Si Cantik Hensem

Thursday, 26 May 2011

It's All About The DIN's ( Jejaka )

Assalamualaikum. Hyep !
Hari ni, aku nak share la apa pandangan pertama aku bila first time jumpa sahabat-sahabat baru di UiTM Melaka. Tapi..tapi..tapi.. nak start dengan siapa dulu ye ? Okaylah. Memandangkan kelas aku pun mcm kelas-kelas lain yg mempunyai class rep tersendiri.. Maka kita start dengan ketua dululah..

1. Ahmad Syazani Bin Ahmad Syukri / Class Rep 

Opps ! Dia sudah berpunya okay.
Ha.. ni lah dia class rep DIN 2C. Kacak tak ? Kacak tak ? Kalau kacak...cakap dlm hati je.. Nanti Cik Seneng marah. Opss. Hehe. First time aku hanya dengar nama dia sahaja time minggu MDS kat DK4. Sebab time tu Ketua Program (KP) nak lantik ketua. So..hanya yg bertuah sahaja yg dilantik menjadi ketua dan Syah ni la salah seorang daripada 3 orang yg dipilih. Dia ni..muka je nampak garang..tapi hati penuh dengan kelembutan. Hati selembut kapas... Auuuwww..

Walaupun kami ni sangatlah nakal dan banyak kerenah.. Tapi dia diam je.. Jarang nak marah-marah. Hehe. Memang ketua yg lembut hati. Biar lembut hati..jangan lembut tang lain okay ? Apapun..teruskan menjadi seorang ketua yg berwibawa, cemerlang, gemilang dan terbilang !

* one word abt him : Responsible :)

2. Muhammad Riduan Bin Abdul Rahim / Assistant Class Rep 

Gaya Big Boss !
Tengok muka, kalau orang kata dia ni orang Sabah pun mesti semua orang percaya. Lagi-lagi nickname dia Justin. First time masa dia introduce diri dia kat kelas.. Serius aku ingat dia ni orang Sabah. Aku tertipu rupenye.. Ish ish ishhh..

Peranan dia dalam kelas sebagai penolong untuk meringankan beban class rep. So.. Encik Class Rep.. Adakah Encik Assistant ini amat membantu MENGURANGKAN bebanan  atau lagi MENAMBAHKAN bebanan yg sedia ada ?? Hihi.

First time aku sedar kewujudan dia time Kemahiran Insaniah (KI) Part 1. Aku satu group dengan dia. Cara dia handle our group not bad. Bagi idea pun agak bernaslah jugak. Dia bagi idea buat pulau bercirikan Doraemon. Haha. Kau ingat lagi tu tak Justin ? Hehe. Lagi satu..suka suki kau je bagi aku jawatan YDP Masscom. Arghhh !!

* one word abt him : Sengal !

3. Muhammad Izwan Bin Abdul Rahman.  
Muka serius dia takboleh blah bhai !
" Tahulah masscom, takpayahlah pakai baju merah.." Juwe..kau ingat lagi bila dan di mana kau cakap ayat ni kat aku ?? Meh sini aku ingatkan kau balik.. Ni masa last exam last paper Marketing kat bukit dari pejabat kolej menuju pulang ke kolej. Hello.. aku bukan pakai baju merah la tapi maroon okehhh. Haihh....

Dia ni suka sangat kacau aku.. ( Maklumlah..budak comellah katakan aku ni.. XD ) Tapi nasib baik aku ni bukanlah seorang yg serius. So..kau boleh je kacau aku.. Aku takmarah..tapi suka.. -_-'

Dalam kelas dia ni suka betul buat lawak. Semua orang senanglah dengan lawak yg dia buat tu. Cita-cita dia nak jadi Perdana Menteri, tapi major in Business Studies Insurance. Ada kaitan ke ? Takpelaa.. kami kat sini tetap doakan moga kau capai apa yg kau inginkan. :D

* one word abt him : Funny !

4. Muhd Badri Nizam Bin Baharuddin 

Kuala Nerengggg... *slang omputih sikitt..
Dulu sebelum semua orang kenal dia ni.. Ya Allah. pendiam + pemalu betul !! Masa KI part 1.. Dia ni pun satu group ng aku and Justin. Dalam group tu..diam je. Dalam hati aku.. Ish dia ni.. Pendiam je.. Takbercakap pun. Kalaulah mcm ni..susahlah...

Tapi..tapi..tapi..perangai yg sebenar-benarnya.. Langsung takreti malu + takreti dok diam. Haihhh.. Lepas induction course Insurance dulu.. Dia mmg terus lain dah dari watak mula-mula dulu. Taktaulah kalau dia dapat infection sebab time induction tu dia bawak watak pesakit sakit jiwa.. Haha. Kot-kot terus lekat kot ??

Dia dengan Juwe adalah Raja Lawak dalam kelas kami. Tu pendapat aku lahhh.. Orang lain. Entah.. Dia ni jugak suka betul mainkan watak 'nyahhh'. Hehe. Suka bebenor buat muka gedik and bajet comel. Euwww.. Haha. Jangan marah Badri ! Main2 sajeeee.. Kuikuikui...

* one word abt him : Plawok !

5. Nazrul Muhaimin Bin Abdul Aziz 

Kau mampu pose cenggini ??
Ce tengok gambar atas ni ? Bergaya tak ? Pehh..macam model kan ? Takmampu aku nak posing mcm ni. Hehe. Dia ni mmg sangat mementingkan penampilan diri. Yela..penampilan diri tu kan sangat penting. Lagi-lagi first impression,kan ? Kalau korang nak tahu apa fesyen terkini..bolehlah rujuk dia.. Tapi yg lelaki sahajalahh..

Satu perkara yg sangat buat mulut ternganga, mata terbeliak ( err..tipu jeee..) adalah time presentation. Confident dia bila berhadapan dengan semua orang..mmg sangat-sangat bagus ! Bravo ! Bravo ! Dalam diri die sangat penuh dengan keyakinan. Tu yg buat aku " Waahhhh...." Teruskan hidup dengan keyakinan !!
" Percaya pada diri dengan harapan dan keyakinaaaaannnnn.. yeah ! ~ "

* one word abt him : stylo !!

6. Mohamad Syafwan Aiqal Bin Osman 

 " Terima kasih sudi duduk sebelah saya.. "
Bagus tak dia ni ? Dalam banyak2 tempat yg indah dan cantik lg berseri.. Tong sampah yg dipilih ? Haihh.. ni mesti kes suka buang sampah. Takpelaa.. Hmm.. Anak jati Kedah dari Alor Setar dia ni. Orang panggil dia Kucing. Kenapa kenapa kenapa ?? Aku pun taktau kenapa ? Tapi ada org kata sebab muka dia cute macam kucing. Err.. err.. Yeke ? Hmm..kalau misai lentik macam kucing.. Aku rasa CUTE gila ! Hehe.

Awal-awal sem dulu.. aku takberapa rapat sangatlahh. tapi sekarang pun takberapa nak rapat. Cuma sem 2 lebih banyak tegur lah daripada dulu. Tak gitu BFF ?? Haihh. BFF la sangat ! Penipu punya FB ! Hehe. Oh..dia jugak suruh tulis hensem. Err.. demi menjaga hati BFF... aku turutkan juaa.. Baik tak aku ni Aiqal ? Untung kau dapat BFF mcm aku ni, kankankan ?

Masa first-first kelas dulu.. aku ingat lagi yg Miss Chatila cakap muka Aiqal ni ada gaya muka budak nakal. Kau ingat lagi tak Aiqal ? Hehe.. Kalau tak ingat..mesti sekarang kau ingat...kan ? Thanks to Cik Fox sebab ingatkan semulaaaa.. Lalalala~

* one word abt him : shy shy cat ? uwekss..
 
7. Muhammad Shahrul Haq Bin Yaacob

Playboy The Din's
Budak lewat. Haa.. tu sesuai dengan dia. Selalu bebenor datang lewat. Haihh.. Haq2.. Nak katakan kolej kau jauh.. Aku rasa Tun Putih lagi jauh okayyy.. Suka hati kaulah Haq.. Asalkan jangan takdatang langsung sudahh..  

Yang aku ingat pasal dia ni.. First kelas, dia duduk sebelah aku. Kat belakang sekali. Tapi dia tanya apa..lupa pulak. Hmm..ng dia ni, aku taklah rapat jugak. Tapi okay-okay jela.. Dia ni rajin jugak komen apa2 kat FB. Muka buku betullah kau ni.. Haiyaa... 

Masa sem 1 jugak ada lecturer kata muka dia ni muka playboy. Haha. Yeke muka playboy ? Macamana eh muka org playboy ni ? Macam dia ke ? Hmm.. no komenlahh !! Hehe. Haq..kau rasa kau playboy ke ??? Tapi aku rasa ..... tettt !! Biarlah rahsia.. Hoho. 

* one word abt him : Pelewat ! *huh ??

8. Hanis Syazwan Bin Zulkifly. 

Majulah diri untuk Palapes
Ha..takut tak tgk gambar ni ? Mesti korangakan cakap " Waahhhhh !! " tak pun.. " Pehhhh !!! " Ha..ada tak ? Okay, kalau takda.. aku rasa aku je yg kate mcm tuu.. Dia ni Palapes kat UiTM. Bukan calang-calang org yg nak masuk Palapes ni. Takdapat aku bayangkan kalau aku yg masuk. Org yg kuat fizikal ng mental je yg mampu. Aku ? Toksah lah cakap. Baru keluar tengah-tengah panas pun cepat je pening.. Haiyaaaaaa...... Lembik gilakk !!


Masa first day kelas dulu, dia takmasuk kelas sebab ada perjumpaan Palapes kalau taksilap. So..aku taktahulah dia ni siapa dan tak tgk lagi orangnya. Bila hari kedua dia masuk kelas.. Hati aku berkata, " Pehhh.. takboleh tinggi lagi ke ?? " Dia ni gila tinggi. Kalau aku nak tgk dia.. Aku kene undur 2, 3 tapak ke belakang sikit. So..takpayahlah nak dongak sangatkan ?? Hehe...

Bagi sesiapa nak ngorat dia. Awas ya ! Dia sudah berpunyaaa.. Nanti awek dia marah. Takgitu Ain ? Hehe.. Apapun..saya doakan yg terbaik untuk kalian ! 

* one word abt him : Berdisiplin.
::Tiada Kata Seindah Bahasa::

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...