Si Cantik Hensem

Thursday 26 May 2011

It's All About The DIN's ( Jejaka )

Assalamualaikum. Hyep !
Hari ni, aku nak share la apa pandangan pertama aku bila first time jumpa sahabat-sahabat baru di UiTM Melaka. Tapi..tapi..tapi.. nak start dengan siapa dulu ye ? Okaylah. Memandangkan kelas aku pun mcm kelas-kelas lain yg mempunyai class rep tersendiri.. Maka kita start dengan ketua dululah..

1. Ahmad Syazani Bin Ahmad Syukri / Class Rep 

Opps ! Dia sudah berpunya okay.
Ha.. ni lah dia class rep DIN 2C. Kacak tak ? Kacak tak ? Kalau kacak...cakap dlm hati je.. Nanti Cik Seneng marah. Opss. Hehe. First time aku hanya dengar nama dia sahaja time minggu MDS kat DK4. Sebab time tu Ketua Program (KP) nak lantik ketua. So..hanya yg bertuah sahaja yg dilantik menjadi ketua dan Syah ni la salah seorang daripada 3 orang yg dipilih. Dia ni..muka je nampak garang..tapi hati penuh dengan kelembutan. Hati selembut kapas... Auuuwww..

Walaupun kami ni sangatlah nakal dan banyak kerenah.. Tapi dia diam je.. Jarang nak marah-marah. Hehe. Memang ketua yg lembut hati. Biar lembut hati..jangan lembut tang lain okay ? Apapun..teruskan menjadi seorang ketua yg berwibawa, cemerlang, gemilang dan terbilang !

* one word abt him : Responsible :)

2. Muhammad Riduan Bin Abdul Rahim / Assistant Class Rep 

Gaya Big Boss !
Tengok muka, kalau orang kata dia ni orang Sabah pun mesti semua orang percaya. Lagi-lagi nickname dia Justin. First time masa dia introduce diri dia kat kelas.. Serius aku ingat dia ni orang Sabah. Aku tertipu rupenye.. Ish ish ishhh..

Peranan dia dalam kelas sebagai penolong untuk meringankan beban class rep. So.. Encik Class Rep.. Adakah Encik Assistant ini amat membantu MENGURANGKAN bebanan  atau lagi MENAMBAHKAN bebanan yg sedia ada ?? Hihi.

First time aku sedar kewujudan dia time Kemahiran Insaniah (KI) Part 1. Aku satu group dengan dia. Cara dia handle our group not bad. Bagi idea pun agak bernaslah jugak. Dia bagi idea buat pulau bercirikan Doraemon. Haha. Kau ingat lagi tu tak Justin ? Hehe. Lagi satu..suka suki kau je bagi aku jawatan YDP Masscom. Arghhh !!

* one word abt him : Sengal !

3. Muhammad Izwan Bin Abdul Rahman.  
Muka serius dia takboleh blah bhai !
" Tahulah masscom, takpayahlah pakai baju merah.." Juwe..kau ingat lagi bila dan di mana kau cakap ayat ni kat aku ?? Meh sini aku ingatkan kau balik.. Ni masa last exam last paper Marketing kat bukit dari pejabat kolej menuju pulang ke kolej. Hello.. aku bukan pakai baju merah la tapi maroon okehhh. Haihh....

Dia ni suka sangat kacau aku.. ( Maklumlah..budak comellah katakan aku ni.. XD ) Tapi nasib baik aku ni bukanlah seorang yg serius. So..kau boleh je kacau aku.. Aku takmarah..tapi suka.. -_-'

Dalam kelas dia ni suka betul buat lawak. Semua orang senanglah dengan lawak yg dia buat tu. Cita-cita dia nak jadi Perdana Menteri, tapi major in Business Studies Insurance. Ada kaitan ke ? Takpelaa.. kami kat sini tetap doakan moga kau capai apa yg kau inginkan. :D

* one word abt him : Funny !

4. Muhd Badri Nizam Bin Baharuddin 

Kuala Nerengggg... *slang omputih sikitt..
Dulu sebelum semua orang kenal dia ni.. Ya Allah. pendiam + pemalu betul !! Masa KI part 1.. Dia ni pun satu group ng aku and Justin. Dalam group tu..diam je. Dalam hati aku.. Ish dia ni.. Pendiam je.. Takbercakap pun. Kalaulah mcm ni..susahlah...

Tapi..tapi..tapi..perangai yg sebenar-benarnya.. Langsung takreti malu + takreti dok diam. Haihhh.. Lepas induction course Insurance dulu.. Dia mmg terus lain dah dari watak mula-mula dulu. Taktaulah kalau dia dapat infection sebab time induction tu dia bawak watak pesakit sakit jiwa.. Haha. Kot-kot terus lekat kot ??

Dia dengan Juwe adalah Raja Lawak dalam kelas kami. Tu pendapat aku lahhh.. Orang lain. Entah.. Dia ni jugak suka betul mainkan watak 'nyahhh'. Hehe. Suka bebenor buat muka gedik and bajet comel. Euwww.. Haha. Jangan marah Badri ! Main2 sajeeee.. Kuikuikui...

* one word abt him : Plawok !

5. Nazrul Muhaimin Bin Abdul Aziz 

Kau mampu pose cenggini ??
Ce tengok gambar atas ni ? Bergaya tak ? Pehh..macam model kan ? Takmampu aku nak posing mcm ni. Hehe. Dia ni mmg sangat mementingkan penampilan diri. Yela..penampilan diri tu kan sangat penting. Lagi-lagi first impression,kan ? Kalau korang nak tahu apa fesyen terkini..bolehlah rujuk dia.. Tapi yg lelaki sahajalahh..

Satu perkara yg sangat buat mulut ternganga, mata terbeliak ( err..tipu jeee..) adalah time presentation. Confident dia bila berhadapan dengan semua orang..mmg sangat-sangat bagus ! Bravo ! Bravo ! Dalam diri die sangat penuh dengan keyakinan. Tu yg buat aku " Waahhhh...." Teruskan hidup dengan keyakinan !!
" Percaya pada diri dengan harapan dan keyakinaaaaannnnn.. yeah ! ~ "

* one word abt him : stylo !!

6. Mohamad Syafwan Aiqal Bin Osman 

 " Terima kasih sudi duduk sebelah saya.. "
Bagus tak dia ni ? Dalam banyak2 tempat yg indah dan cantik lg berseri.. Tong sampah yg dipilih ? Haihh.. ni mesti kes suka buang sampah. Takpelaa.. Hmm.. Anak jati Kedah dari Alor Setar dia ni. Orang panggil dia Kucing. Kenapa kenapa kenapa ?? Aku pun taktau kenapa ? Tapi ada org kata sebab muka dia cute macam kucing. Err.. err.. Yeke ? Hmm..kalau misai lentik macam kucing.. Aku rasa CUTE gila ! Hehe.

Awal-awal sem dulu.. aku takberapa rapat sangatlahh. tapi sekarang pun takberapa nak rapat. Cuma sem 2 lebih banyak tegur lah daripada dulu. Tak gitu BFF ?? Haihh. BFF la sangat ! Penipu punya FB ! Hehe. Oh..dia jugak suruh tulis hensem. Err.. demi menjaga hati BFF... aku turutkan juaa.. Baik tak aku ni Aiqal ? Untung kau dapat BFF mcm aku ni, kankankan ?

Masa first-first kelas dulu.. aku ingat lagi yg Miss Chatila cakap muka Aiqal ni ada gaya muka budak nakal. Kau ingat lagi tak Aiqal ? Hehe.. Kalau tak ingat..mesti sekarang kau ingat...kan ? Thanks to Cik Fox sebab ingatkan semulaaaa.. Lalalala~

* one word abt him : shy shy cat ? uwekss..
 
7. Muhammad Shahrul Haq Bin Yaacob

Playboy The Din's
Budak lewat. Haa.. tu sesuai dengan dia. Selalu bebenor datang lewat. Haihh.. Haq2.. Nak katakan kolej kau jauh.. Aku rasa Tun Putih lagi jauh okayyy.. Suka hati kaulah Haq.. Asalkan jangan takdatang langsung sudahh..  

Yang aku ingat pasal dia ni.. First kelas, dia duduk sebelah aku. Kat belakang sekali. Tapi dia tanya apa..lupa pulak. Hmm..ng dia ni, aku taklah rapat jugak. Tapi okay-okay jela.. Dia ni rajin jugak komen apa2 kat FB. Muka buku betullah kau ni.. Haiyaa... 

Masa sem 1 jugak ada lecturer kata muka dia ni muka playboy. Haha. Yeke muka playboy ? Macamana eh muka org playboy ni ? Macam dia ke ? Hmm.. no komenlahh !! Hehe. Haq..kau rasa kau playboy ke ??? Tapi aku rasa ..... tettt !! Biarlah rahsia.. Hoho. 

* one word abt him : Pelewat ! *huh ??

8. Hanis Syazwan Bin Zulkifly. 

Majulah diri untuk Palapes
Ha..takut tak tgk gambar ni ? Mesti korangakan cakap " Waahhhhh !! " tak pun.. " Pehhhh !!! " Ha..ada tak ? Okay, kalau takda.. aku rasa aku je yg kate mcm tuu.. Dia ni Palapes kat UiTM. Bukan calang-calang org yg nak masuk Palapes ni. Takdapat aku bayangkan kalau aku yg masuk. Org yg kuat fizikal ng mental je yg mampu. Aku ? Toksah lah cakap. Baru keluar tengah-tengah panas pun cepat je pening.. Haiyaaaaaa...... Lembik gilakk !!


Masa first day kelas dulu, dia takmasuk kelas sebab ada perjumpaan Palapes kalau taksilap. So..aku taktahulah dia ni siapa dan tak tgk lagi orangnya. Bila hari kedua dia masuk kelas.. Hati aku berkata, " Pehhh.. takboleh tinggi lagi ke ?? " Dia ni gila tinggi. Kalau aku nak tgk dia.. Aku kene undur 2, 3 tapak ke belakang sikit. So..takpayahlah nak dongak sangatkan ?? Hehe...

Bagi sesiapa nak ngorat dia. Awas ya ! Dia sudah berpunyaaa.. Nanti awek dia marah. Takgitu Ain ? Hehe.. Apapun..saya doakan yg terbaik untuk kalian ! 

* one word abt him : Berdisiplin.
::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Wednesday 25 May 2011

A bunch of wishes from me to you..

Cupcakes for you :)


" Happy Birthday to Mohd Aizat Bin Ahmad. I wish, you have a great 20th birthday for this year :)
Good luck for everything you do. "

Hmm..kan bagus kalau aku dapat wish direct kat dia. Tu lebih baikkan. Tapi..tapi..tapi.. Aku hanya mampu wish kat sini je walaupun dia memang takkan baca blog aku ni. Takpelah.. Asalkan aku ingat birthday dia walaupun dia tak ingat birthday aku. -__-'

Okay..actually.. he's my past. Ermm.. Ktorang tak contact each other over a year. The last message I received from him, a week before SPM result. Duh ! It's quite long for me. Hmm.. Takpelahh. Benda dah lepas kan ? Tapi yg pelik.. dia yg kata nak keep in 'sentuh' dengan aku. Tapi mana kata-katanya tu pergi.. Haihh.. Never mind lah.. Sebab pada aku " once you came into my life.. I will remember forever.. InsyaALLAH. "

Aku sekarang taktau dia kat mana, buat apa, sihat ke tak. I do not know anything about him ! Tapi..takde berita buruk pasal dia yg aku terima so..aku anggap dia masih hidup lagilah kot ? Harapnya masih sihat walafiat :)

Teddy bear yg dia bagi aku masa 16 Jan 2008, aku masih lagi simpan sampai sekarang. Walaupun taklah secantik teddy bear yg Mr Starlight bagi.. Tapi aku tetap simpan. Yelaa.. tu je la satu-satunya barang yg akan buat aku ingat dia. ( Err..sebagai kawan je okay. ) Teddy bear dia aku bawak sampai ke Melaka tau. Haa..bayangkan.. dari KL sampai ke Sibu lepas tu ke Melaka. ( Untunglahh jadi teddy bear ni... ) Teddy bear dia kecil.. tu yg senang untuk aku bawak ke mana je. Sumbat dlm handbag aku pun muat. Aku pun ada jugak beli perfume yg exactly sama baunya masa first time Aizat bagi teddy bear tu kat aku. Tapi..aku pakai kat bear tu je la.. sebab aku sensitif dengan bau perfume-perfume ni. Fenin I dibuatnyaaaa !! Ouch !

Yang belah kiri tu la diaa.. Bantal Star tu ignore please. :)

Eh eh.. Starlight.. kamu jangan terasa pulak kita takbawak teddy bear kamu. Teddy bear kamu besar sangatlah. Susah nak bawak sorang2. Lagipun kita taknak orang lain pegang dan peluk bear tu selain dari kita. Hehe. Teddy tu hanya layak dipeluk oleh Cik Fox sahaja. XD

Walau apapun.. aku tetap doakan yg terbaik untuk birthday boy ni. Mmg kita dah lama gila takcontact apatah lagi nak jumpa kan ? Tapi takpelahh...

Whatever it is I really hope that you live with happily. Good luck in everything you do. May your dreams come true. A bunch of wishes from me. Happy Birthday again :)

Nah hadiah ! Kek iPhone okehh. Kelas gituh !

Sincerely from me, Nur Nazirah Binti Abdul Rahman to Mohd Aizat Bin Ahmad . :)


::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Sunday 22 May 2011

7 Perangai Lelaki yang.......... Haihhh...

Assalamualaikum..

Haih.. Kadang2 aku takfaham dgn sikap sesetengah lelaki.. Kenapa ? Sebab perangai dorang tu.... Err.. Entahlah. Okay. Kadang2 ktorang sebagai perempuan, wanita dan gadis ini sangat takut untuk mendampingi lelaki2 di luar sana tuu..Termasuk dengan aku sendiri. -_-' Ada beberapa perangai lelaki yang aku takberkenan sangat-sangat. 

1. Hensem Tapi....  



Ada sorang mamat ni aku kenal dia. Tengok muka awal2. alahai... Kacak tu, kacaklah jugak. Muka ada macho sikit. Suara sangat jantan. Mula-mula kenal.. selesalah berkawan dengan dia. Tapi bila lama2 kenal dengan dia. Okay.. Dia hensem tapi PERVERT ! Dush ! Haa.. kenapa aku tulis macam ni ? Mana taknya.. Bila dia dah start fikir mcm2 dan bayangkan segalanya tentang PEREMPUAN.. Kau ingat aku akan still duduk situ dan berkawan dengan kau ? Lagi-lagi bila perempuan yang menjadi mangsa tu adalah aku ? Jawapan aku simple je untuk lelaki yang jenis mcm ni.. " Sorry.. Mulai hari ni takpayah contact aku dah ehh.. "

Aku faham.. mmg certain lelaki akan cakap.. " Eh..normallah lelaki mcm tu.." tapi pleaselahh.. Kau duduk diam2 cerita ng kawan sejantina kau je. Takboleh ke ? Ktorang sebagai perempuan ni, ingat suka ke kalau korang dah start merepek yg ntah apa-apa pasal perempuan ni ? Takrasa malu ke korang nak cerita benda2  tu kat kawan perempuan korang sendiri ?? Aiyarkk..


2. Ajar buat benda-benda yg SALAH.



Err.. yang ni mcmana aku nak cerita ehh.. Erm..erm.. Okay mcm ni lah senang. Ni pengalaman aku sendirilah. Ada sorang mamat ni ajar buat benda sangat sangat salah ! Salah yg mcmana ? Korang fikirlah eh.. Dalam perhubungan dalam erti kata lain couple.. perlu ke nak berpegang tangan, peluk2 dan cium ? Pada pendapat aku sendirilahh. Tu bukan cara yg betul utk korang berkasih sayang. Geli je aku rasa.. Yucks !

Kalau aku dapat lelaki yg jenis mcm ni.. Satu je persepsi aku kat dia. Dia tak ikhlas menyayangi diri aku. Ada sorang mamat tu cakap kat aku.. " You.. nanti you boleh tak peluk i dari belakang ?? " Eiyurkk..  Hey. kau ingat kami ni perempuan simpanan ke nak main2 peluk mcm tu. Aku pun bukanlah perempuan yg terlampau alim sangat tapi at least aku tahu apa yg salah dan apa yang betul. Please.. jangan suka-suki korang je amik kesempatan terhadap kami. :(

3. Terlalu mengongkong yang amat. 

Gambar takde kene mengena pun. :p

Haihh. derr.. Takperlulah nak kongkong bagai yang amat. Baru couple 2, 3 bulan..korang dah buat perempuan tu mcm bini korang. Ni baru couple.. Belum lg kahwin. Haihh.. Kalau perempuan tu setakat nak ke kedai depan seberang rumah sorang jee.. Takkan tu pun taknak bagi kot. Okay.. Aku faham dunia sekarang sgt bahaya dengan orang simbah asid sesuka hati.. Tapi agak2 la nak kongkong pun.. Korang hanya BOYFRIEND.. So..jangan nak lebih2 mcm korang tu dah jd suami pulak. 

Kadang2 tu.. nak discuss ng member berlainan jantina pun tak boleh. Jangan risaulahh.. Selagi korang layan ktorang tip top.. Ktorang takkan cari yg lain punyalaaa.. Ni setakat nak buat group discussion pun tnk jeles yang amat.. alahai.. susahnya hidup.. Please.. bagi ruang kami untuk bernafas.. 

4. Nak dengar cakap dia jee.. 



Aku paling menyampah part ni.. Mana taknya.. semua nak kena dengar cakap dia. Dia rasa dia je yg dalam dunia ni cakap semua betul walaupun sebenarnya salah. Last2 terpaksa si gadis ni mengalah dan mintak maaf walaupun dia sebenarnya taksalah. Ish. Lelaki mcm ni jenis keras kepala dan besar kepala betullah. Kepala jenis konkrit ke apa ??

Pleaselahh.. sometimes dengarlah jugak pendapat orang lain. Kadang2 pendapat orang lain lagi bernas dari pendapat korang sendiri. Kecewa2. 

5. Tidak berfikir dahulu sebelum berkata-kata. 



 Yang ni pun masalah jugak. Ada sorang yg aku kenal ni. Aku dah perhatikan.. Dia ni jenis yg suka main cakap je tanpa fikir dulu. Haih. Kadang2..dia ni taksedar apa yang dia cakap tu sebenarnya ada berkaitan dengan benda lain tapi taknak mengaku. Padahal dah terang2 kot ayat yang dia cakap tu mmg berkaitan. 

Dan lagi satu.. main belasah je guna peribahasa atau kata-kata, tanpa memahami maksud sebenar ayat tuu. Tolong jangan biarkan kami nampak kelemahan anda di situ. ^_^

6. Korang sendiri taktau apa yg korang nak sebenarnya.  


Bila si gadis dah di depan mata. Buat bodoh. Layan mcm wujud tak wujud je. Lepas tu mintak putus. Tapi lepas tu mulalah tercari2 balik awek yg kau dah ditinggalkan. Mulalah susun ayat jiwang nak ambil hati awek tu balik. Dengan berbakikan kasih sayang yg ada lagi dalam diri si gadis tu.. Dia terima balik si jejaka tu. Baikkan gadis tu ?

Lepas tu, kau buat benda yang sama balik. Kau layan dia wujud tak wujud. Lepas tu kau boleh pulak layan perempuan2 lain. Kalau nak perempuan A, cakap terus terang. Kalau nak perempuan B.. cakap jugak. Takpayah lah kejap kau layan awek A, kejap kau putus lepas tu couple pulak dengan perempuan B. Ishh.. Takfahamlahhhh..

7. Psycho ! Tidaakkk !!! 





Ada sorg mamat ni yg hanya dikenali sebagai 'H' (bukan nama sebenar), perangai dia gila pelik weyh. Aku taktahu la dia ni hidup dalam dunia yang nyata atau sekadar khayalan dia semata-mata. Tetiba mesej nombor kawan aku dan buat-buat tersalah hantar mesej kononnya nak hantar kat tunang dia. Hello.. padahal baru je bulan lepas mamat tu mesej ng kawan aku untuk menagih kasih dan cintanya. Takkan tetiba dah bertunang ? Hishhh....

A few months later pulak, berlakon jadi orang lain. Siap tukar nama tuu dari 'H' kepada 'F'. Tapi tapi tapi..masih menggunakan nombor dia yang sama ! Ei..taklogik betullah mamat tu. Gila pelik dengan perangai dia. Walaupun bukan aku yg kena tapi aku sendiri pun rasa rimas dengan sikap lelaki tuu. Dah berulang kali dia bgtau kat kawan aku yg dia takkan ganggu dah. Alih-alih.. mesej jugak. Masih menagi cinta si gadis tu jugak. Tolong jangan hidup dalam dunia yang kau sendiri cipta boleh ? Duhh !


Kepada lelaki yang di luar sana. Tolonglah... jangan jadi mcm lelaki seperti di atas. Terutama yang first and second. Lelaki jenis tu yang buat aku paling takut. Rasa mcm jadi perempuan ni takselamat dah. T_T
Semua kat atas ni merupakan pengalaman aku dan pemerhatian aku sendiri terhadap lelaki-lelaki yang aku pernah kenal.

* Please..respect us then we will respect you back.
* Please be nice with us. Senang je kan ? :)
::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Not nice okay.

" Haih.. dia lagi. Gila annoying kau ni weyh.. "


Hati aku panas je bila dia ni muncul. Kenapa ? Entahlah.. Serius weyh..
What ever he/she do, I can't accept.
So..please go away from my life and please.. don't you ever disturb me.
Aku lebih aman dan tenteram tanpa kau kot.
Sorrylah weyh. Bukan nak biadap.
Tapi cara kau tu..sangat 'sopan' utk melayan aku.

Okay. Itu sahaje.
Nak lepaskan geram je ni.
Sekian.
::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Sunday 8 May 2011

.Bondaku Sayang.

" Ibu..ibu.. Engkaulah ratu hatiku..."

My Gojes mama. Menunggu kepulangan anak2 semenanjung :)

Haa.. Semua orang tahukan yg hari ni (8hb May 2011) merupakan Hari Ibu Sedunia dalam erti kata lain Happy Mother's Day ! Time ni la kita sebagai anak akan melahirkan atau menunjukkan rasa syukur kita kerana dikurniakan ibu yg tersayang.

Dulu aku masa kecik2.. taklah nakal mana. Sebab cukuplah abang aku je dulu yg suka buat 1001 kerenah dari kecik sampai besar. ( Betul tak Abdul Mahfuz ??? ) So..takkan aku nak buat hal jugakkan ? ( Sikit2 tu adalah jugak... hehe ) Aku taklah jugak anak yg suka mendengar kata dulu.. tapi biasalah budak2. Ade je benda yang nak dibuat walaupun parents kita tak bagi buat. Ish.. Nazirah2.. Nakai hang dulu naa ?? 

Suci tak kami ? HAHA :D

Tahun ni usia mak aku 48tahun. Tapi lagaknya mcm baru berusia 20-an. Haha. pasai pa cek kata cam ni ? Haa..mana taknya kalau aku dengan adik aku kat rumah berposing depan cermin..mak aku pun taknak kalah jugak.. Nak jugak posing2 depan cermin. Haihh..mak2. (walauapapun..mak tetap cantik di mata kami ).

Apapun.. Selamat Hari Ibu saya ucapkan kepada Datin Sri Nora Mohd Sabali. Terima kasih di atas segala pengorbanan yg telah dilakukan. Macamanalah  kami akan hidup tanpa bonda di sisi ?? T__T
Saya Nur Nazirah Abdul Rahman bagi pihak anak2mu ingin memohon maaf di atas segala yg kami lakukan jika ada mengguris hati dan perasaan mak. Bukan niat kami untuk melawan..tapi tu semua adalah sifat panas baran kami yg takdapat dikawal. I love you more than everything Mom :)

Khas untukmu Bonda. I Love You :) Saranghae Eomma !

::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Saturday 7 May 2011

Budak. Baru.

Assalamualaikum..

Akhirnya.. Budak yg bernama ( err..budak ke eh ?? Tak2..Tukar2.. GADIS.. ) Nur Nazirah Binti Abdul Rahman buat jugak blog. ^_^ Punyelah before ni kata 'malaslah buat blog..takde privacy laa'...inila.. itula... Last2 kecundang jua akhirnya..Kih3..
Memandangkan aku pun baru je lagi dalam bab2 ni kan... So..orang kata..masih banyak yg perlu dipelajari..

Kepada kawan2 yg dah lama dengan aktiviti blog2 ni.. Silalah tunjuk ajar kepada saya yg baru seminit dua menjadi ahli blogger.. Ada pape yg takkene pasal blog aku ni.. Roger2 jela. Takkisah pun. :)

p/s : mintak tunjuk ajar wahai senior2 ku..  Malas nak taip panjang2. Budak baru lagi. :))


::Tiada Kata Seindah Bahasa::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...