Si Cantik Hensem

Friday 30 September 2011

Wednesday 28 September 2011

Dedicate This Song Just For You.

I give your heart back. :'(
Secret Song For You

You were there to light my day
You were there to guide me through
From my days down and on
I'll never stop thinking of you

How can I forget all that
When you're the one who make me smile
You'll always be a part of me
How I wish you were still mine

Never will forget the day
How we've met and came this far
We all know we got this feeling
But somehow it has to end up here

I know it's me who said goodbye
And that's the hardest thing to do
Cause you mean so much to me
And guide the truth from me to you

For all the things I've done and said
For all the hurt that I've caused you
I hope you will forgive me baby
Cause that wasn't what I meant to do


- This song special for you who was always be mine for 2 years and a half.
- I'm sorry for never being good enough, I'm sorry for all my mistakes, I'm sorry for hurting you, I'm sorry for everything.

::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Sunday 25 September 2011

No More Starlight.

Salam.
Aku taktahu apa motif aku tulis entri kali ini. Mungkin hanya untuk meluahkan rasa yang sudah lama terpendam dan terbuku di hati. Nak baca? Silakan.. Tapi make sure habis di sini saje.. Taknak baca? Lagi bagus. Takkisah pon.

Siapa taksedih kalau kasih yang bertaut hampir 3 tahun terlerai macam tu je? Semua mesti akan sedih. Sama jugak macam aku. Secara jujurnya masa malam 12 Julai 2011.. aku takdelah rasa sesedih ni. Tapi kadang-kadang.. Memori dan kenangan secara taklangsung akan bermain kembali di pemikiran kita. 

Bila teringat balik. Sumpah sedih woo. Serius. Tapi kalau aku nak nangis lebih-lebih pon takguna jugak. Benda dah takjadi seperti yang diharapkan.. Kalau nangis bagai nak rak pon.. Takkan tercantum semula. Cuma kadang-kadang bila tengah mood jiwang, memang pedihlah diingatkan kembali walaupun akulah yang bertekad untuk memutuskan hubungan kami. Kenapa aku minta putus? Itu rahsia antara kami. Yang aku sangat pasti, dia seorang yang baik. Sangat baik. Taklayak untuk menyayangi seorang gadis seperti aku.

Selama dua sem aku di UiTM ni la dia selalu beri aku semangat dan kuat untuk belajar selain dari parents aku. Berkasih sayang sejak di bangku sekolah Form 4 okay. Start rapat dari Form 3 walaupun hakikatnya Darjah 6 dan Form 1 kami sekelas. 

Kami taklah mcm kekasih lain yang selalu berjumpa dan keluar berdua-duaan. Kitorang jarang jumpe dan hanya pernah sekali je keluar berdua. Itupun taksampai 2 jam. Dia teman beli hadiah untuk kawan aku sebelum aku pindah ke Sarawak. Itulah first dan last kitorang keluar berdua.

Apapun, thanks to Muhammad Amirul Syafiq bin Jasni  kerana telah memberikan saya 1001 rasa di alam perhubungan ini. Segala rasa manis, pahit, suka dan duka kita telah tempuh bersama. Serius kite takpernah menyesal kenal seseorang macam kamu. Terima kasih juga sebab melayan kerenah dan kepala kite yang banyak kali takbetul ni dan kamu sangat faham diri kite. Tapi maaf.. kite je yg takdapat nak fahami diri kamu.
Mungkin sampai sini saja jodoh kita bergelar kekasih.

Segala kenangan dan keindahan yang kite pernah alami dengan kamu, InsyaAllah kite akan simpan kemas-kemas. Ingat lagi tak ayat yg kamu cakap dekat kite, " InsyaAllah kita akan ingat kamu sampai bila-bila melainkan nyanyuk jee.."

Kite doakan kamu akan jumpe dengan seorang gadis yang lebih baik dan dapat fahami kamu seadanya. Dan segala barang yang kita bg kamu.. Terpulang pada kamu nak buat apa. Nak buang, it's ok. Nak simpan pun takkisah. Tu semua dah jadi hak milik kamu. But please..takperlu nak pulang semula.

Cuma satu jee.. Kite terkilan takdapat nak tengok kamu pakai baju yg kita bagi the latest ni. Takpelahh. Takde rezekilah agaknyaaa... Entah bila dapat tengok atau mungkin takkan dapat tengok kot. 

My last word for you Starlight, " Terima kasih kerana telah menceriakan hari-hari kite sebelum ini dan jutaan maaf dari kite kerana tidak dapat meneruskan hubungan ini. Bukan kite taksayang kamu atau hubungan ini, tapi mungkin sampai sini saje jodoh kita. "

Kita mohon.. Doakanlah kebahagiaan kite dengan si dia sekarang. Dan janganlah ingat dia sebagai punca perpisahan kita ni. Dia muncul dalam hidup kite sebulan lebih selepas kita dah takda apa-apa. Apa yang kita minta.. Doakanlah hubungan kami kekal walaupun dari jauh. 

 " 27 Oktober 2008 - 12 Julai 2011 "

Another things reminds me of you besides those memories.

::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Friday 23 September 2011

Sayang kau pergi jua. T_T

Menangis sebab benda yg kecik dan remeh temeh je ?
Derr.. even benda kecik pon... Kalau menyedihkan.. Taksalah ahh wa rasa nak nangis.
At least kita ada hati dan perasaan.. Kankankan ?

Aku nangis sebab.. sebab.. sebab. rambut aku ! Warghhh..
Aku sayang gila rambut aku ok. Aku dah kate nak potong sikit je.. Tapi dia potong banyak !
Weyh weyh ! Penat aku jaga and bela rambut ni.. kau suka suka nak potong lebih-lebih enn ?

Dah banyak kali aku terkena pasal rambut. Dah ! Lepas ni aku nak potong sendiri je !
Lagi bagusss... Geramnyeee. Nak menyesal pun dah takde gunanyaaaa.. :(
Tapi serius ahh.. Aku menyesaaaalllll !!!!!

Time die potong rambut aku.. Hati aku macam disiat-siat weyh !!!
Arghhh,.. putus cinta pun aku taknangis macam ni !
Mesti org kate " entah apa2 je nak nangis.."
Aku sendiri pon taktau kenapa aku sedih sangat.
Maybe aku takready nak potong pendek ! 
Arghhh !!! Sedih ahh !

::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Thursday 15 September 2011

Terserlah Kekejaman Jadual Exam

Next week dah start FINAL EXAM?? Biar betul..
Words NEXT WEEK tu macam panjang lagi kan.. Tapi hakikatnya final exam hanya lagi 2 hari je okay.

So Nazirah... Apa yang kau dah prepare untuk menjawab your first paper on this Monday?
Walaupon hanyalah BEL.. tapi tapi tapi.. sumpah aku taktau macamana nak jawap.
Redha jela kot? Eh eh.. mana boleh macam tu Nazirah. Ada masa lagi ni nak study..

The most part yang aku rasa semua orang akan benci dan menyampah, bila paper dorang paling last habis.
*Okay.. I'm one of them actually* Paper aku habis lambat! Arghh.. Siapalah yang arrange jadual exam ni? Kejam ohh..

Mana taknya.. course aku BM115 ( Diploma in Business Studies (Insurance) ) ada gap 12 hari antara second last paper dengan last paper. Haaa...kejam tak kejam? Dah lah kitorang yang start paling awal. 
Arghh.. taksukalahh.. Dah la last sem pon kitorang last. Agaknya orang yang arrange jadual exam ni ada masalahlah dengan batch aku. Hadoi. Sedih oh. *Nangis guling-guling*

19 September 2011 - BEL
20 September 2011 - CTU
23 September 2011 - ECO
27 September 2011 - QMT
9 October 2011      - MGT

Haa... Nampak tak? Nampak tak? Jauh gila kan gap dia? Memang kejam kann? Starting tu dah cun dah. Okay je flow dia.. Time nak habis tu saje je melambatkan. Stress stress! Huhhhh.. Kalau next sem paper last lagi.. Tengoklahhh.. Aku nak balik Melaka lambat. *Ugutan (Cehh..beranikahhhhh?)*

Anyway.. to all my dear friends... Good luck and all the best!
Try to get the best result. Jangan pernah menyerah selagi belum ke penghujungnya okayyy?
Usaha, doa dan tawakal. Tu yang penting.

P/s : Loveyouall.. :)


::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Friday 2 September 2011

Kisah Beraya Di Sarawak.

Assalamualaikum. Seperti semua sedia maklum.. Tahun ini kami sekeluarga telah beraya di Sibu untuk kali kedua. Haihh..dalam taksedar.. Dah 2 tahun takberaya di kampung. Sedih ohh.. Bukan taknak balik.. tapi tapi tapi..cuti tu sangatlah pendek ! Cubalah bagi cuti panjang sikittt.. Haiyoo..

Aku nak share macamana rasanya beraya di Sarawak. Ni ikut pengalaman 2 tahun beraya di Sibu lah ehh..

Raya Pertama.

Di petang raya. 
Raya pertama sangatlah membuat aku dan satu famili ni semput. Ahhh...semput.. Mana taknya.. Lepas ayah dan abang aku balik dari solat sunat hari raya je..Dah ada orang nak datang. Taksempat kot nak buat sesi bergambar dan sesi bermaaf-maafan mcm selalu buat tuuu.. Hadoi...Dan hampir sepanjang hari aku, kakak dan adik beraya di dapur sahaja. Tetamu takputus-putus datang. Bila dah pergi beraya rumah orang lain pun...tup tup tetiba ada call kata dah ade depan rumah. Ok fineeee..pulanglah kami semula ke rumah tapi nasib baik rumah takjauh...dalam 5 minit dah sampai.

Sangat busy.. Haihh.. Selerak! Maaf. :p

Haa..cun tak? 
Sepanjang hari kerja aku mengadap depan sinki dan membelai-belai pinggan mangkuk serta cawan dan sudu garfu. Nasib baik pinggan mangkuk tu tak jemu ngadap muka aku. Dan ada sampai satu tahap yg dorang dah jemu..Tangan ni asyik nak terjatuhkan cawan jee.. Bukan sekali tapi berkali-kali. Nasib baiklah sempat selamatkan.. Kalau tak.... Haihh..

Meratah rendang dan kari ayam. Nyum nyum.
Menu raya pertama macam biasalah kan.. Ketupat, kuah lodeh, sambal kacang, serunding, rendang ayam dan kari ayam. Buat pertama kalinya kitorang buat lemang untuk hari raya ni. *First time aku buat lemang ni* Dan taksangka lemang yang ayah aku buat mendapat sambutan yang menggalakkan. Okay..tahun depan kita buat banyak-banyak ok.. Takpe ayah.. Kak uda sanggup tolong. :)

Ketupat rendang + Lemang.
Raya Kedua

Raya kedua pun lebih kurang macam raya pertama. Busy dengan orang datang sahaja. Haihh. Kerja aku hanya duduk di dapur dan sambil tu curi curi masuk dalam bilik untuk berfacebook-ing! Hehe. Bosan bhai nak duduk kat dapur jee.. *takle busy sesangat ponn macam raya semalam tuuu*

Menu untuk raya kedua adalah soto dan tauhu sumbat! Yeahh.. Ni la sebabnya kenapa aku jarang sesangat nak beli soto di pasar malam UiTM Lendu.. Sebab aku rasa soto mak aku je yg the best!! Buat apa nak beli makanan yang mak kita masak lebih sedap, kan? Hehe. 

Soto paling best! Maaf pakcik pasar malam. Hehe.
Tauhu sumbat dan kuih.
Raya Ketiga

Raya ketiga ni yang best sikit. Orang dah takberapa ramai sangat nak datang. Tapi ayah aku still jemput orang lain walaupun orang tu dah datang raya pertama ke, raya kedua ke.. tetap dijemput. Sebabnya..orang sini suka Laksa Johor. Entah apa yang sedapnya pun..aku taktau. *Actually memang sedap. Aku pun suka.*

Laksa Johor bukan spagetti ok.
Ni kira menu yang kononnya special sikitlahhh... Sebab takramai yang kat sini selalu buat Laksa Johor melainkan mak aku dan secara kebetulannya memang kene dengan taste dorang. So..dorang requestlah dari mak aku untuk buat Laksa Johor. Yummy! I like it..

Raya Keempat

Raya yang keempat ni la yang paling aku suka. Kenapa? Sebab takda siapa yang datang rumah dan aku dapat tidur sampai pukul 11.30 pagi! *Tu pun sebab MSMY yang kejutkann..* Kalau ikutkan..malas nak bangun. Yelaa...nak bayar hutang tidur yang tergendala selama beberapa hari.


Yang BEST bila raya kat Sarawak :
- Rumah dikunjungi orang non muslim; iban dan cina.
- Boleh makan kek lapis Sarawak dengan puasnya.
  *Bagi siapa yg minat kek memang heaven laa*

Kiri yang paling atas dan paling bawah sangat sedaappp!!
Yang TAKBEST bila raya kat Sarawak :
- Takdapat duit raya! :(
- Takdapat raya dengan saudara mara.

SAYA NAK PULANG BERAYA DI SEMENANJUNG SUATU HARI NANTI. :(

::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...