1. Jika ada lelaki yang merenung tajam matanya, dia akan mudah cair.
2. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa melalui muzik ataupon lukisan.
3. Sebuah senyuman memberi 1001 erti kepada wanita.
4. Satu ucapan 'hai' saja sudah mampu membuatkan hatinya gembira
5. Semua wanita menginginkan lelaki yang mencintai sepenuh hati.
6. Senjata wanita adalah air mata.
7. Wanita mudah jatuh hati terhadap lelaki yang sentiasa mengambil berat terhadapnya.
8. Jangan sesekali meneka apa yang dirasainya.
9. Jika kamu menyintai seorang wanita, mulalah dengan persahabatan.
10. Jika dia memberi 1001 alasan untuk keluar denganmu, tinggalkan saja sebab dia tidak inginkan kamu.
Haa.. dah baca 10 fakta atas ni? Emm.. Mungkin kebanyakan wanita akan mengiyakan fakta di atas. Aku ulangi. MUNGKIN dan KEBANYAKAN. Tapi untuk diri aku, taksemua betul sangat. Ada certain yang betul jugak.
Okay. Jom kita merumuskan fakta yang pertama.
Err..boleh jadi betul jugak fakta yg pertama ni, tapi itu akan terjadi sekiranya lelaki yang merenung tajam matanya adalah lelaki yang diminatinya secara diam. Kalaulah lelaki yang tenung mate die bagai nak rak sekalipon, tapi perempuan tu sekelumit pon takda perasaan kat lelaki tu.. Sorry ahh.. langsung takcair. Keras beku lagi adalah. Hehe.
2. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa melalui muzik ataupon lukisan.
Hmm..memandangkan aku ni bukanlah pemuzik mahupon pelukis, so..mcmana aku nak luahkan apa yg aku rasa? Setakat lukis orang lidi, memanglah aku expertkan.. (Yang tu aku rasa budak 3 tahun pon pandai.) Dan aku takrasa semua perempuan pandai meluahkan dengan cara macam ni. Tapi pada pendapat aku, semua orang akan meluahkan apa yang dia rasa dengan cara dorang tersendiri. Kalau macam aku, aku akan luahkan melalui penulisan (blog dan diari). Tapi takde lah ayat berbunga-bunga bagai.
3. Sebuah senyuman memberi 1001 erti kepada wanita.
Haa..betul tu. Yang ni aku sokong! Lagi-lagi kalau mamat yang senyum tu muka comel + kachak. Ohh..boleh buat gila bayang sehhh.. Mahunya takfokus dalam kelas. Haha. Kalau lelaki yang dia minat dalam diam, tetiba senyum kat dia walaupon hakikatnya dia tengah senyum kat orang belakang gadis tu pon, dah cukup buat dia senyum memanjang macam kerang busuk.
4. Satu ucapan 'hai' saja sudah mampu membuatkan hatinya gembira.
Okay. Yang ni betul jugak. Same je lebih kurang dengan no 3 atas ni. *Kalau dapat 'hai' daripada jejaka impian. Kalau bukan jejaka impian..Sorrylahh.. Maleh den nak layan.*
5. Semua wanita menginginkan lelaki yang mencintai sepenuh hati.
Yang ni of courselah kan. Baik perempuan ataupon lelaki mahupon pon*** ataupun peng*** inginkan seseorang yang mencintainya sepenuh hati. Memang lumrah seorang manusia ingin mengasihi dan dikasihi. So..jika anda betul-betul2 dah bertemu Mr or Mrs Right.. So.cintailah dia sepenuh hati. tapi make sure.. Cintai dia sepenuhnya lepas kahwin ok. :)
6. Senjata wanita adalah air mata.
Senjata wanita adalah airmata? Bukankah itu lebih elok jika dibandingkan dengan pistol, senapang dan sebagainya? Hehe. gurau-gurau. Kalau org kate senjata wanita adalah airmata..aku no commentlah. Aku rasa maybe ada betulnya..kot? Yelaa..kalau bak kate orang.. Airmata, rajuk dan wanita memang sukar dipisahkan. Err..yeke? Maybe..tapi bila once perempuan tu mengeluarkan airmata, takbermakna dia seorang yang lemah tetapi itu merupakan salah satu proses untuk dia menjadi lebih kuat. :)
7. Wanita mudah jatuh hati terhadap lelaki yang sentiasa mengambil berat terhadapnya.
Orang kata..hati wanita sememangnya rapuh. Lagi-lagi kalau tetiba ada orang ambil berat sungguh pasal dia. So..takmustahil hanya dalam sesaat, si perempuan tu boleh jatuh cinta kat lelaki tersebut. Tapi...kalau lelaki tersebut langsung takda hati kat perempuan tu, tolong jangan nak layan, kononnya kau tu macam sangat sangat suka perempuan tu sampai makan minum dia pon kau nak ambil tahu. Okay?
8. Jangan sesekali meneka apa yang dirasainya.
Hati lelaki dengan hati perempuan mahupun hati ayam atau lembu.. Memang rasanya taksama. *Apa aku merepek ni?* So..jangan sesekali atau berkali-kali untuk meneka apa yang perempuan rasa. Kalau korang salah buat andaian..habis lahh.. Masalah lain pulak timbul nanti, Memang taksame ahh.. Apa-apa yang korang (lelaki) nak tahu..baik straight tanya kat perempuan je ok daripada kau terus menerus buat andaian yang entah hape hape tuuu..
9. Jika kamu menyintai seorang wanita, mulalah dengan persahabatan.
Kau suka that girl? Apa lagi.. kenal-kenal dulu laa.. Ni..baru semalam dapat FB dia.. Dapat Fb pon entah dari ceruk mana, tetiba " Agak-agak bila kita boleh couple? " Wehh derr.. orang yang desperate je terus mintak couplelaaahhh.. Hadoi. Cuba slow-slow. Jangan tunjuk yang kau tu seorang yang gelojoh walaupon hakikatnya memang kau tu gelojoh. *Sorry..kami tak desperate untuk mencari boyfriend yeahh..*
10. Jika dia memberi 1001 alasan untuk keluar denganmu, tinggalkan saja sebab dia tidak inginkan kamu.
Cop cop! Yang ni aku sangat taksetuju. Sebab aku sendiri pernah alaminya. Before ni aku reject pelawaan lelaki yang nak kuar (ayat bajet perempuan HOT jee..) tapi bukan sebab aku taksuka dorang tapi faktor utamanya adalah aku sangat SEGAN. Kalau perempuan tu menolak ajakan lelaki tersebut, takbermakna dia reject cuma mungkin perempuan tu agak ragu-ragu untuk menerima pelawaan jejaka tersebut je. Mungkin banyak sebab dia menolak..Sebabnya mungkin..
- Segan, takbiasa keluar dengan lelaki, Pemalu
- Memikir betapa bahayanya dan ganasnya manusia sekarang
- Ingin menjaga diri
- Berasa was-was terhadap lelaki tersebut
So ?? Kalau dia tolak sekali.. trylah ajak lain kali. Usaha tangga kejayaan..kan? Hehe.
No comments:
Post a Comment