Si Cantik Hensem

Saturday 12 May 2012

Kimbap or Sushi Homemade

Assalamualaikum.
Hari ni taklah rajin tapi disebabkan birthday my little sis ni, so dia request untuk buat kimbap/sushi.
Sian mak ayah jauh di semenanjung.
Nak buat kek, kami berdua aje. Siapa nak makan?

First time buat. :)
Gambar atas ni masa pertama kali buat. So,memang failed jugaklah pada aku.
Comot pun ada juga.

This is my second try buat kimbap.
Alhamdulillah kali kedua ni dah boleh buat dengan cantik dah.
Dah senanglah jugak buat dia.



Gambar atas ni yang second try punya. Okay sikitlah kan?
Yang first time dulu aku pakai timun, telur, dan salut dengan tuna.
Tapi telur tu letak sikit pulak, so takberasa.

Second time punya aku pakai ketam stick dan tuna aje. Simple.
Dan lebih kemas dah. Dah reti buat.
Lebih senang ada tikar untuk gulung. So, memang senang dan mampat lah nak gulung tu.

Siapa nak buat, dipersilakan.
Sangat simple dan terjamin halal sebab buat sendiri. :)

Bahan-Bahan:
- Seaweed
- Nasi + Cuka
- Tuna
- Crab stick
- Timun di potong panjang
- Tikar (untuk gulung)

Cara-cara:
1. Lembutkan seaweed tu kalau dia keras. Hanya renjis pakai air masak. Jangan lembut guna air panas. Nanti seaweed tu koyak.
2. Nasi yang baru lepas masak dicampurkan dengan cuka. Dalam 2 sudu besar dah cukup. Nanti takut masam dan jadi cepat muak.
3. Penyekkan nasi yang dah dicampur cuka di atas seaweed. Mampatkan. Letak nipis-nipis aje nasi tu. Kalau buat tebal, takberapa sedap.
4. Sapukan tuna di sepanjang atas nasi tu. Sapu pun nipis-nipis aje.
5. Letakkan bahan-bahan di tengah-tengah ikut citarasa sendiri.
6. Gulung bagi rapat dan mampat. Sebab kalau potong taklah terburai isi-isi dalam tu.
7. Potong dan makan.

Simple kan? Nak lebih detail. Silalah try google je resipinya. :)
::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Berjabat Tangan Dengan Kaum Lelaki

Aku teringat 20 tahun silam ketika aku masih duduk di bangku kuliah, dialog interaktif yang dilakukan oleh pensyarah kami yang mengajar Al-Quran dan Hadis bertemakan "Apakah yang dimaksudkan dengan batalnya wuduk seorang lelaki apabila bersentuhan dengan wanita?" Apakah hal itu bererti bahawa wanita itu najis? Selanjutnya, pensyarah meminta kepadanya para mahasiswa untuk memberikan komen atau jawapannya.

Jawapan dan komen para mahasiswa berbeza-beza; di antara mereka ada yang mengatakan: "Sesungguhnya yang menetapkan demikian hanyalah mazhab Syafie semata." Di antara mereka ada juga yang menafikan pengertian najisnya wanita kerana batalnya wuduk lelaki bila bersentuhan dengannya. Demikianlah seterusnya.

Sudah tentu jawapan yang paling sederhana adalah pengertian sebaliknya, iaitu bahawa wanita pun menjadi batal wuduknya kerana bersentuhan dengan lelaki lain yang bukan muhrimnya, maka apakah dengan demikian dikatakan bahawa lelaki itu najis?

Perkara yang sama juga terjadi dalam masalah larangan lelaki berjabat tangan dengan wanita lain. Ini kerana sesungguhnya orang-orang yang suka menimbulkan kehebohan memfokuskan pandangan mereka hanya pada larangan bagi seorang lelaki berjabat tangan dengan wanita lain. Padahal larangan yang sama ditujukan pula pada jabat tangan yang dilakukan oleh seorang wanita dengan lelaki lain.


Di antara realiti yang sangat berkenaan dengan masalah berjabat tangan ini adalah kisah yang diceritakan oleh Prof.Mahmud Mahdi Al-Instambuli dalam bukunya yang berjudul Cenderamata Pengantin. Dia mengatakan di dalamnya bahawa pernah seorang ulama soleh diundang ke satu majlis jamuan. Tiba-tiba ia dikejutkan dengan seorang wanita bertugas menyambut kedatangan para tetamu. Wanita itu pun menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan orang soleh itu tetapi orang soleh itu menolaknya sehingga terlihat raut muka wanita itu rasa kecewa.

Tidak lama kemudian orang soleh itu memanggil wanita itu dan berkata kepadanya: "Saya ingin meminta maaf kepadamu. Bolehkah aku berterus terang kepadamu?" Wanita itu menjawab: "Silakan, apa yang ingin engkau kemukakan?" Orang soleh itu berkata: "Aku ingin berterus terang kepadamu bahawa apabila aku berjabat tangan denganmu dan ternyata aku jumpai tanganmu lebih manis dan lebih lembut daripada tangan isteriku, maka sesungguhnya kemanisan isteriku pudar dari mataku. Saya kira engkau pun akan serupa denganku, apabila engkau jumpai tanganku lebih manis dan lebih lembut daripada tangan suamimu, maka sesungguhnya kemanisan suamimu akan pudar dari matamu. Akan tetapi, apabila kita tidak berjabat tangan dan masing-masing dari kita puas dengan pasangannya sendiri, maka hal ini akan mengandungi kebaikan, kedamaian, dan kesucian bagi dua-dua pihak."

Sumber: Buku Pesanan Penting Untuk Wanita 'Jangan Terpedaya'.
Pengarang: Muhammad rasyid Al-'Uwaid
Penerbit: Al-Hidayah Publication
::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Thursday 10 May 2012

Hanya Kiriman Doa

ASSALAMUALAIKUM.

Aku mimpi arwah nenek aku yang sudah pergi hampir 9 tahun.
Dalam mimpi tu, aku pergi ke hospital dengan famili.
Setibanya di wad, aku nampak arwah nenek aku duduk di atas katil dan memakai baju pesakit bewarna hijau.
Dan setibanya kami di situ, dia tersenyum girang.

Tak semena-mena aku menjatuhkan air mata.
Yang pasti air mata kegembiraan kerana arwah nenek aku masih hidup!
Di bahunya aku menangis teresak-esak.
Dan arwah nenek aku masih lagi tersenyum.
Bingung barangkali.

Paling sayu ketika aku perlu meninggalkan wad tersebut.
Dan aku taktahu kenapa.
Lantas sebelum aku pergi, aku kucup di pipinya 3 kali dengan amat perlahan.
Seperti tidak mahu pergi meninggalkannya.


Masih aku ingat betapa eratnya pelukan aku di sisinya.
Masih aku ingat bagaimana lembut dan perlahannya aku kucup pipinya.
Masih aku ingat sentuhan tangan ketika bersalam dengannya.

*******
Sejujurnya, aku tidaklah begitu rapat dengan arwah nenek aku.
Ketika arwah pergi, aku masih di darjah 5.
Aku bukanlah cucu yang manja juga ketika dia masih hidup.

Walaupun arwah dah pergi meninggalkan kami begitu lama.
Tapi, aku masih ingat akan senyumannya.
Bila ayah aku tersenyum, terserlah juga senyuman dari arwah nenek aku.
Senyuman mereka memang sama. *Jujur*

Selepas arwah pergi, bila terlihat ayah aku senyum...
Memang saling taktumpah seperti arwah nenek aku.

Semoga rohnya tenang di sana.

Al-Fatihah.

::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...