Si Cantik Hensem

Friday, 14 September 2012

Aku Robot.

"Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan orang besar sekalipun."

Assalamualaikum. *jawap dulu*
Boleh tak aku nak cakap yang minggu ni minggu yang MENYEKSAKAN?
Serius sangat seksa.
Normal sebab dah nak dekat last-last semester ni, memang banyak assignment yang perlu submit.
Tambah pulak dengan TEST dan QUIZZES yang berlambak-lambak.

Tapi yang lebih menyeksakan bila 5 hari berturut-turut, aku tidur selepas Subuh.
YA! SELEPAS SUBUH!
Nampak tak seolah-olah macam busy gila? Cewaahh.
Setiap malam tu, bukanlah aku study gila gila bagai nak rak. Tak juga.
Ada kekadang aku ambil sikit masa untuk release tension dengan main game.

Nasib baik minggu ni semua kelas pagi CANCEL! Alhamdulillah. 
Kalau kelas tak cancel, aku rasa memang boleh pengsan untuk minggu ni.
Bila dah malam kelima, hampir satu rumah bertampalkan koyok di kepala.
Sakit kepala sebab takcukup tidur. Haha.

Macam pakai spek mata hitam kan? :D
Daripada mereka yang takda 'cermin mata hitam'.. Dah mula menampakkan 'cermin mata hitam' tu.
Dan yang memang dah ada cermin mata hitam tu, hmm.. makin terserlah lah kan.
Kalau sesiapa yang jumpa kami kat UiTM, serius, muka selebet gila. *malu*

Bila dah 5 hari taktidur dengan sempurna, agak-agak boleh dapat tak 5 days MC
Sore eyes dah jadinya.. uhukk uhukk.. *peace di pipi and duckface*
Okay rasa nak jerut leher. Haha.

Thanks for everything Allah. :')
Tapi Allah mempermudahkan urusan kami.
Walaupun aku taksempat sangat nak study untuk test and quiz, tapi alhamdulillah boleh juga jawap.
Segala assignment dah pun completed and submit. 
Harapnya lecturer terimalah dengan hati terbuka segala report kami tu. Amin.

Next week juga mungkin kami akan rasa 'sakit' sekali lagi. Warghhh!!!
Presentation, test, quizzes dan ada juga show menari!
Okay, part menari tu aku suka. Hoho.
Tapi serius, aku merasakan semester 5 sangat penat!


Malam ni nak relax. Esok kena bangun pagi.
Bengkel Muet. Pagi sampai petang.
Sedih. Benci. Penat. Stress. 

"Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke suatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat."

::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Sunday, 9 September 2012

Tiada Apa Nak Cerita Pun

Mood untuk mengimbau kenangan lama, ada kalanya memang seronok.
Dan paling best kalau kenangan yang kita teringat tu, merupakan kenangan yang manis.
Probability untuk kita kembali pada masa lalu mesti sangat TINGGI!!!

Bila dengar semula lagu-lagu lama, *nak pulak lagu tu ada sejarah disebaliknya* mesti rasa rindu dengan segala kenangan tu. Betul tak?
Tambah-tambah pulak time tengah feeling-feeling tu pukul 12.00 pagi dan ke atas.
Haaa.. lagilah hati lain macam je rasa.

You're the sweetest things happened in my life. :)
Motif aku tulis macam ni, bukan teringat tapi memang saja nak ingat sebabnya dengan kenangan-kenangan yang tercipta ni lah membuatkan aku senyum tanpa disedari.
*wink wink*
Dan perasaan, mestilah aku rasa sangat rindu dengan kenangan-kenangan itu.
Termasuk dengan si polan si polan yang ada bersama-sama mencipta memori itu.

Tapi kalau layan over-over perasaan ni, memang nahaslah. 
Sebab mesti rasa nak je pinjam Doraemon alat zaman masa silam.
Haaa..betul tak?

Doraemon, nak pinjam alat awak! :'(
Okaylah. Malas nak cakap apa dah.
Dah takde nak diceritakan apapun sebenarnya.
Saja nak membebel. Dah lama tinggalkan blog ni.
Okay, selamat malam.

"Pictures and some memories will have to help me through"

SELAMAT HARI RAYA!

::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Sunday, 1 July 2012

Happy Belated Birthday!

Assalamualaikum si kacak dan si manis sekalian. *jawap jawap*
Semalam lepas habis je family day kat Tasik Ayer Keroh.
Kitorang terus pergi Mydin untuk tukar baju.
Ada surprise yang bakal dibuat!
Hoho.


Birthday Nor Khalida Zulkiffly bulan Mei.
Tapi cuti sem. So macamana nak sambut kan?
Oleh itu, *ayat nak skema* kitorang planning sambut sekali je dah alang-alang keluar ni kan.


Tp rezeki kami bertambah murah bila Wawa nak belanja makan! *Wehooo*
Lepas tu Asma Seneng nak belanja karaoke pulak!
Yang Zana nak belanja kek pulak.
Aduhaii.. Seronok2!
Kalau waktu panjang lagi, Ayu pulak nak belanja wayang tapi malangnya takcukup masa.



Menangis Ida bila kami buat surprise ni kat bilik karaoke.
BILIK KARAOKE yeee !!!
Sambil-sambil nyanyi, nyanyi terus lagu Happy Birthday! Hehe.
Mission Success !!!







Tetiba nak jugak masuk gambar ni! Haha.
Happy Birthday Ida!
Kan kami dah cakap, walaupun birthday bulan cuti, kami tetap akan cuba sedaya upaya untuk sambut !
Terharu kan? Terharu kan?
Silalah nangis. Silalah nangis.
Eh, taksuruh memang dah nangis pon. :P
Semoga menjadi wanita yang ditabahkan hati.
Semoga menjadi anak solehah yang mampu mengoncang dunia kerana sifat lakumu yang mahmudah.
Semoga menjadi hamba Allah yang sentiasa taat kepadaNya.
Sayang selalu!
:)

::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Sunday, 24 June 2012

Allah Itu Maha Pemurah.

ALLAH ITU MAHA PEMURAH!

Assalamualaikum.
Entri kali ni bukan nak bangga atau saja nak menunjuk kat korang.
Tapi aku nak share ng korang betapa Allah SWT tu maha pemurah!


Alhamdulillah, semester 4 aku dikurniakan lagi dengan Anugerah Dekan buat kali kedua.
Perasaan --> Bersyukur yang amat.
Sungguh aku cakap, semester lepas aku banyak main-main.
TERLALU BANYAK!

With my housemates :)
Sebagai seorang hamba Allah yang biasa, aku takkan pernah lari dari membuat kesilapan.
Aku mengaku semester lepas juga banyak aku langgar perintah Allah.
Aku terlalu khusyuk dengan keindahan duniawi semata-mata!
Sehingga terlupa di atas segala laranganNya.
Astaghfirullahal'azim.

Sebelah saya tu 4 flat. Hebat kan? Rezeki Allah. :)
Study pon macam tak study.
Tapi Allah takpernah lupa kepada hambaNya walaupun aku banyak kali lupa pada Dia.
*Malu* 

Cun cun 3.50..
"Aku taklayak dapat result ni"
Tu la ayat aku sejak dapat tahu result aku.
Yeee..memang pointer aku sekadar 3.50 (cukup-cukup makan utk Dean's List)
Target pointer aku bawah 3.0 !!!!
Tapi, nampak tak, betapa Allah tu amat amat amat pemurah kepada hambaNya?
Dia tetap berikan aku kenikmatannya, sedangkan aku banyak melanggar perintah Dia?

Ni untuk mak dan ayah. Takputus2 mak cakap nak kak uda Dekan kan. :)
Siapa aku untuk mempertikaikan semua ni?
Semua orang ada rezeki masing-masing.
Mungkin Allah SWT beri rezeki kepada aku dengan cara ini.
Mungkin juga Allah SWT memakbulkan kata-kata bonda aku.

Student Insurance Part 5 :)
TERIMA KASIH YA ALLAH.
ALHAMDULILLAH.

Allah itu juga maha adil.
Dia berikan kita tangisan dahulu kemudian barulah senyuman.
Allah tarik satu nikmat daripada kita tapi gantikan kita dengan nikmat yang lain. :)

::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Sunday, 17 June 2012

Simpan Untuk Selayaknya.

Assalamualaikum..

"Simpan Untuk Selayaknya"
Apa maksud disebalik entri aku kali ini?

"Sesuatu" ini sangat bernilai dan amat sensitif.
Sebab tu aku perlu menjaganya dengan baik.


Aku taknak ia disakiti dengan orang yang salah.
Aku taknak ia menderita kerana orang yang salah.

InsyaAllah aku akan simpan dan jaga ia sebaik mungkin.
Hanya perlu tunggu dan sabar.
InsyaAllah dia akan datang juga tanpa dipaksa.

Kepada si dia..
Saya menunggu awak untuk membimbing saya ke jalan yang diredhai Allah. :)



::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Friday, 1 June 2012

Sambutan Hari Gawai

Assalamualaikum. Selamat Hari Gawai.
Eh, eh aku sambut jugak ke?
Kalau ikutkan takpernah sambut dan takterlintas pun nak sambut.
Tetiba ayah cakap, "esok korang berdua takpayah puasa. Kita pergi beraya. Kat rumah panjang."
Aku pun... What? Raya? Wahh! Naakkkk!!! *muka penuh eksaited*

Bukan senang dan bukan selalu nak beraya perayaan orang lain, kan?
So, this is the time mehhhh.
Mula beraya pada pukul 9.45 pagi dan berakhir 3.30 petang.
Penat dan kembung perut dengan air gas!
Beraya 9 buah rumah dalam masa lebih kurang 6 jam. Konvoi bersama 5 biji kereta.

Get ready for raya!
First rumah, kawan ayah aku.
Makanan, insyaAllah halal. Dorang pun faham ada orang Islam.
Bila ada perayaan, orang Sarawak suka masak daging lauk kicap. 
Masa hari raya puasa pun sama. Lauk daging masak kicap mesti ada!
Dan lagi satu makanan yang dorang akan masak adalah ayam pansuh.


Dorang pun faham, orang Islam takboleh sesuka hati minum dan makan sesuka hati.
Sebab tu dorang akan sediakan air kotak ataupun air tin untuk tetamu Islam.
Dan orang Sarawak suka hidangkan air gas jugak bila waktu perayaan.
So, bayangkan 9 buah rumah aku minum air gas.
Tu pun taklarat dah nak minum. Sakit lidah!

Takpernah suka pun air ni tapi takda air lain. Telan sajalah.
Next destination, rumah panjang. Wuhuuu!
Yang ni aku agak excited sikit. *First time pergi*
Selalu tengok dari luar. Kali ni aku masuk. *bangga*

Rumah panjang dari pandangan hadapan.
Selamat pulai = Selamat pulang. :D
Bila masuk, okay. Agak kejakunan sikit. First time kan.
Nampak macam best dalam tu.
Hall panjang. Ada dua pintu. Bila masuk satu pintu, nampak hall panjang. 
Lepas tu baru akan nampak lagi satu pintu. Yang tu baru lah pemisah rumah-rumah dorang.


Bila pergi rumah panjang, kene jugak pergi beraya kat rumah ketua dia walaupun takkenal.
Macam tak sopanlah kan kita tak pergi rumah dia sedangkan dia adalah ketua kat rumah panjang tu.
Dan selalunya, rumah panjang ni adalah golongan saudara-mara dia jugak.

Orang rumah panjang memang suka kalau ada tetamu yang datang.
Dan memang cara dorang, dorang akan bawa bekas makanan tu dan hulur kat kita.
Oleh yang demikian, kita kenelah ambil juga makanan yg dia dah hulurkan tu.
Tapi kalau taknak, kene sentuh sikit kat bekas buat isyarat taknak.
So, dorang takfaham.
Dan menjadi kewajipan dorang akan minum air tuak.
Semua tahu kan air tuak tu boleh memabukkan.
Tapi for muslim, dia tak hidangkanlah.

Pintu kanan pintu satu. Pintu kiri baru pintu rumah dorang.
Sangat taksopan kalau kita tak makan.
Tapi kalau ragu-ragu, makanlah apa yang kita yakin halal.
Contohnya, kacang, coklat, kerepek. Benda yang bukan dorang buat.



Aku ada makan satu kuih ni.
Katanya kuih Iban. Aku takpasti nama dia.
Tapi kat semenanjung aku rasa ada jual, cuma lagi manis dan melekit lah yang kat semenanjung tu.
Dua buah rumah aku masuk, dua dua hulur kat aku makanan tu.
Kalau ditolak, takut berkecil hati.
So, aku ambil dan try makan.
Sedap!

Ni la kuihnya. Sedap! 
Rumah seterusnya pon masih lagi rumah panjang.
Masa sampai, aku macam pelik. Sebab ramai gila kat depan rumah panjang tu.
Siap ada senapang.
Kitorang sampai je tetiba time tu jugaklah dorang nak lepaskan tembakan kat udara.
Sumpah terkejut. Aku tak ready lagi nak tutup telingalah!


Rupa-rupanya dorang ada buat sedikit upacara.
Ni adalah tradisi dorang bila perayaan.
Kalau orang Islam dipanggil kenduri kesyukuran.
So, dorang pon ala-ala kenduri kesyukuranlah.


Duduk beramai-ramai. Ada sorang ketua yang bercakap.
Aku takfaham langsung sepatah pun. Guna bahasa dorang agaknya.
Dalam upacara tu, dorang gunakan manok atau dipanggil ayam yang masih hidup.
Untuk tujuan apa. Aku takpasti.
Dan dorang juga menggunakan binatang kaki pendek yang aku panggil babi.
Tapi babi tu dah disembelihlah.

Yang dalam bulatan tu binatang kaki pendek.
Pegang ayam sambil bercakap dan halakan kat orang yang berbaju hijau kuning tu.
Lepas dah habis aje baca semua, dorang akan meraikan dengan minuman keras dan juga panggang ayam serta binatang kaki pendek tu.
Tapi aku takmakan ye. Aku duduk dalam rumah aje. Hehe.
Dalam rumah panjang tu, 4 buah rumah kitorang masuk.
Dan menjadi satu kewajipan untuk melawat ketua rumah panjang ye.
ITU ADALAH WAJIB!


"Sama dibantai maya ari gawai.
Main lama enggau main baru sama dikena sama dimaju.
Kitai sama rindu ati."
Atas ni bahasa Iban. Copy dari cd raya karaoke dorang.
Jangan tanya aku apa maksud dia.
Aku takfaham.

Okay, dah habis. Bawah ni saje gambar-gambar aku nak menggedik.
Nak tengok, teruskan. 
Taknak, sila tekan pangkah.
Assalamualaikum.
Thanks for reading!


Nampak gemuk. Argh!
Takperasan blurr. Sorry!



Penuh sifat keibuan tak? :P

::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Saturday, 12 May 2012

Kimbap or Sushi Homemade

Assalamualaikum.
Hari ni taklah rajin tapi disebabkan birthday my little sis ni, so dia request untuk buat kimbap/sushi.
Sian mak ayah jauh di semenanjung.
Nak buat kek, kami berdua aje. Siapa nak makan?

First time buat. :)
Gambar atas ni masa pertama kali buat. So,memang failed jugaklah pada aku.
Comot pun ada juga.

This is my second try buat kimbap.
Alhamdulillah kali kedua ni dah boleh buat dengan cantik dah.
Dah senanglah jugak buat dia.



Gambar atas ni yang second try punya. Okay sikitlah kan?
Yang first time dulu aku pakai timun, telur, dan salut dengan tuna.
Tapi telur tu letak sikit pulak, so takberasa.

Second time punya aku pakai ketam stick dan tuna aje. Simple.
Dan lebih kemas dah. Dah reti buat.
Lebih senang ada tikar untuk gulung. So, memang senang dan mampat lah nak gulung tu.

Siapa nak buat, dipersilakan.
Sangat simple dan terjamin halal sebab buat sendiri. :)

Bahan-Bahan:
- Seaweed
- Nasi + Cuka
- Tuna
- Crab stick
- Timun di potong panjang
- Tikar (untuk gulung)

Cara-cara:
1. Lembutkan seaweed tu kalau dia keras. Hanya renjis pakai air masak. Jangan lembut guna air panas. Nanti seaweed tu koyak.
2. Nasi yang baru lepas masak dicampurkan dengan cuka. Dalam 2 sudu besar dah cukup. Nanti takut masam dan jadi cepat muak.
3. Penyekkan nasi yang dah dicampur cuka di atas seaweed. Mampatkan. Letak nipis-nipis aje nasi tu. Kalau buat tebal, takberapa sedap.
4. Sapukan tuna di sepanjang atas nasi tu. Sapu pun nipis-nipis aje.
5. Letakkan bahan-bahan di tengah-tengah ikut citarasa sendiri.
6. Gulung bagi rapat dan mampat. Sebab kalau potong taklah terburai isi-isi dalam tu.
7. Potong dan makan.

Simple kan? Nak lebih detail. Silalah try google je resipinya. :)
::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...