Si Cantik Hensem

Tuesday 25 October 2011

Masa Kecik-Kecik Dulu.

Assalamualaikum. Tetiba aku terasa nak share ng korang segala kenangan aku since Pra sekolah sampai darjah 6. Punyelah excited aku nak taip entri kali ni sampai nak tidur malam td pon usah. *Serius ni*
Boleh dikatakan banyak jugak bende yg aku ingat. Okay..kite start dari Pra Sekolah di SK AU Keramat. 

Pra Sekolah (Kelas Lili)

Kelas untuk murid-murid Pra ada 2 kelas. Kelas Lili dan Kelas Mawar. Aku kelas Lili. Masa kecik-kecik dulu, aku rapat dengan sorang ni nama dia Syarifah Norfarhana (Ana). Rumah kitorang dekat je tp die kelas Mawar. So..just jumpe bila balik sama-sama aje. Dalam kelas aku rapat dengan 2 orang budak perempuan. Nur Amalinabillah dan lg sorang ni serius aku tak ingat nama dia. Tapi sumpah. COMEL gila. Macam Barbie Doll tu. Kulit putih, rambut paras bahu and straight, mata sepet. Comel sangat !!! That girl yang aku maksudkan yang duduk dua dari kiri. Comel kan? Hehe.


Purple tu aku. *Alolo...okay.takcomelpun*

Kalau nak tahu..dulu aku suka buli sorang budak ni. Serius. Budak tu duduk 4 dari kanan. Nama dia Nadhirah. Kan kecik-kecik kene luruskan barisan. So..bila dia angkat tangan kat bahu kawan aku macam Barbie Doll tu..mesti aku akan marah dan tepis tangan dia. Peehhh...Jahatnya aku. Tp sekarang takbuat dah eh. Sorry Nadhirah. Dulu je saya nakal. Skrg tak. Tapi dua2 kawan aku ni aku dah lost contact. Sedih.

Ni ada satu kejadian yg lawak masa time Pra dulu.
Ayah aku setiap pagi memang akan hantar aku ke sekolah in case kena kerja luar, aku kenelah naik bas (Menara Emas) Haa..sape ingat bas ni? Dah jd kebiasaan ayah aku akan hantar sampai ke kelas, tp pagi tu ayah aku tanya.

" Boleh tak pergi kelas sendiri? Tahu mana satu kelas? " 
Sambil ambil beg kat motor, aku angguk dan cakap " Haa..tahu tahu.." 

Dengan langkah penuh yakin kaki aku menuju ke kelas. Bila dah sampai terus aku bukak kasut dan letak di rak. Baru beberapa tapak masuk tetiba nampak kawan aku Ana. Terus aku tanya..

" Ehh..awak dah tukar kelas ke?"
" Taklah. Awak yang salah masuk kelas."

Okay..aku salah masuk kelas Mawar rupenyee.. Arghh.. Dengan cepat dan pantas aku keluar dari kelas tu. Bila aku keluar je dari kelas tu tetiba nampak ayah sambil tersengih. Ayah kate.. "Ayah dah agak kamu salah masuk kelas.."
Okay..dengan rasa malunya aku ambil kasut dan terus pergi kelas. 

Cover sikit. Segan kawan tengok. Lalalala~
Korang ingat lagi time atas ni? Aku stil ingat yang kita semua beratur kat luar kelas yang pintu kat taman permainan tu. Bila tiba masa aku, aku ingat macamana aku masuk kelas dan pose macam kat atas ni. Hehe.


Darjah 1 Efisien.

Guru kelas 1 Efisien adalah Puan Zawahir. Yang pakai tudung akan ikat dan buat simpulan di bawah dagu. Berkulit putih dan comel. Kedudukan 1 Efisien terletak di tingkat paling bawah dan paling hujung serta sederet dengan kelas Pra. Cuma sekarang kelas 1 Efisien tu dah dijadikan Bengkel Kemahiran Hidup. 

Dulu aku pernah terperangkap dalam kelas tu. Ada budak lelaki yang paling nakal gila dalam kelas tu main-main gate kat pintu kelas. Bergayutlah, hayunlah. Last2..mcmana entah boleh terkunci dan TAKBOLEH BUKA.Weyh..aku dah la kat dalam tu. Aku cuak sebab tetiba takboleh keluar. Kejap lagi ada perhimpunan.

Otak aku just pikir, " Nak keluar ! ".. Dalam ramai-ramai yang kat kelas tu, aku sorang je kot yang nangis. 

*Wehh..korang dah biasa terperangkap ke hape?* 

Tetiba aku nampak kak long aku kat luar kelas ng kawan-kawan dia. Aku apa lagi.. Cakaplah nak keluar.. Mintak tolong kak long. Cikgu Zawahir pun ada. Yang aku geram.. Boleh pulak kakak aku gelakkan aku. Takfaham ke aku tengah TAKUT? 

Lepas perhimpunan baru pintu gate tu boleh bukak. Nasib baik Cikgu Zawahir dah tenangkan aku before die pergi perhimpunan. Kakak aku buat apa? Gelak ajee.. Loveyoulah Puan Zawahir. :)

Darjah 2 Dinamik.

Guru kelas aku masa ni adalah Puan Aini. Seat aku kat barisan paling belakang dekat dengan pintu belakang. Aku duduk bersebelahan dengan Nor Amalinabillah. Nak tahu apa hobi kami bila bosan cikgu mengajar kat depan? 

*Ngeh ngeh ngeh.. tanduk sudah keluar*

Aku akan amik pen biru dan conteng tapak tangan Amalina tu. Ni semua terpengaruh cerita Hindustan. Nak buat ala ala inai macam Kajol bila kahwin tu la.. HAHA. Dan yang peliknya, Amalina langsung takmarah. Dia kata best sebab geli. Aku apa lagi..hampir setiap hari aku mintak izin dia nak conteng tapak tangan dia. 

Bila time waktu rehat, lagi best. Kelas dekat dengan kantin. Time ni, bila aku terjumpa Ahmad Nufairi, aku akan kacau dia bertugas. Dia kan Pengawas Sekolah. Dia suka bertugas kat area Taman Ilmu. Dan aku..akan main kejar-kejar kat Taman Ilmu. Fairi cakap, dia suka tarik rambut aku yang mak dah buatkan tocang. Sampai nangis aku dibuatnya. Sikit-sikit nangis. Okay...Aku cengeng masa kecik.

Kiut Miut semuanyaaa... :)
Darjah 3 Efisien
Panjang tu papan hitam. Hehe.

Guru kelas adalah Puan Rozita. Darjah 3 kedudukan kami 6 orang satu kumpulan dan jenis mengadap. Semua kene duduk selang seli laki pompuan sebab nak avoid dorang tak pay attention dalam kelas.

Darjah 3 aku aktif dengan baca sajak, koir dan nasyid. Entah macamana Koir aku boleh jadi leader dan nyanyi lagu 'Malaysia Baru'. Tapi tu persembahan kedua aku. First time aku naik pentas buat persembahan time Nasyid. Baju kurung sekolah putih, kain songket dan tudung merah. Hehe. Sajak pulak sempena Hari Guru. Pakai baju oren coklat dan seluar pun warna coklat. *GilaKelakar!*

Faridzuan tu rajin bercerita apa-apa kat aku. Dan cerita yang paling aku ingat sampai skrg, dia cerita pasal Hantu Pocong yang dia nampak kat rumah dia, Kelumpuk Embun Emas. Err.. Macam takda cerita lain je!

Setiap malam selasa dengan malam jumaat kot, aku akan tuisyen dengan mak Syakira, Puan Hasnah. Aku tuisyen Mathematics. Dan menjadi kebiasaan aku akan bawak semua kerja sekolah dan buat sama-sama ng Syakira, dah selesai baru akan tuisyen maths. Tp ada satu malam tu, kitorang hanya buat kerja sekolah Bahasa Inggeris aje, sebab Puan Arinawati bagi homework punyelah berlambak. Pehh..

Sumpah. Semua comel kecuali aku je..

* Haa..korang ingat tak apa-apa kenangan masa kecik dulu? Actually..banyak lagi yg aku ingat. Tapi takkan nak ceritakan.. Sampai bila takkan habis nnt. :D

::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Tuesday 18 October 2011

Kisah Mimpi

Assalamualaikum.
Seperti yang semua sedia maklum mahupun yang belum dimaklumkan lagi.. Di sini, saya nak memaklumkan bahawa saya seorang yang sering bermimpi.
Yes. I'm a person who are easy to dream. Takkisahlah tidur pagi, petang mahupun malam.
Even if I just take a nap for 5-10 minutes pon I akan mimpi. Takpercaya? It's up to you guys. :)

So..kat sini aku share kisah-kisah mimpi yang aku ingat. 

#1- ROMANTIK
:)
Aku mimpi yg aku hang out with 3 men and a girl. Dalam mimpi tu..budak perempuan tu bawah aku (I don't know how old she is) but she's not like other girls yg normal. Why? It's bcoz she had to use wheelchair. Siankan? Aku keluar dgn that girl tu kat area shopping complex but I don't know what kind of shopping complex it is tapi aku still ingat sikit2 apa yang ada dalam tempat tu. Okay..apa pulak function 3 org abang dia tu kan? Well..tugas dorang untuk menjaga adik dorg yg OKU tu.. Yelaa. Aku kan perempuan. In case something happen to that girl..susah pulak. And the best part is.. Aku keluar kat shopping dengan pakai baju kurung. Tapi yg paling takselesa.. Abang dorg yg pertama tu menaruh hati kat aku. Pfftt... Siapakah lelaki ituu? Taknampak muka! Tapi adalah something yg laki tu buat sampai aku dupp dapp dupp dapp. Apakah ia? Jeng jeng jeng...

#2 - SWEET
So sweet! :D
Part ni takboleh bla gila. Aku mimpi yang aku lunch dengan seorang jejaka beserta 2 orang budak lelaki yang lebih kurang 7-8 tahun. Kami duduk 4 orang. Sebelah aku budak lelaki yang paling kecik dan dihadapan aku adalah lelaki tersebut. Kami makan dengan sangat happy. Main suap suap lagi. Adakah maksudnya di sini, itu adalah gambaran hidup aku bersama family aku nanti ataupun.... jodoh aku bersama seorang duda anak dua? Haa? Err.. no comment !

#3 - DONGENG

Kisah dongeng.

Okay..mimpi ni sangatlah lama dah. I can't remember how old I am at that time. Cerita ni ala-ala mcm Cinderella sikit. Time tu dalam dewan. Aku adalah buat something special for someone (aku tak ingat buat apa) sampai lelaki tu sangatlah impress and nak kahwin dgn aku. Tapi dia suruh aku tunggu je kat situ jangan pergi mana-mana sebab dia nak pergi somewhere else to inform kat parents dia, maybe. Punyalah tunggu lama, aku pon ada idea nak main-main ng dia so aku menyoroklah di sebalik kerusi yang banyak. Kiranya main hide and seek lah konon! Tetiba laki tu pon datang. Belum sempat aku nak munculkan diri tetiba ada pompuan lain yang kacau line aku. Takpasal-pasal lelaki tu dipaksa kahwin ng perempuan jahat tu. *Well..I still remember who she is. Damn you!* 
Aku pon sedih..kawan aku tenangkan aku. Bila lelaki tu nampak je aku, terus dia sambar aku dan lari jauh daripada dewan tu. Kami pon menyoroklah kat satu tempat ni. Sebab konco-konco lain ikut kejar lelaki tu. Dalam tengah-tengah menyorok tu.. Aku dengar ada satu bunyi. Tetiba papp! Terjaga dari mimpi.. Haihh..

p/s : Sebenarnya bunyi tu datang dari seorang makcik yang tengah sapu sampah kat jalan tar gunakan penyapu lidi. Huh !! Kacau daun jeeeee...

#4 - SEDIH
Lebih kurang macam nilah baju dia.
Mimpi ni memang ada kaitan sikit dgn aku sebab ada problem dengan someone. Mimpi ni masa bulan Mac tahun 2010. Aku ada problem dengan Ex aku, Amirul. Dalam mimpi ni, aku datang KL. Tapi takbagitau sesiapa pon. Aku dah sampai di satu bangunan ni. Walaupon bangunan tu tinggi, aku tahu Amirul ada kat tingkat paling atas sekali. Then, we bumped and just staring to each other without any single word. Hanya kami sahaja faham apa maksud pandangan itu. And the sad part is, time tu he's wearing a shirt that I gave him on his birthday. Tapi aku tahu..dalam mimpi tu aku dengan dia dah putus as a loving couple. Dan time tengah terserempak tu jugak tetiba ada background music lagu 'Wake me up when September Ends'. Aku takpasti dari mana dan apa motif tetiba lagu tu wujud. 

p/s : Dan selepas beberapa hari, aku pon putus dengan dia sebab setiap malam sebelum tidur aku minta petunjuk dari Allah sama ada untuk teruskan hubungan ini atau tidak. 

#5 - KECEWA

Banyak kenangan kat sekolah ni :(
This story relates to my another Ex before Amirul, his name is Aizat. Dalam mimpi ni, aku pergi ke zaman lampau masa aku form 4. Jangan tanya macamana aku boleh pergi ke zaman lampau, pakai alat Doraemon lah agaknya. Dalam mimpi ni, aku pergi kat SMK Taman Setiawangsa di mana sekolah lama aku. Aku duduk di luar kelas dan dari luar, aku nampak Aizat tengah tekun study. So, finelaa..don''t disturb him. Then, I walked around in that school dan kebetulan sekolah tu ada event apa entah. Dua kali I try to let him see that I'm exist in that school but everything is frustrate. Yang aku ingat, aku nampak Aizat naik motor berlalu pergi dan langsung taknampak aku. Sedihnya hati aku time tu. Kecewa habislaahh.. tapi sampai sekarang aku musykil, apa motif entah tetiba aku mimpi dia? Padahal aku dah lupa pasal kewujudan dia dalam hidup aku. 

#6 - ALAM FANTASI

Berangan jap.
Mimpi ni lagi entah hape hape. Ni mimpi the latest jugak yang aku ingat. Aku jalan-jalan naik kereta kat KL rasanya. 4 person in a car. 2 men and 2 girls. Hmm, kitorang jalan-jalan kat bandar, midnight I guess. Then, bila dah masuk satu terowong (terowong area2 KLCC aku rasa) tetiba boleh pulak masuk ke dunia lain. Dalam terowong tu aku dah macam masuk ke dunia hantu! Macam-macam rupa ada tapi sikit pon aku taktakut *berlagak kejap* lepas tu tetiba masuk dalam satu istana. Tengah naik tangga istana yang besar lagi cantik dan berkilat tu, tetiba ada seorang lelaki. Wuu..badan ketak-ketak okehh! Tapi macam biasalah,muka taknampak! Tengah-tengah naik tangga, tetiba ada satu suara, 'cut !' Laaa..tengah shooting rupenyeee... 

*Erk? Aku? Shooting? Haaaaa !*

The conclusion is, I still enjoyed with my dreams. Taksalah kalau kita happy walaupun sekadar mimpi. Sebab kita tahu, realiti ni taklah seindah mana pon. Sometimes, with dreaming, it made my day. So.. enjoy with your dreams. :)
*May my dreams come true* ^_^

Have a good dreams ya!


::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Wednesday 5 October 2011

Fakta Wanita?

10 Fakta Tentang Wanita


1. Jika ada lelaki yang merenung tajam matanya, dia akan mudah cair.
2. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa melalui muzik ataupon lukisan.
3. Sebuah senyuman memberi 1001 erti kepada wanita.
4. Satu ucapan 'hai' saja sudah mampu membuatkan hatinya gembira
5. Semua wanita menginginkan lelaki yang mencintai sepenuh hati.
6. Senjata wanita adalah air mata.
7. Wanita mudah jatuh hati terhadap lelaki yang sentiasa mengambil berat terhadapnya.
8. Jangan sesekali meneka apa yang dirasainya.
9. Jika kamu menyintai seorang wanita, mulalah dengan persahabatan.
10. Jika dia memberi 1001 alasan untuk keluar denganmu, tinggalkan saja sebab dia tidak inginkan kamu.


Haa.. dah baca 10 fakta atas ni? Emm.. Mungkin kebanyakan wanita akan mengiyakan fakta di atas. Aku ulangi. MUNGKIN dan KEBANYAKAN. Tapi untuk diri aku, taksemua betul sangat. Ada certain yang betul jugak.

Okay. Jom kita merumuskan fakta yang pertama.

1. Jika ada lelaki yang merenung tajam matanya, dia akan mudah cair.
Err..boleh jadi betul jugak fakta yg pertama ni, tapi itu akan terjadi sekiranya lelaki yang merenung tajam matanya adalah lelaki yang diminatinya secara diam. Kalaulah lelaki yang tenung mate die bagai nak rak sekalipon, tapi perempuan tu sekelumit pon takda perasaan kat lelaki tu.. Sorry ahh.. langsung takcair. Keras beku lagi adalah. Hehe.

2. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa melalui muzik ataupon lukisan.
Hmm..memandangkan aku ni bukanlah pemuzik mahupon pelukis, so..mcmana aku nak luahkan apa yg aku rasa? Setakat lukis orang lidi, memanglah aku expertkan.. (Yang tu aku rasa budak 3 tahun pon pandai.) Dan aku takrasa semua perempuan pandai meluahkan dengan cara macam ni. Tapi pada pendapat aku, semua orang akan meluahkan apa yang dia rasa dengan cara dorang tersendiri. Kalau macam aku, aku akan luahkan melalui penulisan (blog dan diari). Tapi takde lah ayat berbunga-bunga bagai.

3. Sebuah senyuman memberi 1001 erti kepada wanita. 
Haa..betul tu. Yang ni aku sokong! Lagi-lagi kalau mamat yang senyum tu muka comel + kachak. Ohh..boleh buat gila bayang sehhh.. Mahunya takfokus dalam kelas. Haha. Kalau lelaki yang dia minat dalam diam, tetiba senyum kat dia walaupon hakikatnya dia tengah senyum kat orang belakang gadis tu pon, dah cukup buat dia senyum memanjang macam kerang busuk. 

4. Satu ucapan 'hai' saja sudah mampu membuatkan hatinya gembira.
Okay. Yang ni betul jugak. Same je lebih kurang dengan no 3 atas ni. *Kalau dapat 'hai' daripada jejaka impian. Kalau bukan jejaka impian..Sorrylahh.. Maleh den nak layan.*

5. Semua wanita menginginkan lelaki yang mencintai sepenuh hati.
Yang ni of courselah kan. Baik perempuan ataupon lelaki mahupon pon*** ataupun peng*** inginkan seseorang yang mencintainya sepenuh hati. Memang lumrah seorang manusia ingin mengasihi dan dikasihi. So..jika anda betul-betul2 dah bertemu Mr or Mrs Right.. So.cintailah dia sepenuh hati. tapi make sure.. Cintai dia sepenuhnya lepas kahwin ok. :)

6. Senjata wanita adalah air mata.
Senjata wanita adalah airmata? Bukankah itu lebih elok jika dibandingkan dengan pistol, senapang dan sebagainya? Hehe. gurau-gurau. Kalau org kate senjata wanita adalah airmata..aku no commentlah. Aku rasa maybe ada betulnya..kot? Yelaa..kalau bak kate orang.. Airmata, rajuk dan wanita memang sukar dipisahkan. Err..yeke? Maybe..tapi bila once perempuan tu mengeluarkan airmata, takbermakna dia seorang yang lemah tetapi itu merupakan salah satu proses untuk dia menjadi lebih kuat. :)

7. Wanita mudah jatuh hati terhadap lelaki yang sentiasa mengambil berat terhadapnya.
Orang kata..hati wanita sememangnya rapuh. Lagi-lagi kalau tetiba ada orang ambil berat sungguh pasal dia. So..takmustahil hanya dalam sesaat, si perempuan tu boleh jatuh cinta kat lelaki tersebut. Tapi...kalau lelaki tersebut langsung takda hati kat perempuan tu, tolong jangan nak layan, kononnya kau tu macam sangat sangat suka perempuan tu sampai makan minum dia pon kau nak ambil tahu. Okay?

8. Jangan sesekali meneka apa yang dirasainya.
Hati lelaki dengan hati perempuan mahupun hati ayam atau lembu.. Memang rasanya taksama. *Apa aku merepek ni?* So..jangan sesekali atau berkali-kali untuk meneka apa yang perempuan rasa. Kalau korang salah buat andaian..habis lahh.. Masalah lain pulak timbul nanti, Memang taksame ahh.. Apa-apa yang korang (lelaki) nak tahu..baik straight tanya kat perempuan je ok daripada kau terus menerus buat andaian yang entah hape hape tuuu..

9. Jika kamu menyintai seorang wanita, mulalah dengan persahabatan.
Kau suka that girl? Apa lagi.. kenal-kenal dulu laa.. Ni..baru semalam dapat FB dia.. Dapat Fb pon entah dari ceruk mana, tetiba " Agak-agak bila kita boleh couple? " Wehh derr.. orang yang desperate je terus mintak couplelaaahhh.. Hadoi. Cuba slow-slow. Jangan tunjuk yang kau tu seorang yang gelojoh walaupon hakikatnya memang kau tu gelojoh. *Sorry..kami tak desperate untuk mencari boyfriend yeahh..*

10. Jika dia memberi 1001 alasan untuk keluar denganmu, tinggalkan saja sebab dia tidak inginkan kamu.
Cop cop! Yang ni aku sangat taksetuju. Sebab aku sendiri pernah alaminya. Before ni aku reject pelawaan lelaki yang nak kuar (ayat bajet perempuan HOT jee..) tapi bukan sebab aku taksuka dorang tapi faktor utamanya adalah aku sangat SEGAN. Kalau perempuan tu menolak ajakan lelaki tersebut, takbermakna dia reject cuma mungkin perempuan tu agak ragu-ragu untuk menerima pelawaan jejaka tersebut je. Mungkin banyak sebab dia menolak..Sebabnya mungkin..

- Segan, takbiasa keluar dengan lelaki, Pemalu
- Memikir betapa bahayanya dan ganasnya manusia sekarang
- Ingin menjaga diri
- Berasa was-was terhadap lelaki tersebut

So ?? Kalau dia tolak sekali.. trylah ajak lain kali. Usaha tangga kejayaan..kan? Hehe.
::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...