Si Cantik Hensem

Sunday, 28 August 2011

Tentang Aku Yang Korang Perlu Tahu.

Salam perpaduan. Salam satu malaysia.
Entri kali ni bukan untuk saja nak duk heboh-heboh pasal aku ke apa..
Tapi saja nak kongsi tentang apa yang kebanyakan orang taktahu pasal aku.

#1. Nazirah Rahman atau Nazirah Raman ? Huh ???

Dalam i/c nama aku adalah Nur Nazirah Binti Raman.. Tapi kenapa nama dalam Facebook Nazirah Rahman? Keliru? Okay okay cam ni ceritanya..jangan fikir aku ada 2 ayah yee.. Nama original my dad is Raman. Tapi disebabkan nama tuu terlalu simple untuk disebut..maka ayah aku bercadang untuk menukar dan menambah namanya daripada Raman Bin Juki kepada Abdul Rahman Bin Juki. Haaa..kan nampak panjang sikit namanya.. Dan kebetulan masa ayah aku baru je tukar nama..aku pulak baru je beberapa bulan dapat i/c..*Budak baru pegang i/c time tuu* Memang taklah kan nak tukar i/c baru. Malas den nak senyum formal cover-cover depan camera tuu..

#2. Again. My Name.

Aku agak marah dan taksuka kalau ada orang eja atau salah sebut nama aku. Aku tegaskan di sini.. Nama aku adalah Nur Nazirah.. Bukan Nadzirah. Kebanyakan orang yang aku jumpa..Kalau nak eja nama aku je.. Mesti ada D.. Arghhh.. Korang takpernah jumpa nama Nazirah without D keeee ?? Haiyooo.. Plishhh laaa.. Spell it right laa. Again. NUR NAZIRAH ye. Kalau salah nama ayah..takpe. Aku faham. Ramai yang pelik and confuse... Ni kadang-kadang dah kawan lama pon..Ada jugak yang still eja dengan ada D. Sabar Nazirah.. Bulan puasa..

#3. Kuku.

Kuku ni lah yang paling buat aku tension sekali dalam hidup. Kenapa kenapa? Kalau nak tahu...dari aku kecik sampailah sekarang *terutama kat PADANG KAWAD*.. Asyik kene tegur je kuku panjang. Grrr !! FYI to everyoneeeee... Kuku saya ni walaupun sudah dipotong..tetap kelihatan seperti tidak dipotong. Sebabnyaa..isi dibawah kuku saya ini mungkin terlebih aktif sehinggakan ia ingin terkeluar dari jari. Errkk...faham tak? Okaylah..senang cerita.. aku takboleh potong kuku sangaaattt pendek..sebab dengan yakinnya aku akan cakap..aku akan terpotong isi tu sekali. Pernah sekali masa form 4..ada cikgu tu kata dia nak tolong potongkan kuku ni. Peehh...sampai sekarang aku anti cikgu tu. *Aku ingat lagi nama dan muka dia!* So..janganlah fikir yang aku membela kuku panjang-panjang ni. Aku pon geli ng kuku panjang.

#4. Marah.

Marah? Aku bukanlah seorang yang pemarah sangat pon. Tapi sekiranya aku tengah marah kat seseorang tu.. Aku takboleh bercakap , mendengar suara dia dan apatah lagi untuk melihat mukanya. So..kalau ada sesiapa rasa yg saya sedang marahkan dia.. sila jauhkan diri anda dari saya. Bagi saya cool dalam beberapa minit, ataupon beberapa jam atau pon beberapa hari sampailah saya sendiri yang menegur anda. Itulah diri aku. Kalau kau tegur time aku tengah HOT.. Sorry...makin membuaklah rasa bengang tuu.. 

#5. Jejaka Korea.

Aku rasa ramai yang minat jejaka korea.. Kepada yang takminat dan anti dengan Korean tu.. Lantak koranglah.. Masing-masing ada minat tersendiri kan.. Walaupun aku minat Korea..tapi aku takdalah sampai obses gila dengan Korea ni. And diri aku ni.. Selalunya in one group..memang aku akan suka and admire one of the team members tuu. 
  • Super Junior = Lee Donghae
  • Beast = Gi Kwang
  • 2PM = Chansung
  • 2AM = Im Seulong
  • SHINee = Onew
Ni antaranyalahhh.. Tapi actually 2PM tu aku minat semua.. Hehe. Walaupun aku minat jejaka korea.. Asyik layan semua pasal korea.. Tapi kepada jejaka malaya di luar sana.. Jangan risau.. InsyaAllah aku tetap akan pilih LELAKI MELAYU UNTUK DIJADIKAN SUAMI. Sebab apa? Siapa bilang jejaka melayu takmenawan, takmenarik hati, tiada memikat? Tapi kalau jejaka korea kat atas ni pinang aku..Sorrylahh. Aku pilih dorang lah kot. Ehh..gurauan jee.. Apapun..InsyaAllah JEJAKA MELAYU TETAP MENJADI PUJAAN HATIKU. :)

#6. Lajunyaa...

Apa yang laju? Erm..sebenarnya..ramai kata aku ni cakap laju. *Haa?? Biasa jee la..* Sorry..aku takperasan. Aku ingat girls je yang akan tegur aku cakap laju..Rupenye..budak lelaki pon pernah tegur. Dorang kata " Dah la cakap 170km/h " Isshhh...kalau ikut speed kereta..dah sangat laju tuu.. Erm..sorry. Aku memang telah dilahirkan sebegini. So..takpelah.. Aku akan try untuk kurangkan kelajuan bila bercakap. Dan bila lecturer kitorang yang cakap laju..akulah yang akan menjadi translator untuk kakak-kakak kesayangan aku tuu..*Well..korang takdengar kaklong Nur Nazihah bercakap.. Haa..takda lampu merah u'olls...*

#7. Muka sombong dan garang?

Hey..muka comel ni korang kata sombong dan garang? *Istighfar Nazirah*... Actually since sekolah menengah sampai sekarang.. Sesiapa yang takkenal aku..mostly akan cakap aku ni sombong. Aduhh.. Sorry korang. Kalau aku jalan sengsorang kat jalan TAR ke.. otw ke kelas ke.. Kau nak aku senyum memanjang eh? Jawapannya memang tak ahh kan. Kalau aku sorang-sorang..memang aku akan buat muka paling sombong dan tegang macam nak makan orang.. Mana taknya..jalan sorang-sorang..bagi semua takut dan takkan siapa berani nak kacau terutama LELAKI MIANG. Haa..bijak tak? Hehe. Dan selalunya kalau aku jalan sorang-sorang.. Aku lebih suka memandang bawah daripada melilaukan pandangan aku *malas nak angkat kepala sebenarnya* So..kalau korang terserempak dengan aku dan ketika itu aku pandang bawah jee..nak tegur,tegur je ok? Dan pastikan tegur dengan nama yang betul. :)



Okayy..itu dia sedikit sebanyak tentang aku yang mungkin ada yang taktahu dan aku nak bgtahu agar korang tahu tentang aku. Nothing special about me for you to know tapi benda-benda yg aku bagitau kat atas ni adalah perlu untuk korang tahu bila dah kenal dengan aku. Itu saja.
So..have a nice day and Selamat Hari Raya!

::Tiada Kata Seindah Bahasa::

3 comments:

  1. haa... dah thu dah..huhu nice blog! jemput dtg blog ain jugak ye.. =)

    ReplyDelete
  2. NUR NAZIRAH !!!! hahaha..
    tang kuku tu mmg pon..:))

    ReplyDelete
  3. Ain.. thanks dear. okay2. InsyaAllah. :)

    Angah : hehe. kann.. tang kuku ni paling tension.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...