Salam.
Aku taktahu apa motif aku tulis entri kali ini. Mungkin hanya untuk meluahkan rasa yang sudah lama terpendam dan terbuku di hati. Nak baca? Silakan.. Tapi make sure habis di sini saje.. Taknak baca? Lagi bagus. Takkisah pon.
Siapa taksedih kalau kasih yang bertaut hampir 3 tahun terlerai macam tu je? Semua mesti akan sedih. Sama jugak macam aku. Secara jujurnya masa malam 12 Julai 2011.. aku takdelah rasa sesedih ni. Tapi kadang-kadang.. Memori dan kenangan secara taklangsung akan bermain kembali di pemikiran kita.
Bila teringat balik. Sumpah sedih woo. Serius. Tapi kalau aku nak nangis lebih-lebih pon takguna jugak. Benda dah takjadi seperti yang diharapkan.. Kalau nangis bagai nak rak pon.. Takkan tercantum semula. Cuma kadang-kadang bila tengah mood jiwang, memang pedihlah diingatkan kembali walaupun akulah yang bertekad untuk memutuskan hubungan kami. Kenapa aku minta putus? Itu rahsia antara kami. Yang aku sangat pasti, dia seorang yang baik. Sangat baik. Taklayak untuk menyayangi seorang gadis seperti aku.
Selama dua sem aku di UiTM ni la dia selalu beri aku semangat dan kuat untuk belajar selain dari parents aku. Berkasih sayang sejak di bangku sekolah Form 4 okay. Start rapat dari Form 3 walaupun hakikatnya Darjah 6 dan Form 1 kami sekelas.
Kami taklah mcm kekasih lain yang selalu berjumpa dan keluar berdua-duaan. Kitorang jarang jumpe dan hanya pernah sekali je keluar berdua. Itupun taksampai 2 jam. Dia teman beli hadiah untuk kawan aku sebelum aku pindah ke Sarawak. Itulah first dan last kitorang keluar berdua.
Apapun, thanks to Muhammad Amirul Syafiq bin Jasni kerana telah memberikan saya 1001 rasa di alam perhubungan ini. Segala rasa manis, pahit, suka dan duka kita telah tempuh bersama. Serius kite takpernah menyesal kenal seseorang macam kamu. Terima kasih juga sebab melayan kerenah dan kepala kite yang banyak kali takbetul ni dan kamu sangat faham diri kite. Tapi maaf.. kite je yg takdapat nak fahami diri kamu.
Mungkin sampai sini saja jodoh kita bergelar kekasih.
Segala kenangan dan keindahan yang kite pernah alami dengan kamu, InsyaAllah kite akan simpan kemas-kemas. Ingat lagi tak ayat yg kamu cakap dekat kite, " InsyaAllah kita akan ingat kamu sampai bila-bila melainkan nyanyuk jee.."
Kite doakan kamu akan jumpe dengan seorang gadis yang lebih baik dan dapat fahami kamu seadanya. Dan segala barang yang kita bg kamu.. Terpulang pada kamu nak buat apa. Nak buang, it's ok. Nak simpan pun takkisah. Tu semua dah jadi hak milik kamu. But please..takperlu nak pulang semula.
Cuma satu jee.. Kite terkilan takdapat nak tengok kamu pakai baju yg kita bagi the latest ni. Takpelahh. Takde rezekilah agaknyaaa... Entah bila dapat tengok atau mungkin takkan dapat tengok kot.
My last word for you Starlight, " Terima kasih kerana telah menceriakan hari-hari kite sebelum ini dan jutaan maaf dari kite kerana tidak dapat meneruskan hubungan ini. Bukan kite taksayang kamu atau hubungan ini, tapi mungkin sampai sini saje jodoh kita. "
Kita mohon.. Doakanlah kebahagiaan kite dengan si dia sekarang. Dan janganlah ingat dia sebagai punca perpisahan kita ni. Dia muncul dalam hidup kite sebulan lebih selepas kita dah takda apa-apa. Apa yang kita minta.. Doakanlah hubungan kami kekal walaupun dari jauh.
" 27 Oktober 2008 - 12 Julai 2011 "
Another things reminds me of you besides those memories. |
No comments:
Post a Comment