, sudi mengajar saya. Hehe. Ajarkan pulak Macro pulak okehh..

9. Wan Asma Binti Mohd Radzuan

Cik Seneng.. Milik Syah Gebu. XD

Dalam kelas, dialah paling kecoh. Haihh..macam-macam lawak dia buat. Kalau lelaki Raja Lawak, yang dia ni Ratu Lawak. Ada je lawak yg dia buat. Sesungguhnya dia ni ada pengaruh buruk untuk aku. Mana taknya..apa yg dia suruh aku buat, semua aku buat. Haiyaa.. Dia dah mandrem kan aku. Tidaakkkkk !!!!

Asma ni kecik molek je orangnya. Dia takpernah rasa malu atau cover cun mcm awek-awek lain. She's so natural ! Tu la yg unik pasal diri dia. Dia jadi diri dia walaupun kat rumah ke, dalam tandas ke mahupun dalam gua sekali pun. Peduli apa dia..janji jadi diri sendiri. Good !! I like !

Tolong jangan mandrem kan saya lagi. Pleaseee.. Saya taknak caye awak dahh. Hehe.

10. Nurul Syafinaz Binti Hanafi.

Ayu orangnyaa........

Kalau dalam kelas Asma paling bising, tapi lain pulak dengan Nurul ni. Pendiam je. Dan sangat sopan. Biasalah...orang Kelantan kan. Walaupun dia tak seaktif kami semua.. tapi diam-diam ubi berisi meyhh.. Dua sem berturut-turut, Dean List ! Hebat !! Murah rezeki dia kan ? Alhamdulillah..

Aku taktau la mcmana aku boleh bergaul dengan dia. Sebab aku ni pun bukan pandai sangat nak bergaul dengan orang. Mungkin mulut aku ni rajin menegur budak-budak perempuan kot. Tapi taklah rajin sangat mana pun. rajin bergosip je.. Oppss ! Haha.

Siapa dapat Nurul ni..untung okay.. Sopan pun sopan. Pandai jaga diri dan selalu pakai baju kurung. Ouch ! Sejuk mata bila memandang. Hehe. Mesti dia ni anak yg baik dan mendengar kata. Takmcm aku ni. Semoga terus menjadi pelajar yg cemerlang, gemilang dan terbilang ye ! Amin....


11. Salina Binti Said

Ratu gelek. Hehe

Hmm.. aku suka buat pelat S bila jumpa dia. Eh..aku bukan mengejek sesiapa yg lidah pendek okay tapi mmg bila aku jumpe dia atau dia jumpa aku, mesti automatik kitorang jadi pelat S ! Haha. Aku sendiri pun lupa puncanya. Kenapa eh Sally ? Saya lupalah punca kepelatan tuuu....

Aku dengan dia pun mula start kawan dlm FB. Tapi aku je taksedar yg kitorang dah jd friends dalam FB. Maybe sebab aku terlalu fokus untuk kawan-kawan yg bakal ditinggalkan.

Berasal dari Johor Bahru. Haa.kampung aku tuu.. Bangga kejap ada org Johor walaupun aku bukan anak Johor. Hehe. Kenangan yg paling best masa Induction part 1. Hehe. Group kitorang kena buat nyanyian. So..buatlah lakonan sikit. Kononnya nak pergi ujibakat menyanyi. Sally ni akak yg hot ! Suka berdandut gitu. Siap pakai baju kebaya gituuu.. Ouch ! HOT gila ! Kau mampu ? Takmampu you....


12. Asmah Binti Hamid

Alamak..taktunjuk gigi lah pulak.

Nama pendek je kan tapi...orangnya panjang. Eh..taksesuailah panjang. Erm..orangnya tinggi ! Dalam kelas ada 3 orang yg tinggi. Asmah, Khalida dan Syazwan. Haih..kenapa ntah nak tinggi-tinggi ni. Biasa-biasa je sudahlahh.. Ishhh... Asmah ni pun kurus je orangnya.

Aku sangat jeles tengok pinggang dia. Arghhhh !!! Jeles-jeles ! Pinggang aku ada je spare tyre tau ! Berlapis-lapis mcm kuih lapis. Tapi takmacam Asmah ni. Kurussss je. Kalau ditiup angin..melayang tak eh ? Hehe. Gurau je !

Selain dari Nurul, dia pun pendiam jugak. Dia suka senyum jee dan mempamerkan barisan gigi yg putih lagi suci tuu.. Hehe.  Boleh jadi model iklan ubat gigi dah.

13. Mira Fadzlin Binti Yahaya

Smart kan picture ni ? Well...tgklah siapa.

Mira ni pun aku start kawan dlm FB dulu. First time dengar nama dia time MDS kat kolej. Tapi takternampak pulak orangnya. Rupe-rupenye..kitorang satu kelas. Aku mcm nak tegur, tapi dalam hati entah dia kenal ke tak aku ni siapa. Sebab dlm FB jarang kitorang komen2 atau tegur.

Masa tengah tunggu kawan-kawan aku yg lain kat tangga dari coolblog ke jambatan tu..aku nampak Mira. Dalam hati..nak tegur ke taknak tegur ? Kalau taktegur..kata sombong pulak. Tapi kalau tegur..nak tanya apa ? Tanya nama ? Dah sah-sah la dia Mira, dah byk kali introduce dalam kelas. So..aku decide untuk tegur jugak. Tapi taksangka jugak yg dia tahu aku ni Nazirah. Hehe. Ada jugak org kenal aku. * Happy jap.

Mira ni suka photography. So..part time atau ada waktu-waktu lapang. Dia akan amiklah gambar apa je. Kalau saya kahwin nanti..saya panggil kamu okay Mira. Bagi friend price laa. Cincai je lorhh.. Hehe..

14. Nor Ain Syazana Binti Zainal Ariffin

Mata bolatttt !!

Ha...ni la dia Ain. Kekasih hati Syazwan Cradle. Hmm..Apa yg aku ingat tentang Ain ni eh ?? Oh ha ! Masa first sem.. Ain dgn Asma la yg memeriahkan suasana dalam kelas kami dulu. Yelaa..masa first2 dulu semua nak malu kan..sampai nak bangun ke tandas pun takut ( err..actually tu aku. hehe.. ) Tanpa dorang, rasanya tak happening lah DIN C.

First time aku communicate ng Ain, kat libabry. Tanya pasal apa ntah.. Pasal jadual kot. Benda ni pun dah setahun yg lepas..so aku takberapa nak ingat sangatlah.. Maklumlahh.. banyak benda nak kene hafal. Memory aku taklah besar mana pun. Hehe.


15. Fatin Syuhana Binti Abdul Ghani

Calon Miss Universe okay. Wakil Malaysia..
Motiff ?? Haa..word ni selalu keluar dari mulut Hana ni. Aku sendiri pun taktahu apa motifnya. Hehe. Tapi biasalahh, mesti akan jd satu trend bila semua orang dengan tetiba akan sebut " motif ?? " ataupun " untunglaaahhhhh " termasuk dengan aku sendiri jugak kadang-kadang. Hehe.

Hmm..apa aku nak cerita pasal Cik Hana kita ye ? Oh ya.. bilik dia atas bilik aku. Kitorang dulu rajin jugak lepak bilik 1101 yg penghuninya adalah Eylia, Ida, Raja dan Mina ( tapi skrg tak lagi.. ). Masa sem 1.. disebabkan tension dengan final exam.. kitorang clubbing dalam bilik 1101. Tapi.tapi..tapi.. bukan clubbing yg betul2 tu okiess.. Just for fun laaa...

Ni hao Hana Xiaojie.. Hehe.

16. Raja Nor Ain Binti Raja Zainuddin

King Cain
Daulat tuanku. Haa..dengar katanya dia ni ada kaitan dengan Raja Perak. Entahlahh.betul ke tak ke.. percaya je laaa.. Apa nak cakap pasal dia ni ya ?? Yang aku tahu..dia ni diam-diam ubi berisi.. pandai kot orangnyaa.. dan sangat rajin.. 

Bila ada melibatkan assignment group, untunglah siapa yang sekumpulan dengan dia. Lebih-lebih lagi yang lelaki. Suka sangat amik kesempatan dengan kerajinan dia. Apelah korang ni.. Takbaik tau !! Ishhhh.... Tapi seingat aku..dah 3 sem, aku takpernah dapat lagi segroup dengan dia. Takpelahh.. Maybe one day nantilah kann.. 

17. Nur Nazirah Binti Raman

Huh ?? -_-'

Haa..kenal ini budak ? Takpe..takpe... aku ceritakan ok. Nama dia Nur Nazirah Binti Raman. Panggil dia Naz.. jangan panggil Ira..sebab nama itu akan mengingatkan semula memori lama. ( isk..isk..) Umur takpayah tahula..sebab bukan tetap pun.. Haa..ni memang muka dia bila tengah sengal-sengal ubi macam tu... So..takpayah pelik sangatlah kan.. Erm..cukuplah. Itu saja.Malas nak taip dah. Jumpa lagi nanti !



Sekian..terima kasih.
::Tiada Kata Seindah Bahasa::

2 comments:

  1. invite la raja lain kali ya.... nak satu group juga dengan korang.... nak buat ice breaking gak dalam kelas kita ni.....

    ReplyDelete
  2. ohh.. boleh saje dehhhh.. takde hal la. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...