Si Cantik Hensem

Friday 14 September 2012

Aku Robot.

"Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan orang besar sekalipun."

Assalamualaikum. *jawap dulu*
Boleh tak aku nak cakap yang minggu ni minggu yang MENYEKSAKAN?
Serius sangat seksa.
Normal sebab dah nak dekat last-last semester ni, memang banyak assignment yang perlu submit.
Tambah pulak dengan TEST dan QUIZZES yang berlambak-lambak.

Tapi yang lebih menyeksakan bila 5 hari berturut-turut, aku tidur selepas Subuh.
YA! SELEPAS SUBUH!
Nampak tak seolah-olah macam busy gila? Cewaahh.
Setiap malam tu, bukanlah aku study gila gila bagai nak rak. Tak juga.
Ada kekadang aku ambil sikit masa untuk release tension dengan main game.

Nasib baik minggu ni semua kelas pagi CANCEL! Alhamdulillah. 
Kalau kelas tak cancel, aku rasa memang boleh pengsan untuk minggu ni.
Bila dah malam kelima, hampir satu rumah bertampalkan koyok di kepala.
Sakit kepala sebab takcukup tidur. Haha.

Macam pakai spek mata hitam kan? :D
Daripada mereka yang takda 'cermin mata hitam'.. Dah mula menampakkan 'cermin mata hitam' tu.
Dan yang memang dah ada cermin mata hitam tu, hmm.. makin terserlah lah kan.
Kalau sesiapa yang jumpa kami kat UiTM, serius, muka selebet gila. *malu*

Bila dah 5 hari taktidur dengan sempurna, agak-agak boleh dapat tak 5 days MC
Sore eyes dah jadinya.. uhukk uhukk.. *peace di pipi and duckface*
Okay rasa nak jerut leher. Haha.

Thanks for everything Allah. :')
Tapi Allah mempermudahkan urusan kami.
Walaupun aku taksempat sangat nak study untuk test and quiz, tapi alhamdulillah boleh juga jawap.
Segala assignment dah pun completed and submit. 
Harapnya lecturer terimalah dengan hati terbuka segala report kami tu. Amin.

Next week juga mungkin kami akan rasa 'sakit' sekali lagi. Warghhh!!!
Presentation, test, quizzes dan ada juga show menari!
Okay, part menari tu aku suka. Hoho.
Tapi serius, aku merasakan semester 5 sangat penat!


Malam ni nak relax. Esok kena bangun pagi.
Bengkel Muet. Pagi sampai petang.
Sedih. Benci. Penat. Stress. 

"Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke suatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat."

::Tiada Kata Seindah Bahasa::

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...