Si Cantik Hensem

Saturday 22 December 2012

Untuk Jodoh Saya..

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum awak..
Awak...saya nak bagitau sikit. Saya sebenarnya takberapa suka kalau awak merokok... (memang taksuka pun). Saya tahu yang awak tahu rokok tu sangat tak elok untuk kesihatan..tapi kenapa awak masih merokok? Malas nak cakap panjanglah kan.. Tapi saya nak awak baca sambil bayangkan.. Kejap jee.. taklama pun. Boleh tak awak?? Terima kasih.. *senyum sampai langit*


Bayangkan, yang satu hari nanti awak dan saya kahwin.. Kita kahwin. Awal-awal kahwin, kita hidup happy sangat. Taklama lepas tu, kita pun ada anak-anak yang comel. Comel sangat. Yang perempuan, ikut comel macam saya. Lelaki pulak ikut hensem macam awak. Haaa..best tak? Awak dapat bayangkan tak? Kalau takdapat bayangkan, sila baca semula sampai awak dapat bayangkan..

Okay, kita teruskan ye..

Saya bersyukur sangat Allah berikan saya jodoh yang baik, penyayang serta soleh untuk saya. Awak jaga saya dan anak-anak kita dengan sangat baik. Kita hidup memang bahagia sangat sangat. Setiap pagi, awak kejut saya untuk solat Subuh. Saya masakkan untuk awak. Saya tunggu awak pulang dari pejabat. Saya cium tangan awak, awak cium dahi saya. Setiap hari.. Seronokkan?

Tapi kebahagiaan tu taklama. Disebabkan awak susah sangat nak tinggalkan rokok tu, awak sakit. Awak tahu tak, saat tu, saya rasa macam dunia ni terus berhenti berputar. Dunia saya nampak gelap. Otak saya berhenti berfikir. Saya kaku. Takpercaya. Susah untuk saya terima yang cinta hati saya sakit. 

Awak.... awak tahu tak..Saya nak hidup dengan awak sampai akhir hayat saya. Kalau awak pergi tinggalkan saya dulu, siapa nak jaga saya? Dengan siapa saya nak bergurau senda? Siapa nak layan kerenah saya? Memang semua orang akan pergi mengadap Dia..tapi awak takrasa ke dengan sebab awak merokok tu, sedikit demi sedikit awak merosakkan diri awak? Awak taksayang saya ke, awak?



Awak.. saya sayang awak..sebab tu saya taksuka awak merokok. Kalau dengan merokok tu dapat bagi awak bertambah sihat, saya takkisah awak. Awak nak hisap 24jam tanpa henti pun takpa.. Asalkan awak sihat. Sihat fizikal dan mental. Tapi, awak tahu kan rokok tu takbaik untuk kesihatan sebab tu saya suruh awak berhenti merokok. Dan sekiranya sekarang ni awak masih lagi merokok, saya harap awak akan berhentilah merokok dengan secepat mungkin. Apapun, saya nak awak tahu yang saya takrela kehilangan awak dalam hidup saya. 

Selamat malam awak. :)

::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Tuesday 30 October 2012

Salam Oktober Untuk November

Bismillahirahmanirrahim..



Lagi sehari penghujung bulan Oktober dan taklama lagi November akan menjengah kita pulak. Setahun sekali. Dengan bulan yang baru akan muncul taklama lagi, semoga diri ini dapat memperbaiki dengan lebih baik lagi. Semoga menjadi insan dan hamba Allah yang taqwa dan berilmu. Amin~

30 Oktober 2012.. Genap 4 tahun arwah atuk (belah ayah) pergi meninggalkan kami. 4 tahun yang lepas,  aku berada di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru dan ketika itu arwah sedang nazak. Begitu cepat dan pantas masa berlalu. Masih terbayang di mata bagaimana arwah pergi meninggalkan kami semua. Rasanya, dah bertahun juga kami sekeluarga taksempat nak menziarahi kubur arwah atuk dan nenek, memandangkan masa yang tidak mengizinkan. Namun, cukup dengan ingatan dan iringan doa yang mampu kami berikan. Semoga arwah atuk dan nenek berada di kalangan orang yang beriman. Al-fatihah.

Dikesempatan ini juga aku ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke 20 tahun untuk sahabat yang rapat dengan aku selama 5 semester ini, Nurul Waheeda Binti Mohamad Azam. Semoga anda ditetapkan iman, diberkati umur, dimurahkan rezeki dan semoga cepat-cepat kahwin! Taksabar nak tengok kawan sendiri bersanding atas pelamin. Nak tumpang berkaki-kaki nanti. Ehem. Selamat ulangtahun kelahiran sahabatku.

Okay, sebenarnya takda apa nak diceritakan pun. Cuma nak cakap, janganlah berjanji ketika hati sedang gembira.. Bukan apa, selalu manusia ni, suka berjanji sedangkan lebih elok dan manis jika kita sebagai orang Islam mengucapkan perkataan 'InsyaAllah'. Lebih manis.

Jangan mudah ikut kata hati. Orang kata, ikut kata hati, nanti mati. Hmm. Mungkin juga. Sejujurnya, aku sendiri pernah dan agak selalu juga mengikut kata hati yang entahkan betul, entahkan tidak. Hati kita sendiri pun, kita taktau apa kita rasa, apatah lagi orang lain. Macamana? Lagi satu, jangan terlalu cepat mengharap akan seseorang. Bukan apa, nanti tak jadi macam apa yang diharapkan, kita juga yang susah.

Aku pernah mengharapkan sesuatu pada suatu ketika dulu. Ditambah pula dengan suasana sekeliling yang membuatkan aku bertambah yakin akan keinginan hati aku yang satu tu. Namun, indah khabar dari rupa, apa yang angan-angan dihati, semua tak menjadi dan masa tu, usah dicakap. Hati retak. Pada ketika itu, takguna nak salahkan diri sendiri. Apa boleh buat, duduk dan muhasabah diri untuk jadi lebih kuat tempuh hari yang bakal mendatang. Bak kata orang putih, 'life must be go on'.

Bila tengok semua bahagia dengan kehidupan masing-masing, jangan sesekali lupa untuk mengucapkan 'Alhamdulillah'. Tanpa Dia kat atas tu, kita mungkin takmampu untuk meneruskan dan menikmati keindahan hidup ini. Dan ucaplah rasa syukur bila dberikan rasa sama ada rasa suka atau duka. Itu semua datang dari Allah. Allah yang memberikan kita segala rasa. Adakala, jika difikirkan kembali, indah juga bila dapat berasa kedukaan itu. Mungkin orang akan mengatakan aku gila. Ya,siapa yang inginkan hidupnya dipenuhi kedukaan tanpa kegembiraan dan senyuman? Maksud aku di sini, dengan kedukaan yang Allah hadiahkan, kadangkala mampu untuk memperbaiki diri kita dan menguatkan lagi semangat dalam diri yang kian menghilang.

Bukan nak kata diri aku ni baik, cuma kadangkala aku rasa lebih elok juga sesekali Allah berikan kita rasa kedukaan supaya kita tak leka dengan keindahan dunia. Lebih elok juga sesekali Allah berikan kita rasa kecewa supaya Allah ingatkan kita agar menjaga hati ini. Bukan sekadar menjaga hati sesama manusia, tapi jagakah hati daripada terus dihasuti oleh syaitan. 

Akhir kata, Allah tahu segalanya. Allah dah tentukan segalanya. Sehebat manapun kita cuba menjauhkan, tapi jika sudah tertulis ia dekat, maka akan datang juga and vice versa. Cepat atau lambat. Jangan cepat melatah bila tiba segala ujian yang mendatang. Tempuhi dengan sebaik mungkin. Walau apapun yang berlaku, yang terjadi.. Terima dengan hati yang redha dan ikhlas. Taksemua yang berlaku pada kita tu tak adil tapi pasti ia bersebab. Allah SWT sedang mengujimu untuk menjadi hamba yang tabah dan kuat. InsyaAllah, semua pengakhiran ceritera hidup kita akan berakhir dengan 'happy ending' jika berlandaskan syariah Islam. 

Wassalam.

::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Monday 22 October 2012

Jika Aku Jatuh Cinta...

Ya Allah..
Jika aku jatuh cinta..
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu..
Agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..

Ya Muhaimin..
Jika aku jatuh hati..
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu..
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbana..
Jika aku jatuh hati..
Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hatiMu..


Ya Rabbul Izzati..
Jika aku rindu..
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu..

Ya Allah..
Jika aku menikmati cinta kepada kekasihMu, Ya Allah..
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..

Ya Allah..
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu, Ya Allah..
Jangan.. Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan
panjang menyeru manusia kepadaMu..

Ya Allah..
Jika kau halalkan aku merindui kekasihMu, Ya Allah..
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan
aku pada cinta hakiki dan merindu abadi hanya kepadaMu Ya Allah..

Amin Ya Rabbal Al-amin..
::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Friday 12 October 2012

The Quotes

The quotes that I like much!

1. From good things, I learn to be a thankful person. For bad things, I learn to be strong person.

2. Life is a blank page. Each person have their own pen and writes their own story.

3. Dear Bestfriends, please stay in my life forever because you're one of the best things to ever happen to me.

4. I may not be able to it all, but God only presents me with obstacles that I am capable of overcoming.

5. All of the bullshit you have to go through makes you stronger.



6. When you're upset, be strong. It makes the one that you love happy and it makes the ones who hate you upset.

7. Save your heart for someone who does care about you and not for someone who only cares about you when they are just bored.

8. Sorry, I'm not Adele. I don't wish the best for you nor do I want to find someone like you. I do however set the fire to all your stuff.

9. I believe finding the one is a process of elimination. So, with every breakup, you're one step closer to finding your true love.

10. I'm not a perfect person, I made a lot of mistakes.. but still, I love those people who stay with me after knowing how really I am.



11. A heartbreak is a blessing from God. It's just his way to letting you realized He saved you from the wrong one.

12. Move on. It is just a chapter in the past but don't close the book. Just turn the page.

13. Talking about past relationship is doesn't you're still stuck on it. Sometimes its a reminder not to screw up again.

14. So many girls fall in love with the wrong guy, simply because the wrong guy usually say all the right things.

15. A girl status will tell you more about she feels than she ever will.



16. When I go to bed, half  the time I'm not sleeping. I'm usually lying there making up scenarios in my head.

17. Being friends with you show that we are mature enough to get over the fact that we are not meant to be together.

18. Everyone deserved for second chance, but not for the same mistakes.

19. Happy moments, praise God. Difficult moments, seek God. painful moments, trust God.  Every moments, thank God.

20. God puts someone into your life to fill a need. Either them for yours or yours for them. Everyone is there for a reason.



21. Sometimes letting go makes things better because you believe in God's plan that one day someone will be sent and destined to be with you forever.

22. In every single song lyrics, there are something behind it.

23. It's not that we are not meant be to together, I think we are just not ready for forever.

24. Don't expect to find the right person if you are not willing to let the wrong one go.

25. I want to refresh my mind. Delete all my problem, undo all my mistakes, and save all the happy moments.


26. I love the friends who can make me laugh when I don't feel like smiling.

27. Yes, I'm weird but the thing is I've never been normal.

28. Forgetting someone is easy. The only difficult part is to forget the memories we've made with that person.

29. Tears are how our heart speaks when our lips cannot describe how much we've been hurt.

30. I wanted to ask you how you felt about me, but I never did because I was afraid I might not like what you had to say.



::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Friday 14 September 2012

Aku Robot.

"Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan orang besar sekalipun."

Assalamualaikum. *jawap dulu*
Boleh tak aku nak cakap yang minggu ni minggu yang MENYEKSAKAN?
Serius sangat seksa.
Normal sebab dah nak dekat last-last semester ni, memang banyak assignment yang perlu submit.
Tambah pulak dengan TEST dan QUIZZES yang berlambak-lambak.

Tapi yang lebih menyeksakan bila 5 hari berturut-turut, aku tidur selepas Subuh.
YA! SELEPAS SUBUH!
Nampak tak seolah-olah macam busy gila? Cewaahh.
Setiap malam tu, bukanlah aku study gila gila bagai nak rak. Tak juga.
Ada kekadang aku ambil sikit masa untuk release tension dengan main game.

Nasib baik minggu ni semua kelas pagi CANCEL! Alhamdulillah. 
Kalau kelas tak cancel, aku rasa memang boleh pengsan untuk minggu ni.
Bila dah malam kelima, hampir satu rumah bertampalkan koyok di kepala.
Sakit kepala sebab takcukup tidur. Haha.

Macam pakai spek mata hitam kan? :D
Daripada mereka yang takda 'cermin mata hitam'.. Dah mula menampakkan 'cermin mata hitam' tu.
Dan yang memang dah ada cermin mata hitam tu, hmm.. makin terserlah lah kan.
Kalau sesiapa yang jumpa kami kat UiTM, serius, muka selebet gila. *malu*

Bila dah 5 hari taktidur dengan sempurna, agak-agak boleh dapat tak 5 days MC
Sore eyes dah jadinya.. uhukk uhukk.. *peace di pipi and duckface*
Okay rasa nak jerut leher. Haha.

Thanks for everything Allah. :')
Tapi Allah mempermudahkan urusan kami.
Walaupun aku taksempat sangat nak study untuk test and quiz, tapi alhamdulillah boleh juga jawap.
Segala assignment dah pun completed and submit. 
Harapnya lecturer terimalah dengan hati terbuka segala report kami tu. Amin.

Next week juga mungkin kami akan rasa 'sakit' sekali lagi. Warghhh!!!
Presentation, test, quizzes dan ada juga show menari!
Okay, part menari tu aku suka. Hoho.
Tapi serius, aku merasakan semester 5 sangat penat!


Malam ni nak relax. Esok kena bangun pagi.
Bengkel Muet. Pagi sampai petang.
Sedih. Benci. Penat. Stress. 

"Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke suatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat."

::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Sunday 9 September 2012

Tiada Apa Nak Cerita Pun

Mood untuk mengimbau kenangan lama, ada kalanya memang seronok.
Dan paling best kalau kenangan yang kita teringat tu, merupakan kenangan yang manis.
Probability untuk kita kembali pada masa lalu mesti sangat TINGGI!!!

Bila dengar semula lagu-lagu lama, *nak pulak lagu tu ada sejarah disebaliknya* mesti rasa rindu dengan segala kenangan tu. Betul tak?
Tambah-tambah pulak time tengah feeling-feeling tu pukul 12.00 pagi dan ke atas.
Haaa.. lagilah hati lain macam je rasa.

You're the sweetest things happened in my life. :)
Motif aku tulis macam ni, bukan teringat tapi memang saja nak ingat sebabnya dengan kenangan-kenangan yang tercipta ni lah membuatkan aku senyum tanpa disedari.
*wink wink*
Dan perasaan, mestilah aku rasa sangat rindu dengan kenangan-kenangan itu.
Termasuk dengan si polan si polan yang ada bersama-sama mencipta memori itu.

Tapi kalau layan over-over perasaan ni, memang nahaslah. 
Sebab mesti rasa nak je pinjam Doraemon alat zaman masa silam.
Haaa..betul tak?

Doraemon, nak pinjam alat awak! :'(
Okaylah. Malas nak cakap apa dah.
Dah takde nak diceritakan apapun sebenarnya.
Saja nak membebel. Dah lama tinggalkan blog ni.
Okay, selamat malam.

"Pictures and some memories will have to help me through"

SELAMAT HARI RAYA!

::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Sunday 1 July 2012

Happy Belated Birthday!

Assalamualaikum si kacak dan si manis sekalian. *jawap jawap*
Semalam lepas habis je family day kat Tasik Ayer Keroh.
Kitorang terus pergi Mydin untuk tukar baju.
Ada surprise yang bakal dibuat!
Hoho.


Birthday Nor Khalida Zulkiffly bulan Mei.
Tapi cuti sem. So macamana nak sambut kan?
Oleh itu, *ayat nak skema* kitorang planning sambut sekali je dah alang-alang keluar ni kan.


Tp rezeki kami bertambah murah bila Wawa nak belanja makan! *Wehooo*
Lepas tu Asma Seneng nak belanja karaoke pulak!
Yang Zana nak belanja kek pulak.
Aduhaii.. Seronok2!
Kalau waktu panjang lagi, Ayu pulak nak belanja wayang tapi malangnya takcukup masa.



Menangis Ida bila kami buat surprise ni kat bilik karaoke.
BILIK KARAOKE yeee !!!
Sambil-sambil nyanyi, nyanyi terus lagu Happy Birthday! Hehe.
Mission Success !!!







Tetiba nak jugak masuk gambar ni! Haha.
Happy Birthday Ida!
Kan kami dah cakap, walaupun birthday bulan cuti, kami tetap akan cuba sedaya upaya untuk sambut !
Terharu kan? Terharu kan?
Silalah nangis. Silalah nangis.
Eh, taksuruh memang dah nangis pon. :P
Semoga menjadi wanita yang ditabahkan hati.
Semoga menjadi anak solehah yang mampu mengoncang dunia kerana sifat lakumu yang mahmudah.
Semoga menjadi hamba Allah yang sentiasa taat kepadaNya.
Sayang selalu!
:)

::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Sunday 24 June 2012

Allah Itu Maha Pemurah.

ALLAH ITU MAHA PEMURAH!

Assalamualaikum.
Entri kali ni bukan nak bangga atau saja nak menunjuk kat korang.
Tapi aku nak share ng korang betapa Allah SWT tu maha pemurah!


Alhamdulillah, semester 4 aku dikurniakan lagi dengan Anugerah Dekan buat kali kedua.
Perasaan --> Bersyukur yang amat.
Sungguh aku cakap, semester lepas aku banyak main-main.
TERLALU BANYAK!

With my housemates :)
Sebagai seorang hamba Allah yang biasa, aku takkan pernah lari dari membuat kesilapan.
Aku mengaku semester lepas juga banyak aku langgar perintah Allah.
Aku terlalu khusyuk dengan keindahan duniawi semata-mata!
Sehingga terlupa di atas segala laranganNya.
Astaghfirullahal'azim.

Sebelah saya tu 4 flat. Hebat kan? Rezeki Allah. :)
Study pon macam tak study.
Tapi Allah takpernah lupa kepada hambaNya walaupun aku banyak kali lupa pada Dia.
*Malu* 

Cun cun 3.50..
"Aku taklayak dapat result ni"
Tu la ayat aku sejak dapat tahu result aku.
Yeee..memang pointer aku sekadar 3.50 (cukup-cukup makan utk Dean's List)
Target pointer aku bawah 3.0 !!!!
Tapi, nampak tak, betapa Allah tu amat amat amat pemurah kepada hambaNya?
Dia tetap berikan aku kenikmatannya, sedangkan aku banyak melanggar perintah Dia?

Ni untuk mak dan ayah. Takputus2 mak cakap nak kak uda Dekan kan. :)
Siapa aku untuk mempertikaikan semua ni?
Semua orang ada rezeki masing-masing.
Mungkin Allah SWT beri rezeki kepada aku dengan cara ini.
Mungkin juga Allah SWT memakbulkan kata-kata bonda aku.

Student Insurance Part 5 :)
TERIMA KASIH YA ALLAH.
ALHAMDULILLAH.

Allah itu juga maha adil.
Dia berikan kita tangisan dahulu kemudian barulah senyuman.
Allah tarik satu nikmat daripada kita tapi gantikan kita dengan nikmat yang lain. :)

::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Sunday 17 June 2012

Simpan Untuk Selayaknya.

Assalamualaikum..

"Simpan Untuk Selayaknya"
Apa maksud disebalik entri aku kali ini?

"Sesuatu" ini sangat bernilai dan amat sensitif.
Sebab tu aku perlu menjaganya dengan baik.


Aku taknak ia disakiti dengan orang yang salah.
Aku taknak ia menderita kerana orang yang salah.

InsyaAllah aku akan simpan dan jaga ia sebaik mungkin.
Hanya perlu tunggu dan sabar.
InsyaAllah dia akan datang juga tanpa dipaksa.

Kepada si dia..
Saya menunggu awak untuk membimbing saya ke jalan yang diredhai Allah. :)



::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Friday 1 June 2012

Sambutan Hari Gawai

Assalamualaikum. Selamat Hari Gawai.
Eh, eh aku sambut jugak ke?
Kalau ikutkan takpernah sambut dan takterlintas pun nak sambut.
Tetiba ayah cakap, "esok korang berdua takpayah puasa. Kita pergi beraya. Kat rumah panjang."
Aku pun... What? Raya? Wahh! Naakkkk!!! *muka penuh eksaited*

Bukan senang dan bukan selalu nak beraya perayaan orang lain, kan?
So, this is the time mehhhh.
Mula beraya pada pukul 9.45 pagi dan berakhir 3.30 petang.
Penat dan kembung perut dengan air gas!
Beraya 9 buah rumah dalam masa lebih kurang 6 jam. Konvoi bersama 5 biji kereta.

Get ready for raya!
First rumah, kawan ayah aku.
Makanan, insyaAllah halal. Dorang pun faham ada orang Islam.
Bila ada perayaan, orang Sarawak suka masak daging lauk kicap. 
Masa hari raya puasa pun sama. Lauk daging masak kicap mesti ada!
Dan lagi satu makanan yang dorang akan masak adalah ayam pansuh.


Dorang pun faham, orang Islam takboleh sesuka hati minum dan makan sesuka hati.
Sebab tu dorang akan sediakan air kotak ataupun air tin untuk tetamu Islam.
Dan orang Sarawak suka hidangkan air gas jugak bila waktu perayaan.
So, bayangkan 9 buah rumah aku minum air gas.
Tu pun taklarat dah nak minum. Sakit lidah!

Takpernah suka pun air ni tapi takda air lain. Telan sajalah.
Next destination, rumah panjang. Wuhuuu!
Yang ni aku agak excited sikit. *First time pergi*
Selalu tengok dari luar. Kali ni aku masuk. *bangga*

Rumah panjang dari pandangan hadapan.
Selamat pulai = Selamat pulang. :D
Bila masuk, okay. Agak kejakunan sikit. First time kan.
Nampak macam best dalam tu.
Hall panjang. Ada dua pintu. Bila masuk satu pintu, nampak hall panjang. 
Lepas tu baru akan nampak lagi satu pintu. Yang tu baru lah pemisah rumah-rumah dorang.


Bila pergi rumah panjang, kene jugak pergi beraya kat rumah ketua dia walaupun takkenal.
Macam tak sopanlah kan kita tak pergi rumah dia sedangkan dia adalah ketua kat rumah panjang tu.
Dan selalunya, rumah panjang ni adalah golongan saudara-mara dia jugak.

Orang rumah panjang memang suka kalau ada tetamu yang datang.
Dan memang cara dorang, dorang akan bawa bekas makanan tu dan hulur kat kita.
Oleh yang demikian, kita kenelah ambil juga makanan yg dia dah hulurkan tu.
Tapi kalau taknak, kene sentuh sikit kat bekas buat isyarat taknak.
So, dorang takfaham.
Dan menjadi kewajipan dorang akan minum air tuak.
Semua tahu kan air tuak tu boleh memabukkan.
Tapi for muslim, dia tak hidangkanlah.

Pintu kanan pintu satu. Pintu kiri baru pintu rumah dorang.
Sangat taksopan kalau kita tak makan.
Tapi kalau ragu-ragu, makanlah apa yang kita yakin halal.
Contohnya, kacang, coklat, kerepek. Benda yang bukan dorang buat.



Aku ada makan satu kuih ni.
Katanya kuih Iban. Aku takpasti nama dia.
Tapi kat semenanjung aku rasa ada jual, cuma lagi manis dan melekit lah yang kat semenanjung tu.
Dua buah rumah aku masuk, dua dua hulur kat aku makanan tu.
Kalau ditolak, takut berkecil hati.
So, aku ambil dan try makan.
Sedap!

Ni la kuihnya. Sedap! 
Rumah seterusnya pon masih lagi rumah panjang.
Masa sampai, aku macam pelik. Sebab ramai gila kat depan rumah panjang tu.
Siap ada senapang.
Kitorang sampai je tetiba time tu jugaklah dorang nak lepaskan tembakan kat udara.
Sumpah terkejut. Aku tak ready lagi nak tutup telingalah!


Rupa-rupanya dorang ada buat sedikit upacara.
Ni adalah tradisi dorang bila perayaan.
Kalau orang Islam dipanggil kenduri kesyukuran.
So, dorang pon ala-ala kenduri kesyukuranlah.


Duduk beramai-ramai. Ada sorang ketua yang bercakap.
Aku takfaham langsung sepatah pun. Guna bahasa dorang agaknya.
Dalam upacara tu, dorang gunakan manok atau dipanggil ayam yang masih hidup.
Untuk tujuan apa. Aku takpasti.
Dan dorang juga menggunakan binatang kaki pendek yang aku panggil babi.
Tapi babi tu dah disembelihlah.

Yang dalam bulatan tu binatang kaki pendek.
Pegang ayam sambil bercakap dan halakan kat orang yang berbaju hijau kuning tu.
Lepas dah habis aje baca semua, dorang akan meraikan dengan minuman keras dan juga panggang ayam serta binatang kaki pendek tu.
Tapi aku takmakan ye. Aku duduk dalam rumah aje. Hehe.
Dalam rumah panjang tu, 4 buah rumah kitorang masuk.
Dan menjadi satu kewajipan untuk melawat ketua rumah panjang ye.
ITU ADALAH WAJIB!


"Sama dibantai maya ari gawai.
Main lama enggau main baru sama dikena sama dimaju.
Kitai sama rindu ati."
Atas ni bahasa Iban. Copy dari cd raya karaoke dorang.
Jangan tanya aku apa maksud dia.
Aku takfaham.

Okay, dah habis. Bawah ni saje gambar-gambar aku nak menggedik.
Nak tengok, teruskan. 
Taknak, sila tekan pangkah.
Assalamualaikum.
Thanks for reading!


Nampak gemuk. Argh!
Takperasan blurr. Sorry!



Penuh sifat keibuan tak? :P

::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...