Assalamualaikum. Seperti semua sedia maklum.. Tahun ini kami sekeluarga telah beraya di Sibu untuk kali kedua. Haihh..dalam taksedar.. Dah 2 tahun takberaya di kampung. Sedih ohh.. Bukan taknak balik.. tapi tapi tapi..cuti tu sangatlah pendek ! Cubalah bagi cuti panjang sikittt.. Haiyoo..
Aku nak share macamana rasanya beraya di Sarawak. Ni ikut pengalaman 2 tahun beraya di Sibu lah ehh..
Raya Pertama.
Di petang raya. |
Raya pertama sangatlah membuat aku dan satu famili ni semput. Ahhh...semput.. Mana taknya.. Lepas ayah dan abang aku balik dari solat sunat hari raya je..Dah ada orang nak datang. Taksempat kot nak buat sesi bergambar dan sesi bermaaf-maafan mcm selalu buat tuuu.. Hadoi...Dan hampir sepanjang hari aku, kakak dan adik beraya di dapur sahaja. Tetamu takputus-putus datang. Bila dah pergi beraya rumah orang lain pun...tup tup tetiba ada call kata dah ade depan rumah. Ok fineeee..pulanglah kami semula ke rumah tapi nasib baik rumah takjauh...dalam 5 minit dah sampai.
Sangat busy.. Haihh.. Selerak! Maaf. :p |
Haa..cun tak? |
Sepanjang hari kerja aku mengadap depan sinki dan membelai-belai pinggan mangkuk serta cawan dan sudu garfu. Nasib baik pinggan mangkuk tu tak jemu ngadap muka aku. Dan ada sampai satu tahap yg dorang dah jemu..Tangan ni asyik nak terjatuhkan cawan jee.. Bukan sekali tapi berkali-kali. Nasib baiklah sempat selamatkan.. Kalau tak.... Haihh..
Meratah rendang dan kari ayam. Nyum nyum. |
Menu raya pertama macam biasalah kan.. Ketupat, kuah lodeh, sambal kacang, serunding, rendang ayam dan kari ayam. Buat pertama kalinya kitorang buat lemang untuk hari raya ni. *First time aku buat lemang ni* Dan taksangka lemang yang ayah aku buat mendapat sambutan yang menggalakkan. Okay..tahun depan kita buat banyak-banyak ok.. Takpe ayah.. Kak uda sanggup tolong. :)
Ketupat rendang + Lemang. |
Raya Kedua
Raya kedua pun lebih kurang macam raya pertama. Busy dengan orang datang sahaja. Haihh. Kerja aku hanya duduk di dapur dan sambil tu curi curi masuk dalam bilik untuk berfacebook-ing! Hehe. Bosan bhai nak duduk kat dapur jee.. *takle busy sesangat ponn macam raya semalam tuuu*
Menu untuk raya kedua adalah soto dan tauhu sumbat! Yeahh.. Ni la sebabnya kenapa aku jarang sesangat nak beli soto di pasar malam UiTM Lendu.. Sebab aku rasa soto mak aku je yg the best!! Buat apa nak beli makanan yang mak kita masak lebih sedap, kan? Hehe.
Soto paling best! Maaf pakcik pasar malam. Hehe. |
Tauhu sumbat dan kuih. |
Raya Ketiga
Raya ketiga ni yang best sikit. Orang dah takberapa ramai sangat nak datang. Tapi ayah aku still jemput orang lain walaupun orang tu dah datang raya pertama ke, raya kedua ke.. tetap dijemput. Sebabnya..orang sini suka Laksa Johor. Entah apa yang sedapnya pun..aku taktau. *Actually memang sedap. Aku pun suka.*
Ni kira menu yang kononnya special sikitlahhh... Sebab takramai yang kat sini selalu buat Laksa Johor melainkan mak aku dan secara kebetulannya memang kene dengan taste dorang. So..dorang requestlah dari mak aku untuk buat Laksa Johor. Yummy! I like it..
Raya Keempat
Raya yang keempat ni la yang paling aku suka. Kenapa? Sebab takda siapa yang datang rumah dan aku dapat tidur sampai pukul 11.30 pagi! *Tu pun sebab MSMY yang kejutkann..* Kalau ikutkan..malas nak bangun. Yelaa...nak bayar hutang tidur yang tergendala selama beberapa hari.
Raya Keempat
Raya yang keempat ni la yang paling aku suka. Kenapa? Sebab takda siapa yang datang rumah dan aku dapat tidur sampai pukul 11.30 pagi! *Tu pun sebab MSMY yang kejutkann..* Kalau ikutkan..malas nak bangun. Yelaa...nak bayar hutang tidur yang tergendala selama beberapa hari.
Yang BEST bila raya kat Sarawak :
- Rumah dikunjungi orang non muslim; iban dan cina.
- Boleh makan kek lapis Sarawak dengan puasnya.
*Bagi siapa yg minat kek memang heaven laa*
*Bagi siapa yg minat kek memang heaven laa*
Kiri yang paling atas dan paling bawah sangat sedaappp!! |
Yang TAKBEST bila raya kat Sarawak :
- Takdapat duit raya! :(
- Takdapat raya dengan saudara mara.
SAYA NAK PULANG BERAYA DI SEMENANJUNG SUATU HARI NANTI. :(
SAYA NAK PULANG BERAYA DI SEMENANJUNG SUATU HARI NANTI. :(
alaaa. da besar xyah la duit raya tuh. :D
ReplyDeleteala epul. mana besar lg.
ReplyDeleteI budak kecik lagi laa.. :D