Si Cantik Hensem

Tuesday, 25 October 2011

Masa Kecik-Kecik Dulu.

Assalamualaikum. Tetiba aku terasa nak share ng korang segala kenangan aku since Pra sekolah sampai darjah 6. Punyelah excited aku nak taip entri kali ni sampai nak tidur malam td pon usah. *Serius ni*
Boleh dikatakan banyak jugak bende yg aku ingat. Okay..kite start dari Pra Sekolah di SK AU Keramat. 

Pra Sekolah (Kelas Lili)

Kelas untuk murid-murid Pra ada 2 kelas. Kelas Lili dan Kelas Mawar. Aku kelas Lili. Masa kecik-kecik dulu, aku rapat dengan sorang ni nama dia Syarifah Norfarhana (Ana). Rumah kitorang dekat je tp die kelas Mawar. So..just jumpe bila balik sama-sama aje. Dalam kelas aku rapat dengan 2 orang budak perempuan. Nur Amalinabillah dan lg sorang ni serius aku tak ingat nama dia. Tapi sumpah. COMEL gila. Macam Barbie Doll tu. Kulit putih, rambut paras bahu and straight, mata sepet. Comel sangat !!! That girl yang aku maksudkan yang duduk dua dari kiri. Comel kan? Hehe.


Purple tu aku. *Alolo...okay.takcomelpun*

Kalau nak tahu..dulu aku suka buli sorang budak ni. Serius. Budak tu duduk 4 dari kanan. Nama dia Nadhirah. Kan kecik-kecik kene luruskan barisan. So..bila dia angkat tangan kat bahu kawan aku macam Barbie Doll tu..mesti aku akan marah dan tepis tangan dia. Peehhh...Jahatnya aku. Tp sekarang takbuat dah eh. Sorry Nadhirah. Dulu je saya nakal. Skrg tak. Tapi dua2 kawan aku ni aku dah lost contact. Sedih.

Ni ada satu kejadian yg lawak masa time Pra dulu.
Ayah aku setiap pagi memang akan hantar aku ke sekolah in case kena kerja luar, aku kenelah naik bas (Menara Emas) Haa..sape ingat bas ni? Dah jd kebiasaan ayah aku akan hantar sampai ke kelas, tp pagi tu ayah aku tanya.

" Boleh tak pergi kelas sendiri? Tahu mana satu kelas? " 
Sambil ambil beg kat motor, aku angguk dan cakap " Haa..tahu tahu.." 

Dengan langkah penuh yakin kaki aku menuju ke kelas. Bila dah sampai terus aku bukak kasut dan letak di rak. Baru beberapa tapak masuk tetiba nampak kawan aku Ana. Terus aku tanya..

" Ehh..awak dah tukar kelas ke?"
" Taklah. Awak yang salah masuk kelas."

Okay..aku salah masuk kelas Mawar rupenyee.. Arghh.. Dengan cepat dan pantas aku keluar dari kelas tu. Bila aku keluar je dari kelas tu tetiba nampak ayah sambil tersengih. Ayah kate.. "Ayah dah agak kamu salah masuk kelas.."
Okay..dengan rasa malunya aku ambil kasut dan terus pergi kelas. 

Cover sikit. Segan kawan tengok. Lalalala~
Korang ingat lagi time atas ni? Aku stil ingat yang kita semua beratur kat luar kelas yang pintu kat taman permainan tu. Bila tiba masa aku, aku ingat macamana aku masuk kelas dan pose macam kat atas ni. Hehe.


Darjah 1 Efisien.

Guru kelas 1 Efisien adalah Puan Zawahir. Yang pakai tudung akan ikat dan buat simpulan di bawah dagu. Berkulit putih dan comel. Kedudukan 1 Efisien terletak di tingkat paling bawah dan paling hujung serta sederet dengan kelas Pra. Cuma sekarang kelas 1 Efisien tu dah dijadikan Bengkel Kemahiran Hidup. 

Dulu aku pernah terperangkap dalam kelas tu. Ada budak lelaki yang paling nakal gila dalam kelas tu main-main gate kat pintu kelas. Bergayutlah, hayunlah. Last2..mcmana entah boleh terkunci dan TAKBOLEH BUKA.Weyh..aku dah la kat dalam tu. Aku cuak sebab tetiba takboleh keluar. Kejap lagi ada perhimpunan.

Otak aku just pikir, " Nak keluar ! ".. Dalam ramai-ramai yang kat kelas tu, aku sorang je kot yang nangis. 

*Wehh..korang dah biasa terperangkap ke hape?* 

Tetiba aku nampak kak long aku kat luar kelas ng kawan-kawan dia. Aku apa lagi.. Cakaplah nak keluar.. Mintak tolong kak long. Cikgu Zawahir pun ada. Yang aku geram.. Boleh pulak kakak aku gelakkan aku. Takfaham ke aku tengah TAKUT? 

Lepas perhimpunan baru pintu gate tu boleh bukak. Nasib baik Cikgu Zawahir dah tenangkan aku before die pergi perhimpunan. Kakak aku buat apa? Gelak ajee.. Loveyoulah Puan Zawahir. :)

Darjah 2 Dinamik.

Guru kelas aku masa ni adalah Puan Aini. Seat aku kat barisan paling belakang dekat dengan pintu belakang. Aku duduk bersebelahan dengan Nor Amalinabillah. Nak tahu apa hobi kami bila bosan cikgu mengajar kat depan? 

*Ngeh ngeh ngeh.. tanduk sudah keluar*

Aku akan amik pen biru dan conteng tapak tangan Amalina tu. Ni semua terpengaruh cerita Hindustan. Nak buat ala ala inai macam Kajol bila kahwin tu la.. HAHA. Dan yang peliknya, Amalina langsung takmarah. Dia kata best sebab geli. Aku apa lagi..hampir setiap hari aku mintak izin dia nak conteng tapak tangan dia. 

Bila time waktu rehat, lagi best. Kelas dekat dengan kantin. Time ni, bila aku terjumpa Ahmad Nufairi, aku akan kacau dia bertugas. Dia kan Pengawas Sekolah. Dia suka bertugas kat area Taman Ilmu. Dan aku..akan main kejar-kejar kat Taman Ilmu. Fairi cakap, dia suka tarik rambut aku yang mak dah buatkan tocang. Sampai nangis aku dibuatnya. Sikit-sikit nangis. Okay...Aku cengeng masa kecik.

Kiut Miut semuanyaaa... :)
Darjah 3 Efisien
Panjang tu papan hitam. Hehe.

Guru kelas adalah Puan Rozita. Darjah 3 kedudukan kami 6 orang satu kumpulan dan jenis mengadap. Semua kene duduk selang seli laki pompuan sebab nak avoid dorang tak pay attention dalam kelas.

Darjah 3 aku aktif dengan baca sajak, koir dan nasyid. Entah macamana Koir aku boleh jadi leader dan nyanyi lagu 'Malaysia Baru'. Tapi tu persembahan kedua aku. First time aku naik pentas buat persembahan time Nasyid. Baju kurung sekolah putih, kain songket dan tudung merah. Hehe. Sajak pulak sempena Hari Guru. Pakai baju oren coklat dan seluar pun warna coklat. *GilaKelakar!*

Faridzuan tu rajin bercerita apa-apa kat aku. Dan cerita yang paling aku ingat sampai skrg, dia cerita pasal Hantu Pocong yang dia nampak kat rumah dia, Kelumpuk Embun Emas. Err.. Macam takda cerita lain je!

Setiap malam selasa dengan malam jumaat kot, aku akan tuisyen dengan mak Syakira, Puan Hasnah. Aku tuisyen Mathematics. Dan menjadi kebiasaan aku akan bawak semua kerja sekolah dan buat sama-sama ng Syakira, dah selesai baru akan tuisyen maths. Tp ada satu malam tu, kitorang hanya buat kerja sekolah Bahasa Inggeris aje, sebab Puan Arinawati bagi homework punyelah berlambak. Pehh..

Sumpah. Semua comel kecuali aku je..

* Haa..korang ingat tak apa-apa kenangan masa kecik dulu? Actually..banyak lagi yg aku ingat. Tapi takkan nak ceritakan.. Sampai bila takkan habis nnt. :D

::Tiada Kata Seindah Bahasa::

4 comments:

  1. Kenapa Gambar Aku takddee...? adui ..

    ReplyDelete
  2. Err.. Sorry Shakir..
    Kita takda jodoh time kecik2 dulu la nak gmbar sesame. :P

    ReplyDelete
  3. suka cikgu darjah 3 tu.. comey.. mak sape la 2 erk..

    ReplyDelete
  4. Anonymous : Aik..mcm tahu je siapa yg komen atas ni. Haha. Yeee.. Saya pon suka sangat Cikgu Darjah 3 tuu.. HAHA. Kirim salam mak yeee.. :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...